Pages

Tuesday, April 28, 2009

Catatan Sang Musafir 2


25/4/09-Hari yang dinanti

Hari yg dinanti telah tiba.Ku akan menjejak kaki ke bumi SMIK buat kali ke-2. Rindu kat teman2 di sana.Sesampai di sana kelihatan beberapa org teman. Sibuk nampaknya.Afifah, Alifah, Faiqah,Nadiah Khair dan Nadiah Ibrahim.

Kedatanganku dan Fatimah bukanlah sekadar ziarah tapi kena jadi pembantu kat bilik pemeriksaan kesihatan di bawah Kelab Kesihatan Haluan.Pelbagai perkhidmatan ditawarkan.
Antaranya pemeriksaan BP(blood pressure),glucose,cholestrol dan ultrasound.Customer juga boleh mendapatkan nasihat drpd doktor secara percuma.Ramai doktor yg hadir. Nampaknya tugasan yang ku terima ialah check BP.Begitu juga Fatimah.Tak sangka hari ni kena jadi 'thabibah'.Tak pernah termimpi pun nak buat kerja2 macam ni.It's a GOOD EXPERIENCE.

Dalam ramai2 tu,ternampak kelibat K.Syarha.Ku x sempat bersalaman kerana time tu ada taklimat oleh Dr.Azian.
"Rupanya Dr.Farhan ada,patutla nampak K.Ha",hatiku berbisik.



Para doktor
merenung jauh..menanti customer seterusnya

Tengah sibuk layan customer,ada sesuatu yg menarik.

"Eh,Cg.Salimah dan Cg.Zura", gembira rasanya dapat bersua wajah2 yg dah lama tak bertemu. Bila ditanya gerangan apa mereka kemari

"Jadi guru pengiring. Adik2 kamu masuk pertandingan Syarahan",ujar Cg.Zura.
Ku tak sempat nak lihat persembahan mereka. Shatibi,Azmir dan Nik Akmal.Tugasan ini membuatkan ku harus 'setia' di bilik ini. Tak kisah apa yang kalian dapat,TAHNIAH. Itulah yg terbaik Allah takdirkan. Moga menjadi pencetus peningkatan diri utk lebih cemerlang di masa akan datang.











My Beloved teacher,Cg.Salimah n Cg.Zura




Ku turut bertemu dengan gen-1 IKHLAS (Ikatan Ukhwah Lepasan Smaskl),K.Aesyah dan K.Rumaisa'.Bestnyer..Walau hanya seketika bertemu namun ukhwah ini tetap dirasakan.

Penat la hari ni..Pukul 4 baru siap.Moga semuanya dikira sebagai amal soleh.




Sebelah malamnya pula diadakan Forum Bicara Ad-Deen.Moderatornya,Ust.Mahathir Shaharuddin,salah seorang DJ IKIM.Ahli panel jemputan ialah Ust.Najib,pensyarah USIM dan Ir.Ahamad Jais Alias,pengarah Radio IKIM.Tajuknya memang BEST,'Memperjuangkan Islam Tanggungjawab Bersama'.Bicara berkisar antaranya ttg tuntutan jihad dalam Islam.
To be Continued...

Catatan Sang Musafir

23/4/09-Bertolak ke Klang

"Senang jer..Betul2 dpn surau Padi Malinja",handset dimatikan.Sekejap lagi Fatimah akan sampai. Kami akan sama2 bertolak ke Klang Untuk menghadiri Mahrajan Tsaqafi Sekolah Menengah Ibnu Khaldun.Ku tatap tiket bas transnasional,9:30 pagi. Masa berbaki setengah jam lagi untuk ku menaiki bas.Perasanku ketika ini,em..ntah lah,sukar ditafsirkan.Seronok?Risau?Semuanya bergayut di hati. Moga Allah permudahkan travel ini.

Sekitar 9.25 ku selamat menaiki bas.Perlahan2 bas bergerak meninggalkan pekarangan terminal Larkin.Nampaknya bas tak penuh.Ku menjeling sekilas ke kerusi hadapan di sebelah kiri.

