Pages

Monday, June 29, 2009

Detik itu pasti

Selepas membaca satu post dalam group alumni SMAKL berkaitan pemergian seorang pelajar, Lutfi Hadi, ada sedikit sebak di dada. Sebelum ini pun sudah beberapa berita seperti ini menerjah telinga cuma yang ini pelajar sekolah sendiri. Cukup tidak disangka...

Jenazah telah di solatkan surau sekolah. Selama ini kalau solat jenazah ghaib adalah tapi kali ini jenazah telah di bawa untuk disolatkan di sini. Bagaimana suasananya...??? Apa perasan adik2ku..??Kalau sedih mungkin semua orang sedih tapi setakat mana kesedihan itu mampu meningkatkan iman, muhasabah dan mengubah diri...Ya..kematian itu satu tazkirah yang cukup baik untuk yang lalai..Mungkin ini mampu menyedarkan adik2ku di sana?? Wallua'lam

Teringat masa jadi fasilitator untuk RMC Training Center. Bila motivator sentuh pasal kematian, tunjuk video2 yang berkaitan dengannya, semua tunduk dan berjurai air mata.Walau tak tahu lama mana perasan sedih dan insaf tu bertahan tapi sekurang2nya tetap berbekas di hati.
Ya saat itu pasti kan tiba...namun kita tak boleh lemah dan menyerah..

"Semua akan menghadapi kematian tetapi seorang mukmin akan mengolah seni kematiannya"
Jadi, teruskan PERJUANGAN!!!





No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??