Pages

Sunday, June 21, 2009

interview FSCC?!

Seusai kelas english sekitar 4 ptg, rakan saya ainul bertanya,
"Tak check nama utk FSCC ke?",
"Tak pun.Tak dapat kot",ujar saya dlm nada malas. Saya sememangnya berharap agar tidak terpilih diinterview dan tak berapa faham fungsi sebenar FSCC tu. Katanya macam perwakilan pelajar jugak. Kalau boleh, untuk semester ni rasa nak relax2 dulu. Tak mahu terikat dengan sebarang jawatan. Lagipun nama tu deparment IRKHS yang letak, so tak kisah dapat ke tidak.

"Baik awak check.Interview tu sampai 4:30 ptg ni jer",
"Ok..insyaallah", saya berlalu.
"Em..prihatinlah Ainul ni",bisik hati.Ainul student Bachelor of Arabic (BAR) merupakan rakan sekelas untuk subjek english dan arab.

Saya bergerak ke Student Activities Department (STAD), meninjau nama2 yang terpilih untuk diinterview dan....ah..

"Rabbi yassir wala tuassir ya karim", sedikit nervous bila memasuki bilik itu.Saya cuba memaniskan muka, cuba untuk menenangkan hati.
Berbagai soalan ditanya tentang penglibatan di sekolah.Bila saya kata pernah terlibat dalam ping pong, diorang terkejut.Rasa kelakar pulak.Mungkin penampilan saya bertudung labuh membuatkan mereka tak percaya.Em..apa2 je la.

"Oh,dulu belajar kat terengganu.Apa pendapat awak tentang kejadian stadium yang runtuh tu?",
Segera saya memotong, "Saya belajar je kat terengganu,rumah kat johor".Sengaja jawab begitu tak mahu disoal lebih2.hihi..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Rasanya ini satu pengalaman baru,tak pernah lagi diinterview sebelum ini. Kalau orang lain fully speaking, tapi saya ada jugak ditanya dalam bm jer. Tapi saya cuba jugak speaking, sekadar nak improve english.

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??