Pages

Tuesday, July 21, 2009

oh..dah tua rupanya

Alhamdulillah, syukur ya Allah yang masih memberi hamba nafas pada hari ini, memberi hamba izin untuk melihat dunia.Untuk kesekian kalinya, genaplah umurku. 18 tahun sudahku hidup,lama tu...
Menyelak kembali lembaran2 hidupku, yang mengundang pelbagai rasa, tawa ceria dan sedih duka, terselit kegusaran. Apakah hidupku di bawah lembayung redhaNya atau lebih banyak mendatangkan murkaNya?
Apakah ku benar2 menjadi muslim sejati?
Apakah ku telah benar2 menyumbang untuk ISLAM?
Khuatirku andai hidup ini sia2 di sisiNya. Saban hari ku ruku', sujud dan berdoa. Apakah amalan2ku diterima??



Allah Maha Baik, selalu memberi kesempatan kepada hambaNya untuk kembali memohon ampunanNya andai bersalah. Namun hambaNya selalu lalai dan leka. Semakin diberi kesempatan untuk hidup, semakin menjadi2 rosaknya.Hai..dasar hamba tak sedar diri..







Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Gembirakah hari lahir??
Ya..mungkin gembira..Org wish macam2, ada pulak yang rajin bagi hadiah.
Tapi ingat..

"Semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu(kematian)"

Takut pulak bila ingat camtu. Rasa dah banyak terbuang masa (sengaja ke x?).

Dikesempatan ini nak ucap syukran jazilan kepada teman2 yang susah payah wish kat saya (susah ke?ntahla).

Agak2 saper winner? hehe..orang jauh di utara, teman yang sangat dirindui, (Athiroh). Antara teman paling dekat. Walau 'bergaduh' sokmo, tapi tetap bersama.

Second, kakak yang dikasihi(k.izzah za'ba), lepas ni balik uia nak mintak belanjalah..hehe(nakal betul adik dia sorang nih).

Tak lupa teman2 gen-2 yang lain,deeni,rumaisa',rufaidah,khalilah n safwah, rindu sangat kat kalian. Bila saling berbalas sms @ ym, terasa kehangatan ukhwah kita. Terlalu besar nikmat ukhwah ini. Persaudaraan atas ikatan iman adalah benteng dalam perjuangan.

Juga teman2 di Mahallah Ummu Salamah yang sudi berkirim mesej. Lina,Azi n lain2.

Adik dari sk.men.Tg Suleiman (pernah jadi fc mereka time di KIBAR)pun tak melepaskan peluang wish 'hepi besday'."Moga hepi2 slalo",katanya.

Lastly, teman2 lain yang turut wish tapi x tersebut namanya..
thanks for all who still remembering me...
May Allah always blessing our ukhwah and guide us towards the right path...


Wednesday, July 15, 2009

Exam + Cuti

Minggu ini...ahh mula terasa sibuk sedikit berbanding minggu2 sebelumnya(sikit jer). kuiz arabic dan presentation english. Tambahan minggu ini mid-term exam akan bermula.Walau hanya 3 subjek (english-18/7, arabic-1/8 dan religion in Malaysia-1/8) namun kerisauan tetap bergayut di hati.

Akan tetapi kerisauan itu sedikit terubat.1,2,3...,4 hari lagi cuti semiggu akan bermula (18-26/7), cuti dicelah-celah minggu exam. Saya pelik?,masa di sekolah dulu saya tak berapa peduli tentang cuti tapi di sini, saya sangat mengharapkan cuti. Kenapa??..kerana saya memerlukan sesuatu dalam cuti ini kerana terasa sedikit tandus dalam diri. Inginkan sesuatu yang dapat men'top-up'kan iman, meningkatkan antibodi diri dalam menghadapi virus jahiliyah yang kian menular,yang lebih bahaya dari H1N1. Sedihnya ramai yang tak sedar..

Saya merindukan kalam bicara bonda dan ayahanda, moga dapat membangkitkan jiwa yang sedikit lesu dan letih.
Saya rindu untuk menatap kembali catatan2 tazkirah yang disalin dengan tekun semasa di bumi tarbiyah dulu.

Hakikatnya, tiada istilah letih dalam kamus hidup daie (betulkah??). Perkara ini perlu diproses terlebih dahulu dan proses itu lama hingga ke hujung nyawa. Tak dinafikan adakala letih, lesu dan malas itu datang, normallah pada saya. Tetapi tak boleh terus menyerah, kena ada usaha untuk bangkit dari kelemahan itu. Usaha itu ada pelbagai cara, boleh fikir sendiri kot =).

Oh, tak boleh berlama di sini. Ada tugas belum selesai. Esok presentation, moga Allah bantu.. Rabbi yassir wa la tuassir ya karim..

Monday, July 6, 2009

Global Players Development Programes

GPDP.. itulah singkatannya. Bila baca nama program ni apa yang kalian agak??

em..first time tengok, saya telah tersilap baca(sebab nak cepat). Bila telah tersilap baca, maka tersilap sangka. PLAYERS saya baca prayers. Saya pun pening..apa pulak global prayers ni...nak ajar solat ker..??. Haha..bila tengok balik players rupanya tapi still tak faham apa tujuan sebenar program ni.