"Aik,perempuan ke lelaki tu?",ku menyoal Fatimah.
"Perempuan..",balas Fatimah seolah2 memahami apa yang bermain di benakku.
"Sian dia.Mungkin hatinya belum disentuh cahayaNya",monologku sendirian.
Memang cara berpakaian dan stailnya nampak 'ganas' sikit.Seketika handsetnya berbunyi.
Ku amati suaranya.Sah!perempuan.

Perjalanan itu,hampir 6 jam lebih.Kini,bas mula memasuki kawasan parking Terminal Klang. Hatiku tak henti bertasbih.
"Alhamdulillah,dah sampai"
Ku akan ke rumah nenek Fatimah dulu yang berada di sekitar Klang.Setelah lama menanti kehadiran ibu saudara Fatimah yang khabarnya akan menjemput,kami mengambil keputusan untuk bersolat dulu.

Jam menunjukkan 4:30ptg.Kelihatan sebuah Proton Wira Merah sedang berhenti di tepi jalan.
"Tu mak sedara ana.Mari..",Fatimah mengajak.

Setibanya di rumah nenek Fatimah,kami disambut mesra oleh neneknya.Ketika itu atuk tak ada di rumah.Kami bersalaman. Setelah merehatkan diri,aku mengambil kesempatan berbual dengan neneknya.Orangnya baik dan peramah.Nenek itu berketurunan jawa.Begitu juga atuk.
"Patut la.."desisku dalam hati.Apabila dia bercakap dengan pembantu rumahnya,Mak cik Jum,aku kurang faham.Mak cik Jum juga seperti nenek,baik dan peramah.Ada saja perkara yang ingin diusiknya.Buat seketika aku mula terbiasa dengan suasana di rumah itu.


24/4/09-BOOK FAIR,PWTC


Hari ini dalam perancangan,kami akan ke Book Fair.Kami akan menaiki komuter dari Klang Central ke KL Central.Di sana,Tg.Mashitah dan Sarah telah menanti.Kemudian,kami berempat meneruskan perjalanan ke Stesen Putra.Kedudukannya tidak jauh dari lokasi book fair, PWTC

Suasana di PWTC sedikit sesak.Biasalah.Nama pun PESTA.Kami mula la menjelajah..Lepas tingkat 1, tingkat 2, kemudian tingkat 3 pulak.Ya Allah letih betul.Namun, minat kepada buku melebihi segalanya.Antara booth yang dijelajahi ialah Karangkraf, Galeri Ilmu , Alaf 21 dan Telaga Biru disamping booth2 lain yang tak tersebut namanya di sini(banyak sangat).

Satu
fenomena yang ku kira cukup menarik.Agak2 apa yer??

Kalau nak ikutkan pengunjung memanglah ramai.Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia memang suka membaca.Cuba pula lihat booth2 di sana,yang macam mana mendapat banyak sambutan??Kalau bukan yang banyak buku rujukan sprt Sasbadi dan Pelangi,mestilah yang ada novel atau komik2 yang ku kira hanya memuatkan perkara picisan..Booth2 yang menyediakan
bahan2 ilmiah(lainlah yang dah famous cam galeri ilmu atau telaga biru),sikit saja pengunjungnya.Tak nak la sebut booth mana.Apa yang boleh ku simpulkan di sini ialah bahan bacaan yang dipilih.Yang suka membaca mungkin ramai tapi apa yang di baca??

Tengah jalan2 tu aku termasuk satu booth,tak perasan booth apa.Tiba2 ternampak beberapa orang insan yang agak berhampiran denganku.Subhanallah kumpulan In-Team rupanya.
Ust.Zamri,pengendali rancangan Mari Mengaji pun ada.La..booth In-Team Record rupanya.

Ku turut terserempak dengan beberapa kenalan lain.K.Nailah dan K.Nawar Abd.Kadir,K.Timah Adi dan K.Nadhirah Marzuki.K.Hanisah (timb.pengarah HiMEGA)pun ada.

Puas berjalan,perut mula minta haknya.Setelah solat di surau PWTC,kami bergerak ke shopping complex berhampiran.Di tingkat 4, terdapat food court yang di beri nama Medan Hang Tuah. Menjejak kaki ke situ seolah2 sedang berada di Melaka, ada konsep baba and nyonya sikit.
Setelah mengisi perut,kami pusing2 la sekitar shopping complex tu.

