Pages

Sunday, April 8, 2012

Little Change, Big Impact


Bismillah walhamdulillah…

Syukur  yang tidak terhingga kepada Allah atas nikmat sihat yang diberi hari ini setelah beberapa hari Dia mengambilnya. Hanya mampu berbaring sambil memerhati syiling (oh sebenarnya bukan tengok syiling sangat, tengok skrin laptop yang lebih, kan).

Alhamdulillah, sudah kembali sihat, bersemangat dan ceria semula hehe.. :D
Tengok, Allah uji sikit dengan kesihatan kita dah tak berdaya. Jadi, siapalah kita nak dibandingkan dengan Pencipta?

Alhamdulillah..Bila dah sihat rasa seronok nak buat kerja pagi ni. Kemas bilik, basuh baju dan mengupdate blog :D

Setelah selesai mengemas meja study dengan mengubah sedikit susun aturnya, saya ada rasa kelainan di situ. Rasa semangat nak belajar! Pelik ya?  

harapnya terus macam ni la ye...


 Sebelum ni, tak semangat ke? Soal kalian confuse. Bukanlah. Cuma bila pandang saja ke meja tu, entah mengapa semangat untuk study menurun sedikit. Rupanya, ada yang tak kena dari segi susun aturnya.

Apa yang saya cuba nak highlightkan di sini ialah satu perkataan iaitu P.E.R.U.B.A.H.A.N.
Kadang-kadang perubahan yang sedikit tu memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.

Tertarik kepada perkongsian seorang ahli panel semasa saya menghadiri satu program motivasi, tentang rahsia kejayaan dirinya semasa menuntut di universiti. Hanya dengan perubahan yang sedikit iaitu mengubah jadual belajar  terus melonjakkan pencapaiannya daripada 2.0 something kepada dean list. Masyaallah, hebat tu..

Kadang-kadang kita rasa dah banyak yang kita study tapi resultnya masih sama. Kita rasa solat tak pernah miss, tapi still tak dapat tinggalkan dosa. Diri masih ditakuk lama. Ini bermakna ada something wrong somewhere yang masih belum diubah. Mungkin kita lebih pentingkan kuantiti daripada kualiti?

“Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang beerti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu pertahankanlah jiwa kalian!”

-Tariq bin Ziyad-

Justeru, mari lakukan perubahan.
Jangan teragak-agak kerana ia akan melambatkan peningkatan diri .
Berubahlah bukan saja untuk kejayaan sementara di dunia tetapi untuk kejayaan yang kekal di sana.  

Berubahlah bukan dari sudut akademik saja tapi juga ibadah kita. 
Berubahlah walau sedikit, kerana mungkin yang sedikit itu besar hikmahnya,
Berubahlah, dan rancanglah perubahan kita agar terus istiqomah.
Berubahlah, anda belum terlambat untuk berubah.
Berubahlah, kalau anda lambat, kalau anda lengahkan, sampai ke mati anda tetap sama.

Kita berdosa,
Tapi kita lengah,
“Esok la taubat”,
“Taubat pun nanti buat balik”
Jangan macam tu.
Takut-takut
Sampai ke mati pun tak sempat bertaubat (nauzubillah…)

Berubahlah, kerana yang berubah saja akan merasai kesan dan kemanisannya.

Kalau kita bersegera,
Allah akan membantu kita,
Kalau saja lengah-lengahkan masa,
Allah biarkan kelengahan menyelubungi kita.

Saya sudah bertekad. Kalian bila lagi? Jom sama-sama kita berubah. Moga Allah redha usaha kita.

Akhir kalam, kejayaan bukan angan-angan. Ingat ya...

Note : -  Tujuan post ini untuk saya‘basuh’ diri sikit. Kasik putih dari sifat malas dan lalai.

-   Jom tadabbur surah al-Mukminun : 1-9. Moga jadi mukmin yang berjaya. i.Allah..
          

Sunday, April 1, 2012

Masih Menulis..


