setinggi syukur dipanjatkan kehadrat Allah,yang memberi peluang untukku menaip beberapa patah kalimah.Sejujurnya dengan meulis ini dapat membangkitkan semangatku untuk terus berjuang di jalan Allah.
Entah di mana harus dimulakan bicara kali ini.Yang pasti ingin ku nyatakan bahawa baru sekarang ku rasakan perjuangan yang sebenar telah bermula.Ya, benar kata senior2 kehidupan di IPT itu terlalu mencabar dan berbeza dengan alam sekolah.IMANlah seteguh2 perisai dan HDA adalah jalan terbaik untuk mengelakkan diri agar tak merasa terumbang ambing.Ahh..bukan mudah menguatkan IMAN.
Pengalaman pertama berdepan dengan realiti masyarakat yang sebenar membuatkanku semakin bersyukur atas nikmat hidayahNya,merasai betapa pentingnya tarbiyah dan peringatan,menghargai betapa pentingnya seorang sahabat yang menjadi penguat di kala lemah serta pelbagai lagi..Memang adakalanya diri terasa lesu, rasa tak mampu bergerak dengan suasana yang ada.Namun ku kuatkan jua tekad untuk terus melangkah.Aku mujahidah tak boleh mengalah kepada jahiliyah.
Sungguh perjuangan itu pahit..Tugas menyebarkan kebenaran mungkin mudah disebut dan diulang2 tetapi untuk melaksanakannya perlukan jiddiyah(kesungguhan) dan mujahadah yang tinggi.
Setiap kali terasa sukar dalam perjuangan ini,kupujuk diri bahawa inilah yang telah Rasul dan sahabat2 jiilul awwal telah lalui.Juga para pendukung ISLAM yang hebat,mereka juga tidak melalui jalan ini dengan mudah..Kalau ingin hidup tenang di akhirat,mahu atau tidak perlu menempuh jalan sukar di dunia.
Akhir sekali, bila terasa diri kesempitan,kelelahan,kepayahan,hayatilah lagu sunnah berjuang,yang dinasyidkan oleh Hijjaz.Namun begitu,saya lebih suka hayati liriknya yang asal,kalau tak silap dari kumpulan nada murni(kalau silap kalian betulkan).
Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menongkah fitnah,
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid memburu syahid.
Dibuang dia berkelana,
Dibelenggu dia uzlah,
Dibunuh syahid,
Namun jiwa tetap mara menuju cita,
Membara demi Allah dan Rasulnya.
Berjuang tak pernah senang,
Ombak derita tiada henti,
Tenag tegang silih berganti,
Inilah sunnah orang berjuang,
Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa airmata,
Siangnya bagaikan singa dirimba,
Memerah keringat mencurah tenga.
Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid atau menang...
Kalau ada yang tersilap dalam lirik ini,kalian boleh betulkan.
Intanshurullah yanshurukum.Salam Pejuangan.

No comments:
Post a Comment