Pages

Sunday, June 27, 2010

Jaga HDA....

Alhamdulillah, tinggal beberapa minit lagi sebelum saya bergerak ke Terminal Larkin, menaiki bas pulang ke CFS IIUM Nilai..Owh ya..sebenarnya saya telah pulang ke rumah sejak hari rabu lagi, tak ada kelas hari khamis dan jumaat..hehe..
"wah..heaven la kau.."kata kawan saya..Dan saya, senyum je la..

Ok, tak nak panjang cerita sekadar nak kongsi satu hadis yang sangat bermakna. Jom hayati..

Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya : Aku membonceng bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:
"Wahai budak! Peliharalah Allah, kelak Allah memeliharamu, Peliharalah Allah, kamu dapati Allah dihadapanmu, kenalilah Allah dalam masa senang, Allah akan mengenalimu dlm masa kesusahan.Kalau kamu hendak meminta maka pintalah pada Allah. Kalau kamu mahu memohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Sesungguhnya kalau semua orang berkumpul untuk memberikan sesuatu kepadamu maka mereka tidak akan berkuasa memberikannya. Dan kalau mereka berkumpul untuk merosakkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditetapkan Allah ke atas kamu, mereka tidak akan melakukannya. Telah keringlah kalam dalam daftar lipatannya.."

Alhamdulillah, sempat juga menulis..sekadar peringatan untuk diri sendiri sebelum balik. Doakan saya selamat dalam perjalanan...
JUMPA LAGI......^__^

Thursday, June 24, 2010

Salam semua...
Just nak share this video..
sangat menggemari nasyid ini..



Teruskan doakan mereka...teman-teman kita yang terus berjuang di sana..

Monday, June 21, 2010

Jom Belajar..!!!

Alhamdulillah, puji-pujian hanya untuk Allah..Semoga kita sentiasa dekat denganNya (insyaallah)

Baru-baru ini saya sempat mengikuti satu seminar yang sangat bagus pada saya. Alhamdulillah, pulang saja dari seminar, semangat saya untuk terus mendalami ilmu Allah semakin bertambah. Teringat kata-kata penceramah (Prof. Madya Dr. Khairiyah-UTM) yang lebih kurang begini :
"Seminar kita hari ni bukan nak bagitau macam mana nak score dalam exam tapi macam mana nak belajar dengan betul.."

Lantas saya muhasabah diri, "aku ni belajar sebab nak score exam, dapat 4 flat je ke atau ape?"
UNTUK APA KITA BELAJAR..?? NAK SCORE EXAM SAJE..?? NAK DAPAT KERJA BAGUS..??
ATAU....
Nah, tanya balik diri masing-masing..Kalau rasa niat masih belum jelas, mari kita betulkan sama-sama.

Jadi, apa niat dan tujuan kita belajar?
First, mestilah kerana Allah. Tanpa redha Allah sia-sia saja penat lelah kita dalam menuntut ilmu.

Second, sebab nak kuasai ilmu tu (bukan sekadar nak score exam). Bila kita sudah menguasai ilmu automatik kita akan score exam..tak percaya, cubalah...

Third, untuk menaikkan nama Islam. Kenapa hari ini cahaya Islam tidak segemilang dulu? Kenapa umat Islam mudah ditipu dan diperlakukan sesuka hati? Jawapannya, kerana kita, umat Islam sambil lewa sahaja dalam menuntut ilmu.

Saya bagi 3 saja. Hakikatnya boleh tambah lagi target-target ini dengan syarat semuanya kerana Allah.

Sebelum mengakhiri tinta saya pada hari ini, izinkan saya berkongsi satu hadis, HADIS MOTIVASI UNTUK BELAJAR..(lepas hayati hadis ni pasti lebih semangat nak belajar ..)

Dari Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : "pelajarilah ilmu kerana
  • mempelajarinya membawa takut kepada Allah,
  • menuntutnya adalah ibadah,
  • membincangkannya adalah tasbih,
  • mencarinya adalah jihad,
  • mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah,
  • memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah,
  • kerana ilmulah petunjuk yang halal dan haram,
  • menara kepada jalan penghuni syurga
  • teman setia di saat kesunyian,
  • rakan di masa keseorangan,
  • teman berbicara di waktu khulwah,
  • senjata menghadapi musuh,
  • petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan,
  • perhiasan di saat bersama teman-teman,
  • dengan ilmulah Allah mengangkat kedudukan banyak kaum sehingga Allah menjadikan mereka pemimpin yang tegak, jejak langkah mereka diikut, perbuatan mereka dicontohi dan pendapat mereka menjadi pemutus,
  • para malaikat terlalu kepingin bertemankan mereka, sentiasa mengusap mereka dengan sayap-sayapnya,
  • setiap benda lembab, kering, ikan dan binatang laut, binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan,
  • kerana ilmu menghidupkan hati dari kejahilan,
  • lampu bagi penglihatan di saat kelam,
  • dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang pilihan dan darjat yang tinggi di dunia dan di akhirat.                           
                                                                                                (Riwayat Ibnu Abdul Barri)

      Jadi teman, belajarlah...Tuntutlah ilmu kerana Allah..Rawatlah penyakit MALASmu..ISLAM sedang menanti kita untuk meninggikannya dengan ilmu kita..AYUH...!!!  =)                                                     

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??