Pages

Wednesday, November 24, 2010

~CiNTa FisHBaLL~


Bismillah walhamdulillah....

CINTA FISHBALL???

Syukran kepada kalian yang masih sudi melawat ke teratakku ini...:)
Baiklah, hari ni post saya agak santai sikit. Just nak share satu cerita. Nak dengar tak? Ok2...sila ambil tempat masing-masing. Eh, jangan berebut, banyak lagi ruang boleh duduk.

Sebenarnya hari ni dalam kelas Critical Thinking, lecturer saya telah berkongsi satu cerita tentang seorang temannya. Temannya ini bekerja di sebuah kilang fishball di Pantai Timur. Entah macam mana si teman lecturer saya ni telah jatuh hati kepada seorang gadis yang merupakan anak bosnya yang juga rakan sekerjanya. Setelah lama berhubung, dia berhajat untuk melamar si kekasih hati. Bagaimanapun, lamarannya ditolak (kes tak dapat restu orang tua). Maka berdukacitalah dia lantas membawanya hatinya yang lara ke Utara tanah air. Setelah itu lecturer saya pun tak tahu apa yang terjadi kepadanya.

Pada suatu hari, lecturer saya telah berjumpa dengan temannya itu setelah sekian lama tak bertemu. Lecturer saya bertanya tentang keadaan kampung mereka di Pantai Timur (diorang ni sekampung rupanya..). Temannya mengatakan sudah lama tidak pulang ke sana. Cuma satu perkara yang mengejutkan kami ialah sejak 'clash' dengan kekasih lamanya, bukan sekadar nak makan, nak bau fishball pun tak boleh! (wahh...ni kes berat..).

Betapa kuatnya penangan CINTA...hebatkan..?
Sebenarnya, tujuan lecturer saya berkongsi cerita ni kerana ada kaitan  dengan satu tajuk yang sedang kami bincangkan, "Barriers to Critical Thinking". Salah satu halangan untuk berfikir secara kritikal ialah "overpowering" iaitu orang yang terlalu emosi. Oleh kerana terlalu mengikut hati, teman lecturer saya ini sanggup berhenti kerja di kilang fishball itu dan merantau ke Utara. Bukan itu sahaja, bahkan tak mampu menjamah fishball kerana ada memori yang pahit untuk dikenang (oh,apalah nasibmu fishball.Manusia punya masalah kamu yang jadi mangsa.ish3).



wahh...sedapnya..pastikan ia halal ya..^^



Apa yang boleh saya simpulkan ialah:
~Kita perlu rational dalam tindakan dan bijak mengawal emosi. Jika tidak, diri kita yang rugi.
~Usah meletakkan harapan yang tinggi kepada sesuatu perkara/ seseorang kerana ia akan mengecewakan kita apabila harapan itu tidak menjadi kenyataan.

Mungkin ada kesimpulan tambahan. Kalian tambah sendiri lah ye...^_^
~WALLAHUALAM~

Monday, November 15, 2010

Wahai Daie, jangan lemah...

Bismilllah walhamdulillah...Dengan meminjam kekuatan daripada Allah, jemari ini saya gerakkan..Sungguh tangan ini tidak dapat menahan daripada menaip dan berkongsi hikmah di sini..

Allah..UjianMu silih berganti. Semakin aku menapaki jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya ku seakan penat tetapi ku tahu tidak sepatutnya ku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka, di saat ini, ku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..

Bismillah...
Wahai daie, janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran, sedarlah itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali dijuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat airmatamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan asbab untuk menyerah.


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda Rasul mafhumnya Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. 


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah, hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahayaNya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas keranaNya).


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk deen ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah meski dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu bahawa ada bahagia di sana. Bahagia yang tidak bisa di rasa oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan padaNya.


Wahai daie..Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia. Seperti Rasul juga. Dan kerana itu Allah telah memotivasikan kita dengan ayatnya "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman" (Ali-Imran:139). Ingatlah, dipenghujung hayat kita akan kembali kepadaNya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu denganNya..


Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah.
Hakikatnya nasihat ini untukku. Ku tak ingin selamanya berasa lemah. Ku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya" (al-Baqarah : 207)

Monday, November 1, 2010

~RAFEST 10~

1th -12th Nov- Blood Donation
7th Nov-"Rafest Night : Opening Ceremony"
8th Nov- Rafest Special Exhibitation
8th-10th Nov- Rafest One Stop Center and Book Fair
8th - 10th Nov- Rafest Special Demonstration
8th Nov- Shakespeare's Night
9th Nov - "The Originalty of Al-Quran"- Br. Lim Joi Soon
10th Nov- "Suci dalam Debu"(Rumah Pengasih)
11th Nov- Amazing Race
11th Nov- Talk ("Realiti Konspirasi"-Bro. Amin Idris)
12th Nov- Talk (Ï Love, You Sayang)
12th Nov- Adobe Photoshop
13th Nov- Yaumur Riadhah
13th Nov- Earth Hour IIUM Version

Yah..!!! Raudhah Festival (RaFest) kembali lagi..!! Pelbagai acara best menanti anda...Jom sama-sama kita meriahkan sambutannya...(ada bakat jadi promoter ke..??)

Bagi kalian yang pertama kali dengar tentang RaFest ni, apa yang saya boleh katakan ialah ini merupakan antara acara wajib dan tahunan di CFS IIUM. Hampir semua kelab dan persatuan yang ada di sini bergabung tenaga bagi memeriahkan sambutan RaFest. Kelab saya sendiri terlibat dalam program RaFest ini. Jika pada tahun lepas, kelab saya mengadakan Stand Cinema-"Ketika Cinta Bertasbih", pada kali ini insyallah kami akan mengadakan bengkel Adobe Photoshop pula.

Sebagai insan yang ditugaskan sebagai program coordinator  untuk bengkel tersebut (walau tak layak pun sebenarnya), saya akan cuba sedaya upaya untuk melincinkan dan melancarkan perjalanan program. Namun, hakikatnya saya tiada kuasa untuk itu melainkan Allah lah yang mengizinkan. Ya, saya benar-benar mengharap pertolongan Allah dalam mejalankan tugas-tugas ini. 

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??