Pages

Sunday, September 25, 2011

Pintu Hati


Dia mahu mengunci pintu hatinya rapat-rapat. Belum tiba masanya untuk dibuka. Jika ada yang meminta izin, dia hanya akan buka sedikit cuma. Sekadar menjengulkan kepala. Melihat tuan empunya. Dan dia akan membuka setelah mendapat isyarat daripada Pemiliknya. Buka sedikit saja. Bimbang ada angin jahat menerobos tanpa sempat dia menutupnya.


Buat masa ini, biarlah dikunci dulu. Bimbang ketenangan hatinya terganggu. Dia mahu bersama Pemilik hati itu. Dia mahu cerahkan dalaman hatinya dengan lampu-lampu iman. Biar bersinar. Dia mahu hidupkan dengan kalimah-kalimah al-Furqan. Biar berpedoman. Dia tidak mahu Pemilik hatinya kecewa lantaran gagalnya dia mejaga dan mengawasi hatinya.  


note : Entah mengapa tiba-tiba rasa nak bersastra pula. Mungkin kerana baru khatam buku sastra kot. ^^

Thursday, September 1, 2011

Jangan Break Mengejut


Salam ‘alaik..Apa khabar kalian semua? Dah start puasa 6? Dah?  Wah, bagus tuu..Yang belum start, jangan lupa buat ye.. Saya? Oh, Alhamdulillah dah start buat. Selalunya jarang la saya start puasa time syawal ke-2. Tetapi, disebabkan tahun ni saya beraya di rumah saja, tak jalan ke mana-mana, jadi bolehlah start awal sikit.

Emm..cakap pasal puasa 6 ni kan, agak-agak apa hikmah Allah suruh kita puasa 6 ni ye?? Banyak? Ya, memang banyak. Yang dapat saya lihat antaranya ialah Allah tak nak kita ‘break mengejut’ (huh?)

Begini, cuba kita lihat kereta. Sebelum berhenti, kita kena perlahankan kenderaan dulu kan. Apa akan terjadi kalau tengah laju tiba-tiba kita break? Tak ke terkejut orang yang ada dalam kereta tu (ada jugak yang terhantuk kang..) Kalau ada kereta di belakang, alamatnya kena hentam la bontot kereta kita tu kan (opss..!! tu la sapa suruh break mengejut..)

Maka, begitulah dengan puasa. Allah s.w.t itu kan sangat baik. Selepas kita puasa penuh sebulan ramadhan, Allah perintahkan kita untuk sambung lagi 6 hari dalam bulan syawal. Selepas tu teruskan dengan puasa sunat 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Sebab apa? Sebab tak nak kita break mengejutlah.  29 hari ramadhan, 6 hari syawal kemudian 2 hari setiap minggu. Emm..kan cantik susunan tu.

 Bayangkan time ramadhan kita punyalah pecut puasa sebulan penuh. Masuk saja syawal terus berhenti puasa (kononnya nak cover balik puasa ramadhan tu la).Hah, tak ke nampak macam break mengejut tu. Jadi, untuk mengelakkan kita daripada membreak secara mengejut, eloklah kita sambung dengan puasa sunat 6 hari di bulan syawal (6 hari saja..^^).

Selain itu, Allah juga nak didik kita untuk istiqomah. Setelah berpuasa sebulan ramadhan, kita tambah pula dengan puasa 6, kan nampak konsisten. Sebab itu seelok-eloknya kita tak bertangguh-tangguh untuk puasa 6. 

Yang sebenarnya, Allah nak didik kita untuk istiqomah dalam semua sudut. Bukan setakat puasa saja, malah amalan-amalan lain pun kena istiqomah juga. Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Syaikhani dari ‘Aisyah ra, Rasulullah telah bersabda: “Amal – amal yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang dawam (istiqomah) walaupun sedikit”. (HR. Bukhari dan Muslim). Tak nak hurai panjang tentang bab istiqomah ni sebab yakin semua dah sedia maklum tentang kepentingannya. Antara nak istiqomah dengan tidak ja.

