Pages

Wednesday, February 10, 2010

Jom minta kat DIA, kan DIA Maha Dekat...

Alhamdulillah...
Sekali lagi ku panjatkan syukur tak terhingga padaMU ya RABB atas kesempatan yang sedikit ini.

Hari-hari yang dilalui kian mencabar..
dan saya dapat rasakan betapa payah untuk 'maintain' IMAN dan AMAL.
ya..sukar sekali kerana 'enviroment' hari ini yang telah 'contaminated' dengan toksik jahiliyah. Kalian juga rasa begitukah?

Kita mengeluh tentang kepayahan yang dirasai tapi perlu diingat bahawa kita ada DIA yang Maha Dekat, paling akrab dengan kita.
Jadi, mengapa tak mengadu saja kepada DIA.

Bila 'penyakit' malas datang menerpa dan mula terasa berat untuk study. Tengok buku pun rasa mual, mungkin nak baling je. Juga malas nak beribadah, nak solat. Kenapa kita tak mohon saja pada DIA minta dicabutkan rasa malas itu, kerana malas itu syaitan punya kerja. Si syaitan yang memang selalu sembur 'perfume' malas supaya kita jadi lemah. (Ya ALLAH..jauhkan aku daripada sifat malas ini).

Bila hati rasa gundah gulana, risau tak tentu pasal. Rasa tak puas hati dengan segala benda disekeliling baik terhadap benda bernyawa atau tidak. Apakata kita istighfar dan minta kat DIA supaya tenangkan hati. "Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (al-Ra'du: 28)

Bila buat sesuatu kerja, banyak yang tak menjadi. Misalnya assignment, punyalah penat menyiapkannya tapi tak diterima oleh lecturer. Masa tu pasti hanya Tuhan yang tahu apa perasaannya. Jadikan ini pengajaran. Selepas ini, sebelum memulakan apa-apa kerja mintalah pada DIA agar dimudahkan segala urusan. (Allahumma yassirlana umurana..)

Bila dalam kelas, sukar nak faham apa yang lecturer terangkan. Dan kebosanan mula memenuhi ruang. Maka, sebelum melangkahkan kaki ke kelas, mintalah pada DIA agar diberi kefahaman terhadap apa yang bakal dipelajari. (Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman).

Bila waktu subuh menjelma, mata terasa berat saja untuk dibuka. Entah berapa banyak syaitan bergayut kat mata. Itu belum dikira nak berqiamullail, bertahajjud. Lagilah ber'chenta' nak bangun. Kebetulan semalam baru ada 'tayangan' free dalam bilik, movie suspen lagi seram. Bila nak bangun tahajud, mulalah terbayang-bayang rupa-rupa yang tak sepatutnya. Akhirnya tak jadi nak bangun dan tidur balik. Sepatutnya bila dah berazam nak bangun, kenalah tunaikan dan sebelum tu mintalah pada DIA agar dibuang rasa takut tak bertempat atau malas itu.

Banyak-banyak situasi di atas, sebenarnya yang paling berat ialah nak menjalankan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi. Sebagai penyeru kepada manusia agar kembali mentauhidkan ALLAH dengan sebenar-benar tauhid. Tanpa bantuan daripada ALLAH pasti kita tak akan dapat menjalankan amanah ini dengan baik. Maka selalulah mahon pada DIA agar ditsabatkan hati dan dikuatkan setiap langkah perjuangan.(ya Muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala dinika wa 'ala tho'atika)

Sebenarnya banyak sekali situasi-situasi 'bermasalah' dalam hidup kita. Kadang-kadang kita biar saja masalah-masalah tersebut kerana tak tahu (atau tak mahu) selesaikan. Hakikatnya, apa saja yang berlaku, 'refer'lah kembali pada ALLAH. Jika manusia tak sudi mendengar keluhan kita, DIA sentiasa ada berasama-sama dan bersedia mendengar keluhan hamba-hambanya bila-bila dan dimana saja. Cuma kita yang sokmo lupa nak minta kat DIA kan...??

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim).

~wallahualam..moga ALLAH mengasihi kita~

Wednesday, January 27, 2010

Final oh Final..

Alhamdulillah...
Mari lantunkan syukur pada DIA,
atas pemberianNya yang tak pernah surut
,Terima kasih ya ALLAH kerana dicelah-celah kesibukan ini Kau masih mengizinkan hambaMu mencoret lagi.

