Pages

Friday, August 7, 2009

H1N1-suatu muhasabah




Moga Allah merahmati kalian yang membaca..kaifahal??ada yang demam??batuk??selsema?? hah..cepat2 la pergi klinik, jumpa doktor. Alhamdulillah saya di sini masih berkeadaan baik hingga hari ini. Belum terkena simptom2 di atas. Ya Allah peliharalah diriku dan insan2 lain..


Lepas sorang, sorang batuk, selsema dan demam. Dalam kelas arabic yang ada 11 orang, 5 orang absent. Bayangkan belajar 6 orang jer..Alahai seronok memang la seronok tapi x semeriah selalu. Dah x ramai 'tukang tanya2'. Ustaz pun macam serba salah nak mengajar sebab anak murid 'kesayangan' ramai x ada. Memang kami dalam kelas agak rapat sebab x ramai. Bila sorang x ada, terasa ketidakhadirannya. Alahai..




Wah..siap ber'purdah' lagi pegi kelas

Disebalik semua yang berlaku ini, sekejap demam kat sana, sekejap kat sini, saya terkesan akan sesuatu..tentang kekerdilan dan kelemahan diri manusia. Sehebat mana, selawa mana, secerdik mana, sekaya mana dan apa2 se la, andai Allah takdirkan ditimpa sesuatu musibah, tak ada yang mampu lawan. Betul tak??

Tapi ingat, tiada yang dapat menghalang kita daripada sesuatu keburukan melainkan Allah jua. So, mintalah daripadaNya agar dipelihara diri kita daripada sesuatu yang kita tak mampu nak hadapi. Kita x mampu nak detect bila masa virus 2 mai nak 'berkawan' dengan kita, tapi Allah tahu segalanya.

Jadi, ingat2lah siapa diri kita..apakah kita ingin mendurhakai Allah lagi?? Sedangkan Dia mampu buat apa2 saja atas diri kita.

Waallualam..moga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat dan pemeliharaan Allah...
p/s: selamat hari lahir ke-8 IKIM. i.Allah esok saya akan ke karnival sehari bersama IKIMfm..

Wednesday, August 5, 2009

Dimana hatiku??

Dikisahkan ada seorang murid Dzun Nun berjalan di antara rumah2. Sambil menangis, dia berkata,
"dimana hatiku? siapa yang menemukan hatiku?".

Kemudian dia melihat seorang anak kecil sedang menangis kerana dipukul ibunya. Si ibu membiarkan anaknya di luar dan mengunci pintu rumah. Anak itu menoleh kanan dan kiri. Dia tidak tahu ke mana harus pergi dan ke mana harus dituju. Dia pun kembali ke depan pintu rumah, lalu menyandarkan kepalanya diambang pintu dan tertidur. Ketika terjaga, dia menangis dan berkata,
"ibu, siapa yang akan sudi membukakan pintunya untukku jika engkau tutup pintu rumahmu dan melarangku masuk? siapa yang akan megambilku jika engkau mengusirku? siapa yang akan mengasuhku jika engkau tidak peduli kepadaku?".

Seketika ibunya mengintip anaknya dari sela2 pintu dan melihat airmata anaknya mengalir deras di pipi.Hati ibu mana yang tidak tersentuh. Si ibu lantas membukakan pintu dan segera meraih anaknya sambil berkata,
"Anakku sayang, engkaulah yang membuatmu mendapat hukuman ini dan engkaulah yang membuatku melakukannya. Seandainya engkau taat kepada ibumu, tentu engkau tidak mendapat hukuman ini dariku".

Melihat kejadian itu, anak murid Dzun Nun mula tersedar. Dia kemudiannya berteriak, "Aku telah menemukan semula hatiku".

Saya termenung memikirkan kisah itu. Dua tiga minggu yang lepas, hati ini dilanda penyakit yang tak tau apa namanya. Terasa terlalu sempit, kadang sedih namun tak tahu di mana puncanya. Saya cuba mencari ketenangan dalam sujud, dalam bacaan al-Quran, dalam bait2 zikir al-mathurat namun seakan2 tiada kesan di hati.
Sudah..apa kena pulak dengan hati ni..??

Dan saya menemui cerita di atas. Ya..tiada cara lain untuk menemukan semula ketenangan di hati melainkan memohon dengan sesungguh hati kepada Allah.Mohon agar diberikan hati yang baru, lebih kental, lebih positif, lebih beriman...
Kitalah yang sebenarnya menentukan diri kita bagaimana. Apa2 hal check diri tu dulu, baru benda lain..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Namun adakalanya tak semua benda yang diminta tu dapat, betul tak??



Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia berikan kaktus yg berduri..
Aku minta kupu2 yang indah,
DiberikanNya aku ulat..
Aku kecewa dan sedih
Namun..
Tak lama kemudian kaktus itu berbunga indah,
Dan ulat2 menjadi kupu2 yang cantik,
Begitulah cara Allah menyayangi kita,
Selalu indah pada waktunya,
Allah tak memberi apa yang kita HARAPKAN,
tetapi memberi apa yang kita PERLUKAN..
Kadangkala kita sedih, hampa dan kecewa,
namun diluar pengetahuan kita
Allah mengaturkan jalan yang TERBAIK buat kita.

Jadi, mari kita rendahkan diri dihadapanNya. Selalulah mengetuk pintuNya..
"Orang yang terus mengetuk pintu, pintu tersebut akan dibukan untuknya"
(Abdullah bin Masud r.a)



p/s: bila baca cerita tu teringat zaman kecik2 dulu bila kena marah dengan mak..huhu..

Tuesday, August 4, 2009

MISI 09

"Wah..hari ni last paper", gembira rasa hati tak terkata..Dan malam ni..

* * * *

"K.Izah, ana dah beli tiket", ujar saya kepada senior jurusan ekonomi itu.


Dan petang itu, jam 6:30 ptg, kami bertolak dengan bas USIM ke Stadium Tertutup Nilai.

Ada apa kat situ??



Mentang2 dah habis exam, dan tatau apa nak buat. Ditambah dengan konsert yang 'tak berkenan di hati' tengah berlangsung tak jauh dari CFS IIUM nih, maka kami pun bercadang la nak ke sini, MISI 09 bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Konsert ni anjuran USIM sempena pesta konvokesyen kali ke-7 (betul tak student USIM).

Tahniah kepada MC yang bijak menghidupkan suasana yang harmoni, membuat penonton tak kering gusi. Juga persembahan2 yang hebat dari Damascus (first time dengar nama), Suhaimi dan Mectica. Tak lupa kumpulan sketsa dengan persembahan cukup best,ATRA vs SPMM..

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??