Akhir coretan, sementara mood ramadhan masih ada, jom kita sama-sama buat puasa 6. Tangguh-tangguh, last-last tak buat. Kan rugi tuu..

Tengok, adik ipin pun nak posa..^^(ipin versi indonesia)


Selamat Berpuasa 6 semua!! ^_^




note : 5 days to go!!! UIA, wait for me..!! (nervous la pulak =.=')




Thursday, August 11, 2011

I'm a 'Grannysitter'’ - Tazkirah Kematian


Bismillah walhamdulillah...

Menghitung hari. Sudah banyak tanda-tanda yang kelihatan padanya. Tanda-tanda fizikal seperti telinga dan hidung yang dah ‘jatuh’. Bila berbaring,  bahagian belakang badan sudah rapat ke lantai (kalau ada kain di belakang badan dah tak boleh tarik melainkan kena mengiringkan badan).

Satu lagi tanda ialah kerap bermimpi bertemu orang yang telah mati. Selama ni tak pernah bermimpi arwah tok wan tiba-tiba mimpi tok wan datang dengan kawan-kawan. Tok wan siap suruh tok masak untuk jamu kawan-kawan dia. Ada juga tok mimpi 3 orang anaknya yang dah meninggal tengah seronok tunggu nak jumpa dia.
Kadang2 tak nanti tidur, tengah berjaga pun dia nampak arwah sedara-mara, kawan-kawan lama datang ziarah (kalau orang dengar mesti seram kan..huhu..). Pernah time tengah makan dia kata ada orang datang tengok dia padahal orang tu dah lama tak ada.

Mak bercerita. Satu malam, seperti biasa mak mengajarkan tok doa tidur dan syahadah. Kemudian tok bertanya,
“Nanti kalau malaikat mai tanya ‘ma robbuka’ nak jawab apa? Kalau dia tanya kiblat nak jawab arah mana?”

 Mak membalas,
“Solat (amalan) mak nanti yang akan jawab soalan malaikat tu.” (dan alhamdulillah tok memang seorang yang mementingkan solat)

“Oh, macam tu. Nanti kat akhirat Rasulullah kenal aku ka? Aku nak duduk dengan Rasulullah”

“Mak, syahadah yang mak baca tiap-tiap hari tu akan tolong mak kat akhirat untuk jumpa dengan Rasulullah”

(Dush3..=.=’) Rasa terpukul. Macam mana tok yang dah separuh nyanyuk boleh ingat semua tu?? Aku yang sihat walafiat tak terfikir nak muhasabah diri dengan soalan-soalan macam tu pun?? Mungkin ini sindiran dan peringatan dari-Nya?? -Aku yang dah lama lupa-

Ku kira masanya sudah tidak lama. ‘Kiamat kecil’ (kematian) itu akan datang menjemputnya bila-bila masa. Seumur hidup belum pernah aku berhadapan dengan orang yang diambang kematian. Aku terfikir kalau suatu hari, aku melihat dia terbaring. Sangkaku dia sedang tidur. namun bila aku cuba kejutkan, badannya telah mengeras, tiada respon. Dan ku lihat nafasnya sudah tiada. Mungkin ada yang mengira aku berfikir terlalu  jauh, seakan mahu tok pergi segera. Tidak sama sekali. Cuma aku terfikir ini kerana selagi nafasnya ada, di rumahku inilah dia berada. Dan mungkin akhir hidupnya juga di sini. Aku terfikir ini kerana mahu bersedia untuk menerima takdirNya itu. 

"Ya Allah, jika Engkau ingin mengambilnya, ambillah dengan lemah-lembut. Jika itu (kematian) yang terbaik buatnya, permudahkanlah ya Allah. Cukuplah sengsara derita yang ditanggungnya selama ini."

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??