Huh..cepat masa berlalu..
Beberapa minggu lagi tirai semester ini akan dilabuhkan.
dan hanya beberapa minggu lagi untuk ku habiskan tahun pertama di sini.

Minggu depan, bermulalah 'peperangan' dalam final exam..
Berdebar-debar rasanya..
Siap sedialah untuk tarikh-tarikh berikut:

4/2: maharat kalam (speaking)
5/2: maharat istima' (listening)
8/2: maharat kitabah (writing)
9/2: maharat qiraah (reading)
12/2: Basic Theme of al-Quran


Ni baru arab dan BTQ, belum masuk core course lagi tapi dah berdebar semacam. Moga ALLAH bantulah.. (usaha..usaha..usaha..,doa..doa..doa)


Untuk yang bakal exam, saya doakan moga ALLAH beri yang terbaik buat kalian.

Teringat pesanan hikmah seorang kakak di sini,


"Yang dilihat dan diukur bukan sejauh mana usahamu,
tapi yang diharap sejauh mana tawakkalmu,
percaya nan jitu, pergantunganmu padaNya.
Usahalah semampumu tapi...
jangan sesekali berakidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
Tapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya..
itulah penentu kejayaanmu. Kejayaan bukan milik sesiapa tetapi adalah milik ALLAH..
jadi seyakinnya hendaklah kau pohonkan dariNya semata.."

~WALLAHUALAM~

Friday, January 8, 2010

::RAFEST ::

Alhamdulillah...
Tanpa jemu kalimah ini dilontarkan buat kesekian kali...
Yang mengizinkan jemari ini mencoret lagi,
yang memberi rasa rindu untuk berkongsi lagi di sini..

Minggu yang sibuk..itu yang mampu saya katakan..Terutama mereka yang terlibat dengan RAFEST.

Minggu ini adalah minggu Raudhah Festival (RAFEST), dan termasuk antara program terbesar di CFS IIUM ini. RAFEST adalah program yang menggabungkan FSCC (Foundation Studies Coordination Council), MRC (Mahallah Representitive Committee), FRC (Facilitators Representitive Committee) dan semua clubs dan society di CFS IIUM. Pelbagai program menarik telah dan akan diadakan.Antaranya: carier exhibition,ukhwah debate(antara course), talk 'konspirasi filem 2012' (sangat best!!), back to Quran clinic, sex education, iium green earth day, Tribute to Alam Barzakh, stand cinema 'Ketika Cinta Bertasbih', finding true love (Fatimah Syarha and Ust. Pahrol Mat Juoi), iron chef...

Nampaknya banyak gerai2 yang sedang dibuka..bersedialah untuk 'mengalirkan' wang..Gerai makanan, pakaian, aksesori wanita, bookfair, pc fair dan lain2, semuanya menguji keimanan dan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan supaya tak membeli benda2 yang tak sepatutnya..
Bab2 membeli pakaian mungkin saya masih boleh kawal tapi bab2 bukulah yang saya lemah sikit.. Rasa nak beli semua.. Astaghfirullah..Takut beli buku tapi tak baca. Nanti di akhirat tak pasal2 kena soal dengan buku "kenapa beli aku tapi tak baca".

Untuk RAFEST ini, saya telah ditugaskan menjaga bahagian carier exibition untuk BAR (Bachelor of Arabic) dan BEN (Bachelor of English). Juga committee untuk stand cinema 'ketika cinta bertasbih' anjuran CMC (Creative Multimedia Club).

Sepanjang minggu ini, ada sesuatu yang menarik perhatian sekaligus menimbulkan kekaguman iaitu berkaitan talk 'konspirasi disebalik filem 2012' dan 'tribute to alam barzakh'. Dalam banyak2 talk atau program ilmiah yang saya ikuti selama berada di cfs iium ini, dua program ini antara yang paling mendapat sambutan (saya rasa). Mosque Hall penuh sesak hingga ada audience yang terpaksa duduk di luar dewan. Alhamdulillah..

Moga RAFEST kali ini memberi banyak manfaat buat semua students CFS IIUM..

~InsyaAllah~
p/s: my first post for this year 2010...May this 2010 will bring more improvements in my life and blooms with lots of lovely flower of success..

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??