Pages

Wednesday, June 17, 2009

Benar Kata Senior..

Suatu ketika dahulu aku kurang memahami kata2mu,
Aku tak mampu membayangkan apa yang dikau katakan,
Namun kini,
Ku akui kebenarannya...


* * * *

Kata senior,
"Semasa di sekolah,kadang2 kita kurang menghargai apa yang ada disekeliling kita berupa guru2, teman2 dan biahnya.Kadang2 kita rasa boring dan tertekan dengan semua ini"

Kata senior,
"Bila dah keluar dari sekolah,kita akan merasai perbezaannya dan kita pasti akan merinduinya"

Kata senior,
"Saat itu, tak mustahil kita akan selongkar kembali buku catatan yang berisi pengisian dan tazkirah sejak tingkatan 1 hingga 5.Kita akan rasa rugi kerana dulu kita tak bersungguh2 mendengar dan mencatat apa diperoleh dari para murobbi"

Kata senior,
"Dunia IPT itu sungguh mencabar.Hanya IMAN dan TARBIYAH yang mampu mengawal diri.Belum tentu seseorang yang 'strong' di sekolah akan berpanjangan begitu hingga ke IPT andai benteng IMAN dan perisai TAQWA tidak terjaga rapi".

Kata senior,
"Sungguh berbeza hidup di IPT dan di sekolah. Tiada guru2 yang akan mengingatkan itu ini, tiada pengawas yang akan berceloteh itu ini, tiada peraturan yang 'mengongkong' tidak boleh buat itu ini seperti di sekolah. Bebas..It's depend on you. Kalau rasa nak jaga tarbiyah diri, jagalah. Kalau tak mahu terserah."

* * * *
Benar senior,
Semua kata2mu telah menjadi kenyataan dalam hidupku kini,
Ku merindui kalam sang murobbi,
Kata2 semangat dari sahabat2 seperjuangan,
Bulatan halaqah,
Medan penyubur IMAN dan UKHWAH,
dan indahnya biah solehah di sekolah.

Dan kepada adik2 ku walau di sekolah mana kalian sedang berjuang,
Mungkin sekarang kalian belum mengerti erti 'cabaran di IPT',
Insyaallah bila kalian telah melangkahkan kaki ke sini,
Kalian akan merasai sendiri,
Yang penting...
JAGALAH TARBIYAH DZATIYAH,
Benteng terakhir diri...


ditulis dari CFS IIUM NILAI...

Wednesday, June 10, 2009

Sunnah Berjuang

Alhamdulillah,
setinggi syukur dipanjatkan kehadrat Allah,yang memberi peluang untukku menaip beberapa patah kalimah.Sejujurnya dengan meulis ini dapat membangkitkan semangatku untuk terus berjuang di jalan Allah.

Entah di mana harus dimulakan bicara kali ini.Yang pasti ingin ku nyatakan bahawa baru sekarang ku rasakan perjuangan yang sebenar telah bermula.Ya, benar kata senior2 kehidupan di IPT itu terlalu mencabar dan berbeza dengan alam sekolah.IMANlah seteguh2 perisai dan HDA adalah jalan terbaik untuk mengelakkan diri agar tak merasa terumbang ambing.Ahh..bukan mudah menguatkan IMAN.

Pengalaman pertama berdepan dengan realiti masyarakat yang sebenar membuatkanku semakin bersyukur atas nikmat hidayahNya,merasai betapa pentingnya tarbiyah dan peringatan,menghargai betapa pentingnya seorang sahabat yang menjadi penguat di kala lemah serta pelbagai lagi..Memang adakalanya diri terasa lesu, rasa tak mampu bergerak dengan suasana yang ada.Namun ku kuatkan jua tekad untuk terus melangkah.Aku mujahidah tak boleh mengalah kepada jahiliyah.

Sungguh perjuangan itu pahit..Tugas menyebarkan kebenaran mungkin mudah disebut dan diulang2 tetapi untuk melaksanakannya perlukan jiddiyah(kesungguhan) dan mujahadah yang tinggi.
Setiap kali terasa sukar dalam perjuangan ini,kupujuk diri bahawa inilah yang telah Rasul dan sahabat2 jiilul awwal telah lalui.Juga para pendukung ISLAM yang hebat,mereka juga tidak melalui jalan ini dengan mudah..Kalau ingin hidup tenang di akhirat,mahu atau tidak perlu menempuh jalan sukar di dunia.

Akhir sekali, bila terasa diri kesempitan,kelelahan,kepayahan,hayatilah lagu sunnah berjuang,yang dinasyidkan oleh Hijjaz.Namun begitu,saya lebih suka hayati liriknya yang asal,kalau tak silap dari kumpulan nada murni(kalau silap kalian betulkan).

Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menongkah fitnah,
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana,
Dibelenggu dia uzlah,
Dibunuh syahid,
Namun jiwa tetap mara menuju cita,
Membara demi Allah dan Rasulnya.

Berjuang tak pernah senang,
Ombak derita tiada henti,
Tenag tegang silih berganti,
Inilah sunnah orang berjuang,
Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa airmata,
Siangnya bagaikan singa dirimba,
Memerah keringat mencurah tenga.

Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid atau menang...

Kalau ada yang tersilap dalam lirik ini,kalian boleh betulkan.
Intanshurullah yanshurukum.Salam Pejuangan.

Monday, June 1, 2009

Taaruf Week CFS IIUM

Alhamdulillah,puja dan puji hanya untuk Allah,Rabulalamin. Selawat dan salam buat Rasul al-Amin.


Tamat sudah taaruf week,minggu yang sungguh memenatkan.Seronok rasanya..

Tak nak citer panjang kat sini kerana masa yang sangat terhad.Anway,syukran a lot for Comitte Members of Taaruf Week yang telah menjaga kami dengan sabar.


Today,1 Jun 2009 adalah hari keluarnya result English Placement Test(EPT) & Arabic Placement Test(APT) yang telah diduduki oleh student . Keputusn inilah yang bakal menentukn tempoh pembelajaran di CFS IIUM ini.Actually, i don't want to stay here more then 1 year but if kena stay jugak,REDHALAH jalan terbaik.


Now,diri ini masih dalam proses menguatkan diri..Kalau tak jaga betul2 hati ni tak mustahil akan luntur.Bagaimanakah akan ku tempuh hari mendatang??

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??