Tak perasan masa berlalu terlalu cepat.Kami kembali ke stesen Putra untuk membeli tiket masing2. Tg.Mashitah dan Sarah ke KL Central.Sedang aku dan Fatimah terus ke Pelabuhan Klang. Mengikut route,Pelabuhan Klang adalah destinasi terakhir komuter.Perjalan tu agak lama.Penumpang agak ramai.Hampir saja kami tak dapat tempat duduk.Ku memerhati sekeliling.Manusia macam2 ragam.Kebanyakannya baru pulang dari kerja.Ada menghabiskan masa membaca,berbual,ada juga yang tersengguk2,letih agaknya.Namun ramai yang diam saja.
Kedudukan kerusi yang saling bertentangan membuatkan ku dapat memerhatikan gelagat para penumpang.

" Anda sekarang berada di Klang Central,Klang Central"suara pengumuman bergema. Penumpang berpusu2 keluar.Aku jadi teringat sesuatu..Klang Central?
"Timah kita turun kat mana?"aku sekadar bertanya.Meminta kepastian.Pintu ditutup dan train terus bergerak.
"Pelabuhan Klang.."
Seketika Fatimah menelefon bapa saudaranya.
"Alamak..kita salah beli tiket la"kami sama2 tersenyum geli hati.Aku dah agak.Sepatutnya kami turun di Klang Central.
"Habis tu..?",aku menyoal.
"Em..Tunggu je la",jawab Fatimah.
Untuk ke Stesen Pelabuhan Klang,kami perlu melalui lagi dua stesen.

Kami tiba di rumah ketika azan maghrib berkumandang.Perjalanan yang cukup mencabar tapi menyeronokkan.Alhamdulillah,semua selamat.






Antara buku yang ku beli.Tak banyak pun.Kena budget la..
dalam komuter



Thursday, April 23, 2009

Tak Dapat Nak Update Lagi

Salam alaik kpd kalian yg sudi membaca blog ini.Nampaknya x leh nak update lagi.Saya akan ke Sekolah Menengah Ibnu Khaldun utk menhadiri Mahrajan Tsaqafi.
Banyak yg nak dicoretkan tapi hasrat itu terpaksa ditangguhkan.Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang. Insyaallah ada 'ole-ole' utk kalian(gambar jer.he..he).Itupun kalau ada la.

Sunday, April 19, 2009

Bergurulah dgnnya..



Inilah antara wajah2 yg pernah mendidikku.Ku kira terlalu besar pengorbanan mrk.Insyaallah ganjaran hebat menanti mrk di syurga.Walau sehebat mana seorg guru tak mampu menyaingi guru pertama umat ini,Muhammad Al-Amin.Dialah murobbi terhebat,paling besar pengorbanan,paling penyabar dan punya 'student' paling ramai.Mulai dari zamannya hingga ke akhir hayat dunia,siapa yg mengikuti dan mengamalkan semua 'silibus' yg telah diajarnya adalah 'studentnya'. Berbahagialah sesiapa yg menjadi 'student'nya krn bakal mendapat syafaat di akhirat kelak.


Namun,bukan ini pokok bicaraku,krn Rasulullah murobbi terhebat adalah fakta yg x boleh disangkal lagi.Pada hematku,ada satu lagi 'murobbi' @ 'guru' yg kadang2 kita lupakan atau buat tak heran pd pengajarannya.What's that??

Yang dimaksudkan ialah KEGAGALAN DAN KESALAHAN,FAILURE AND MISTAKE. Ya,belajarlah daripadanya yang sering memberi pengajaran untuk menjadi insan yg lebih cemerlang dan makin dekat kpd Allah. Mohonlah kepada Allah agar x jatuh ke dalam lubang yg sama.

"Bergurulah dgn kehidupan(pengalaman),
kau akan temui pelbagai perkara.
Ada duka, ada ceria,
ada pahit, ada manis,
ada kegagalan, ada kejayaan.
Semua ini mendidikmu keikhlasan, kematangan,
kesungguhan, kedisiplinan, ketabahan,
setiakawan, berkorban dan seumpamanya.
Merenunginya membuatmu lebih dekat dgn Pencipta,
menjadikanmu hamba yg mengenal dirinya
dan khalifah berwibawa.
Marilah belajar daripada kehidupan.
Dalamnya terkandung tarbiyah Ar-Rahman,
Booster peningkat keimanan..."