Program ini dibuat sebanyak 3 sesi dan saya adalah peserta bagi sesi ke-3. Mengikut cerita teman sebilik yang telah mengikuti, nampaknya macam banyak game. Diorang pun tak tahu motif sebenar program tu. Ada yang kata boring tak kurang yang best. Biasalah, mana2 program pun macam tu, ada best dan tidak.



Tibalah giliran saya..4-5/7/2009 merupakan tarikh untuk sesi ke-3. Ada rakan2 yang kata malas nak pergi, tak bersemangat dan macam2 lagi. Saya senyum jer..Kalau ikutkan pagi tu, sahibah2 kat sini ada jogging. Ah..ruginya, nak ikut diorang.Tapi GPDP ni akan menyumbang 10 markah untuk subject religious.Redha je lah.

"K.Izzah ana x leh join minggu nih.Ada GPDP. Minggu depan buat lagi yer", ujarku agak sedih. Kalau tak kerana markah mungkin saya akan ikut mereka berjogging..



Hari pertama bermula dengan pendaftaran sekitar 12.30 tgh. Kemudian program disambung pada pukul 2.45 ptg. Selepas ucapan daripada Mejar Shariman selaku wakil Biro Tatanegara(BTN), diadakan tayangan tentang sejarah kemerdekaan. Bagaimana susahnya tokoh2 terdahulu berjuang mempertahankan negara demi sebuah kemerdekaan (insaf sekejap).

Sebelah petang, bermulalah group dinamic.Memandangkan setiap group ada lebih kurang 20 orang, setiap group dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil. First group seramai 10 orang akan bermain 'trafik jam' dan second group(the rest),perlu membuat bendera kumpulan,
memilih seorang tokoh(tanah melayu) beserta slogan kumpulan. kami telah memilih Rentap, "Agi idup, agi ngelaban".



Malamnya pula diadakan talk oleh Mejar Shariman. Ucapan beliau yang sungguh bersemangat dan penuh penghayatan membuatkan saya kagum. Walau dah menguap beberapa kali dan orang2 disekeliling sudah mula 'terangguk2' tapi saya masih mampu bertahan. Barulah saya tahu tujuan program ini didakan iaitu membangkitkan semangat patriotisma dan jati diri sebagai seorang Melayu Muslim disamping mendedahkan sejarah, visi dan misi penubuhan UIA. Pendek kata, ucapannya banyak berkaitan dengan sejarah Tanah Melayu dan UIA.



Hari kedua..

Saya terkejut bila handphone berbunyi.

-Dah siap ke?-

Aina Syfqh.



" Ya Allah..4:30 pg. Dah lewat rupanya", pantas saya bangkit.

Sepatutnya pukul 4:00 pagi dah kena kumpul di masjid untuk qiamullail. Saya agak tidak selesa kalau tak dapat panctual sebab salah satu sifat muslim ialah 'hifzhi ala waqt'. Bilik saya masih gelap, dan seperti biasa sayalah yang akan jadi tukang kejut(dah jadi rutin harian).Sampai di masjid orang dah start solat.Mulalah terpinga2, solat apa ni, tahajud? taubat? hajat?.Itulah pengajaran, lain kali tepati waktu.



Setelah bersarapan dengan Aina di blok E, mahallah ummu salamah, kami bergegas ke padang berdekatan blok tersebut. Pagi ini ada acara yang saya ternanti2( x tau la orang lain), Seanamrobik ala Malaysia.Saya memang minat aerobik kalau sesama perempuan. Tapi kali ni campur dengan lelaki, kenapa suka pulak?? Hehe..saya bukan apa teruja dengan nama senamrobik tu je.Nak tahu macam mana gayanya.Huh..ada ala2 tarian zapin, inang, sumazau, kadazan, china, india dan ntah apa2 lagi. Saya tak lah ikut sangat. Malaslah..keliling-kelalang semua lelaki.

Setelah bersenamarobik, mulalah start main.Macam2 game ada.Kalau 2 sesi sebelum ni setiap kumpulan akan buat aktiviti berasingan di dalam kelas2 yang telah disediakan tetapi sesi yang terakhir ni lain pulak ceritanya. Semua kumpulan berkumpul sekaligus untuk buat aktiviti yang sama.Dari kumpulan 1 sampai 30 (tahulah 30 group.. sebab kumpulan terakhir).Lebih kurang 3 game semuanya.First sekali angkat cawan menggunakan tali yang diberikan dan susun menegak 3,2,1 (x dpt imagine?,buat2lah dpt). Second, passing belon yang berisi air dengan cara yang telah ditetapkan.And the last, bina jambatan menggunakan 'balak'(susun pencungkil gigi jer). Nampak macam simple tapi ada maksud disebaliknya.

Lebih kurang pukul 1.00 tghari, diadakan majlis penutup (alhamdulillah).Berakhir sudah program yang sekian ramai student first year cfs iium(terutamanya di Nilai) menantikannya. Sekejap jer rasa.Dan hari, ketika artikal ini dipublish, dah hampir seminggu program ini berlalu.

Apa yang saya rasa?? yah..ada baiknya kerana ingin menyemarakkan roh patriotisma. Islam juga mengarahkan agar mencintai negara,hubbul wathan.Namun, semangat itu tidak akan lama tanpa asas iman dan akidah yang kukuh.Rasanya seperti tiada apa2 perubahan pada insan2 dan keadaan disekelilingku. Masih ada maksiat di sana-sini.

Sebelum penekanan kepada negara, tekankan dulu asas Islam.Barulah mantap.Tak gitu??

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??