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…
Bersyukur tanpa henti kerana Allah masih memberi peluang kepada jari untuk mengetuk papan kekunci. ^_^

Lama tak mencoret.
Rasa rindu pula.
Hari-hari catatan ini saya buka
Namun hanya baca catatan lama.

Bukan tak ada idea. Ada.
Dan idea itu saya tulis (taip la maksudnya).
Sampai separuh jalan, terhenti.
Tak tau nak sambung apa lagi.
Maka akhirnya tinggallah ia dalam folder ‘draf’ saja.
(kalau tukar kepada kertas, mungkin dah berpuluh-puluh helai agaknya..huh hiperbola saja..)

Namun kali ini,
Rasa nak mencoret tu tinggi,
Dalam hati,
“tak boleh jadi, kena tulis juga malam ni”

Biarlah sedikit.
Sekadar nak exercise tangan,
Disamping mengasah penulisan,
Dan me’refresh’ iman.

Doakan saya agar dapat menulis lagi.
Banyak yang ingin dikongsi.
Moga Allah beri keizinan nanti.. ^^,


Thursday, March 1, 2012

Selipar Ukhuwah

Bismillah walhamdulillah...

SHAH MOSQUE, IIUM.

Jam di tangan menunjukkan pukul  5.05 petang.  Usai mengaminkan doa, saya tergesa-gesa menuju ke female entrance yang terletak di tingkat dua. Sebentar lagi kelas fiqh sirah akan bermula. Kelas yang terletak di bangunan admin itu berdekatan saja dengan masjid.

Mata saya melilau mencari sandal hitam. Pelik. Sandal itu tidak ditemui. Sandal saya hilang!

“Aku salah letak ke? Atau aku masuk dari level 1?”, otak saya ligat mengesan di mana saya letakkan sandal itu sebelum solat asar tadi. 

Saya bergegas turun ke tingkat satu dengan harapan ada di sana. Namun harapan itu dirasakan tipis kerana saya yakin saya masuk ke masjid melalui female entrance di tingkat dua, bukan tingkat satu.
Dan benar, tiada di situ. 

Saya berlari kembali ke tingkat dua. Kasut di tangga sudah berkurangan namun kasut saya tidak kelihatan. Saya masuk ke dalam masjid. Moga-moga ada sesiapa yang boleh saya minta pertolongan di sana. Di satu sudut masjid, saya ternampak seseorang. Terkocoh-kocoh saya mendapatkannya.
 
“Alia! Lama lagi ke duduk sini? Nak pinjam kasut bleh? Kasut hilang la..”, 

“Aah, lama lagi. Lepas maghrib baru balik. Pinjam la..”          

“Thanks Alia!”

Jam sudah melepasi 5.15 petang. Berlari saya ke kelas fiqh sirah. Seperti yang dijangka ustaz telah terpacak di dalam kelas. Cuak sungguh di buatnya. Datang lambat untuk kelas kali pertama.

Semasa kelas, kepala sudah tidak boleh fokus. Berpusing-pusing memikirkan solusi. Selepas kelas ni mahu pulang ke mahallah atau duduk saja di masjid? Kerana malamnya ada meeting pula.

Kelas tamat. Segera saya berlalu meninggalkan kelas tanpa sempat menyapa teman-teman lain. Ingin segera pulangkan kasut Alia. Kesian dia lama menunggu. Dalam hati berdoa moga Allah mudahkan urusan hambaNya ini.

Saya sudah berkira-kira mahu menghubungi Ainin kerana kami akan meeting bersama pada malam itu. Jadi, mahu minta dia bawakan kasut. Handphone dikeluarkan tetapi…

“Allah..bateri kong pulak”, rasa seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ pula.

Saya mendapatkan Alia yang sedang duduk bersama K.Zue dan Qila. 

“Alia, pinjam handphone?”, Alia lagi.

“Ambillah..”,

“Tapi aku mahu telefon siapa? Alia mana ada nombor Ainin”, gumam hati kecil saya.

Tiba-tiba satu nama muncul..Najiah!

“Siapa ada nombor Naja?”, Naja merupakan teman sekuliah kami. Juga sahabat saya dan Ainin.