Thursday, April 16, 2009

Planning oh planning...

Seusai tamatnya SPM,ramai teman2 bertanya,
"nk wat ape lepas ni??".em..ape yer?.
Saya mula mencongak2 sesuatu lantas mencoretkannya di dalam buku catatan.'My Planning After SPM'.Teman2 lain juga begitu,sibuk merancang.Ada nak mengajar, nk jd student lagi (masuk kursus komputer,arabic,menjahit dll),ambil lesen dan seumpamanya.Masing2 berazam tak mahu melepaskan waktu begitu saja.

Alhamdulillah,planning ku juga ada yg tercapai.Salah satunya ialah mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab,Dakwah dan Kepimpinan(KIBAR) anjuran RMC Training Center dgn kerjasama MATRI.Best sangat..Nak cerita??Nantilah..di lain episod.

Selepas tamat kursus(3 bln jer),otakku berputar lagi.
"kursus dah abih,ape pulak plan lepas ni??".
Sekali lagi bukuku menjadi 'mangsa'.Tulis punya tulis baru ku ingat,
"Hah..!.Kita hanya merancang,Dialah penentu dan ketentuanNya adalah yang terbaik".
Senyumku sinis,tengoklah nanti mana yg tercapai.

Kini,dah hampir sebulan kat rumah.Inilah masanya nak bersama famili setelah 5 thn berpisah(ceh,mcm lah x jumpa langsung).Selama ni,duduk di asrama,bergelut dgn studi dan pelbagai taklif yg Allah beri.Jadi,inilah masanya nak betulkan mana2 'urat yg silap',nak jernihkan balik hati dan fikrah.Kalau tak guna masa ni sebaiknya,ish2..bukan saja boring malah rugi.

Maka,saya pun mula berkhidmat sbg 'housemaid' di rumah,tanpa gaji.Tak pa,pahala menanti, he..he.Asalkan ikhlas,Insyaallah.Oleh kerana diriku juga seorng 'ulat buku',apalagi..mulalah diselongkar 'library' milik ibu.Ku capai buku2 yg kurasa menarik utk dibaca.Huh..inilah penemanku selama di rumah ini.Alamak,dah banyak buku ambil jadi 'rambang mata pula'.
Dah pegang yg ini rasa nak baca yg itu.Aduh..So,kenalah planning lagi nak baca yg mana dulu.

Bila dah lama duduk kat rumah,rasa mcm tak tersusun je jadual hidup.Dekat sekolah pandai pulak disiplin,ni kat rumah camne plak??.Oh..Islam itu tersusun walau dimana kita berada.
Tak boleh jadi,kena buat pla...(sambung sendiri) jugak.

Whatever we do,wherever we are, planning is important..(betul x ni?)
"Kebenaran yg tidak tersusun akan mudah ditumpaskan oleh kebatilan yg tersusun"
Rancanglah hidup sebaiknya.Pastikan syariat yg utama.Rancanglah ikut kemampuan agar mampu dilaksanakan.Andai hidup tidak dirancang,maka jahiliyah telah bersedia utk merancangnya.Awas!! jika perancang hidup adalah jahiliyah,anda sebenarnya dlm BAHAYA!!
Be Careful..

Wednesday, April 15, 2009

Langkah Padu..

Jika kau ingin berubah,
Atau ingin mengubah,
Teruskanlah,
Cantaslah keegoanmu,
Buangkan rasa ragu,
Kerana ia tak akan membantu..

Dalam langkahmu,
Menuju gerbang perubahan,
Harus kau akur,
Risiko telah kau tempah,
Jangan gundah,
Lakukan mujahadah,
Berusaha dan tawakkallah,
Mohonkan bantuan dari Allah..

Berhadapan cabaran,
Satu kepastian,
Bila kau inginkan perubahan,
Jangan pantas mundur,
Teruskan menyusur...

Bila diintai letih dan lemah,
Jangan mudah berserah,
dan terus mengalah,
Kau bersama Allah,
Jana tenaga dengan kalamullah,
dan sabda kekasih Allah...

Dipersenda manusia,
Tak perlu kecewa,
Jua terseksa,
Yakinilah,
Ini lumrah,
Kerana,
Jalan kau tempuh,
Adalah fisabilillah...