“Kite ada”,Qila menghulurkan handphonenya. 

“Maaf ye menyusahkan. Emergency, kasut hilang ”,  segan sungguh saya. Terasa telah menyusahkan mereka yang sedang bersiap-siap untuk ke HS café. 

“Hah?! Kasut hilang? Macam mana boleh hilang”, terkejut kak Zue dan Qila. Saya mula membuka cerita sambil tangan laju menaip. 

Mesej dihantar. Lama tapi tiada balasan. Cuba untuk call namun tidak jawapan.

“Macam mana nih?” mereka nampak risau (risau ke..hehe..).

“Tak pe la. Nanti nak pergi HS café kite singgah beli selipar untuk awak”, Qila cuba membantu.

“Alhamdulillah! Boleh-boleh.. Syukran sangat..”, 

“Nash, doa banyak-banyak ye. Doa orang dalam kesusahan dan teraniya Allah makbulkan”, bisik Qila.

Oh, terima kasih sahabat kerana mengingatkan. 

Tak lama kemudian Qila datang menghulurkan plastik di tangan. Dan jeng-jeng-jeng.. 


selipar kiut..^^,

“Sori. Kite tak tau nak pilih yang mana. Maaflah kalau tak berkenan,”

Kak Zu dan Alia juga ada. Tergelak melihat selipar kiut yang dibeli Qila untuk saya.

“Alah..Qila dah beli ke. Baru je nak tambah pahala,” ngomel kak Zue dan Alia.

"Nash, Naja mintak maaf sebab tak balas. Handphonenya tertinggal di bilik" 

Saya senyum. Terima kasih Allah. Terima kasih sahabat. Bantuanmu amat kuhargai. Moga Allah membalasi mu di akhirat nanti.
~TAMAT~

*       *       *       *       *

Siap. Panjang ke?

Perlulah saya panjang-panjangkan cerita ni. Supaya saya boleh bawa kalian berlari bersama dari tingkat dua ke tingkat satu dan ke tingkat dua semula. Kemudian berkejar pula ke kelas. Kasik penat sikit. Penat ke? Oh,penat baca ye..Nah, minum air dulu..hehe (gelak nakal).

Panjang benor ceritanya . Apa motifnya cik Insyeerah oiii…???
Baik. To make it short, moral of the story atau dalam arabnya ‘ibrah adalah : 

1.  Allah telah ulang dua kali dalam surah ke 94 ayat 5 dan 6,
           5. "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
           6. "Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

     Tepat sekali ayat nih. Di kala saya tengah pening-pening nak cari solusi macam mana nak balik       
     mahallah dengan tiada kasut, Allah hadirkan sahabat saya untuk membeli selipar.
     Bukankah ujian tu daripada Allah. Maka solusinya juga ada di tangan Dia. Minta sajalah.

2.  Bantulah saudaramu walaupun sedikit kerana boleh jadi bantuanmu itu besar bagi saudaramu. 
           Dan ini saya rasakan. Sebelum bertemu Alia, Qila dan Kak Zue, sudah beberapa orang saya 
           adukan hal ini (cuma tidak disebutkan dalam cerita di atas), namun mereka hanya       
           mendengar dan berkata “eh, yeke..?”

     Mungkin Alia, Qila dan Kak Zu tak tahu tetapi bantuan mereka pada hari itu sangat besar 
     ertinya bagi saya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Barangsiapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat. Allah selalu menolong seorang hamba selama dia menolong saudaranya”.

Moga cerita ini ada 'ibrahnya buat kalian. Wallahu’alam..^^
Ujian itu, bicara Allah dengan kita.
 

note : - Keesokannya ke masjid, saya nampak sandal hitam tu. Alhamdulillah! ^^ Mungkin ada 
             yang tersalah ambil lalu meletakkannya kembali. Terima kasih kerana memulangkan sandal 
            kesayangan tu.

          - HS cafe. HS adalah singkatan kepada Human Sciences. Cafe yang paling meriah sebab 
            terletak di tengah-tengah UIA dan berdekatan pula dengan masjid.
 

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??