Bila kau mewakafkan diri ke jalanNya
Inilah yang harus kau terima,
Andai belum bersedia,
Fikirlah,
Mahu senang sementara di dunia,
Atau,
Senang selamanya di syurga...

Ayuh maralah,
Teruskan melangkah,
Berpegang pada janji Allah,
Pertemuan di Jannah..

Saturday, April 11, 2009

Ya Allah..Tautkanlah Hati Kami





DOA ROBITAH (IZZATUL ISLAM)

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuang
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintaNya
Tunjukilah jalan-jalanNya
Terangilah dgn cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami...

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan marifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela...



setiap kali ku mendengar nasyid ini,pasti akan terbayang wajah teman2 yg bersama2 ku dlm perjuangan ini.Terlalu indah ukhwah ini andai terjalin di atas akidah yg sama.Saling berkongsi rasa,kuat-menguatkan sesama kita.

Namun,dlm dunia hari ini,utk mencari ukhwah seperti ini terlalu sukar.
Kerana kebenaran tidak tersebar,kezaliman mula menguasai.
Manusia saling berbantah,membenci,syakwasangka,cinta dunia.
Keikhlasan dan kemanisan ukhwah krn Allah makin kurang dirasai.

Mari teman, satukan hati kita di bawah lembayung kasih-Nya.Hilangkan anasir2 nafsu dunia yg pantas merobek,mengoyak dan memisahkan kita.Kekuatan kita adalah pada ukhwah yg terbina di atas jlnNya.Semakin ramai dikenali,semakin kita percaya diri.Semak kembali ungkapan ini "uhibbukfillah".Benarkah apa yg di ungkapkan,atau sekadar lafaz pemanis bicara??


p/s: nasyid ini ditujukan buat semua teman2 yg mengenaliku,dr perlis,slngor hinggalah trgnu.senior,sebaya atau junior.

Wednesday, April 8, 2009

Bumi Kenangan..



Saat sendirian di rumah,fikiranku mula melayang2 ke bumi tarbiyah nun jauh di K.TRG..bumi yang baru saja kutinggalkan dgn seribu satu episod kehidupan yang cukup mendidikku.Aku jadi kenal siapa diriku yg sebenar,tugas yg harus ku pikul utk deenku dan akhiratku. Ku yakin,org lain juga punya kenangan terindah saat di bangku sekolah.

Dulu,macam2 rasa..ada yg syok.tension pun ada.Kenapa la banyak sangat tugas nak kena pegang??Dengan sendirinya rasa LETIH pun datang,pastu MALAS pulak menjelma..Time tulah seorg senior yg ku kasihi memujuk,"inilah lumrah pejuang,letih itu normal".Tersentak sekejap.Ya Allah baru tersedar aku sedang berjuang!!mana boleh patah semangat.

sekarang diriku sedar..hakikat bumi wakafan ini sbg bumi tarbiyah.Rasa terlalu banyak yg dah dpt tapi sampai skrg rasa mcm x terpraktik lagi semuanya.Di sekolah,diri terdidik derdisiplin, cintakan ibadah dan sentiasa mematuhi aturan Islam(peraturan sekolah adalah peraturan Islam) krn suasananya yg membina.Namun di rumah,diri cukup teruji utk meneruskannya, perlukan mujahadah yg tinggi.Kdg2 rasa mcm nak balik semula ke sana utk lebih bersugguh2 dlm menuntut ilmu dan menyumbang bakti.Namun,andai hanya asyik terkenang masa lalu tanpa memberi apa2 perubahan pada diri,rugilah jawabnya.. Itulah,nikmat akan terasa apabila telah tiada.
Buat graduan2 'sea village' yg telah bertebaran di mana saja di bumi Allah ini,moga mutiara2 yg kalian dpt mampu mnyinari hidup kalian dan turut mnyinari insan2 lain.Buat pewaris2 yg masih setia di bumi 'sea village',teruskan jihad kalian.Walau perit perjuangan ini,sesungguhnya kalamNya telah berbicara,sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan(Al-Insyirah:5&6).. Syurga itu mahal harga,xkan mampu dimiliki melainkan dgn kesusahan,kesungguhan dan keikhlasan selama hidup di dunia...

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??