Pages

Wednesday, May 20, 2009

Muhasabah Cutiku..

"Lama sekali ku bercuti,
Setelah tamat SPM,
Pelbagai perkara telah ku lalui,
3 bulan awal di tahun ini,
Sempat menadah ilmu di MATRI,
ahh..KIBAR yang kurindui,
Sungguh banyak pengalaman di sini..

Pulang ke rumah,
Seusai tamat kursus di MATRI,
Berlegar di mindaku,
Bagaimanakah selepas ini,
Mampukah aku terus istiqomah,
Dengan apa yang aku jalani,
Selama ini..

Benar telahan ku,
Di rumah ini,
Yang ku kira zon selesa,
Iman ini sedikit teruji,
Tiada beban berat seperti dulu,
Tak perlu bergelut dengan buku seperti selalu,
Sekadar melakukan kerja rumah,

Aku ingin muhasabah diri,
Tentang cuti ini,
Apa yang ku dapat??

Satunya,
Ku semakin mengenal dunia dan segala tipu dayanya,
Makin terasa marak api jahiliyah,
Yang bisa membakar hati,
Hingga gelap,
Dan tak mengenal Ilahi..

Duanya,
Ku semakin melihat,
Kekacauan demi kekacauan yang melanda dunia,
Bila tiada ISLAM,
Itulah akibatnya..

Teringat madah bicara sahibah kesayangan,
Bagaimana amalan semasa cuti,
Lantas bagaimana amalanku,
Kusyukkah solat fardhuku?
Solat rawatibku?
Tilawah dan hafazanku?
Puasa sunatku?
dan banyak lagi..

Moga aku mampu memperoleh sesuatu,
Yang bisa mematangkanku,
Mendewasakanku,
Menguatkan imanku.."


Fuhh.. dah selesai mengarang sajak yg ntah apa2. Apa yang terbit kat otak ni terus tulis. Tak sempat nak puitis2 (sebetulnya x expert pon bab puitis2 ni.he..).Tapi memang nak memuhasabah diri pon.Lagi pulak dah x berapa lama nak mengadap laptop ni..
Harap sangat diri ini tabah menempuh alam baru..Hajat doa dari kalian..

p/s: Insyaallah saya akan berangkat meninggalkan perkarangan rumah, menaiki kenderaan 4 tayar, menuju ke uia pj pada 24/5/09.

Saturday, May 16, 2009

16 mei datang Lagi...

Kali ini, saya tak ingin berbicara panjang tentang erti hari guru. Semua sudah arif tentang sambutan ini. Cuma saya sekadar ingin menyingkap tabir silam, berkongsi pengalaman dan kenangan.

* * * *

Hari Guru tahun 2008 disambut meriah. Kali ini, saya bersama beberapa orang teman2 yang lain diberi amanah sebagai ajk hadiah dan cenderahati..Pening jugak berbincang apa yg ingin diberi..
Ketika semua terhibur melihat persembahan pelajar tingkatan 5 lelaki, beberapa orang pelajar tingkatan 5 puteri melihatnya dengan hati sayu..

"Nie, ni tahun last kita sambut hari guru kat sini." saya menatap teman disebelah. Dia senyum sambil melepaskan sedikit keluhan.

"Tak sangka tahun last dah yer.."Nie atau Safwah Adyani membalas tenang.
Ya tahun terakhir, selepas ini saya tidak pasti berkesempatankah lagi meraikannya di sini. Tetapi tidak bermakna segala kenangan akan berakhir dan mutiara tarbiyah akan tetap bersinar. Terimbas kenangan 2 tahun lepas.


* * * *
16 mei 2006, ada sejarah yang terlakar pada tarikh itu yang tak mungkin dilupakan oleh 4 generasi awal SMAKL ..Hari itu termasuk minggu exam, bermakna tiada sambutan besar-besaran. Sambutan akan dilewatkan sedikit bagi membolehkan para pelajar menjalani exam dgn tenang. Hanya sekadar ucapan "SELAMAT HARI GURU, HAPPY TEACHER'S DAY, 'AIDUL MUALLIMIN" meniti di bibir para pelajar.

Petang itu, seperti petang2 biasa..Cuma langit sedikit mendung. Perlahan2 awan hitam mula berarak menutupi terik mentari, menjadikan suasana kian gelap.

Azan asar mula berkumandang, seiring dengan itu angin mula berhembus kencang.Petang itu, saya dan beberapa teman perlu membuat sedikit tugasan membersih papan kenyataan yang berada di kantin. Seusai solat semua pelajar diarahkan bergegas pulang ke asrama memandangkan cuaca yang kurang mengizinkan. Semua permainan pada petang itu ditangguhkan.

"Macam mana ni kak Syamila? kitorang kena bertugas petang ni", ku bertanya dalam nada gusar.
"Tak payah buatlah. Cuaca tak elok. Bahaya", saya dan teman2 yang bertugas menarik nafas lega atas jawapan kapten asrama itu.

Dan seketika telinga ini menangkap bunyi yang sungguh kuat. Kedengaran juga bunyi benda2 berlaga.

Cuaca semakin buruk. Angin kencang berhembus bersama gumpalan awan hitam beserta suara guruh kilat yang berdentum-dentam menghasilkan suasana yang cukup menggerunkan, membuatkan pelajar puteri sedikit ketakutan berampur panik.
Bunyi atap2 zink kantin dan surau menandakan angin ini memang kuat. Masing2 duduk berhimpitan sambil bibir tak lekang dari zikir dan istighfar. Beberapa orang kakak senior cuba mententeramkan keadaan. Semua pelajar diarahkan masuk ke dalam halaqah untuk membaca al-Quran. Saya mengambil peluang ini mengajak adik2 halaqah mengkoreksi diri, muhasabah atas apa yang sedang terjadi. Ada air yang mengalir dari tubir mata mereka. Tak pasti apa ertinya, takut atau insaf.

Saya sempat menjeling keluar. Subhanallah...angin sungguh kuat menyebabkan pandangan sedikit kabur.
Ya Allah selamatkan kami, ampuni dosa kami.

"Pranggg!!" bunyi itu mengejutkan kami. Seraya bibirku beristighfar. Bunyi itu datang dari arah kantin..Innalillah..tamat sudah riwayatnya. Papan kenyataan yang sepatutnya saya bersihkan tumbang menyembah lantai. Bunyi kaca berderai menandakan saya tidak berpeluang menggilap cerminnya lagi. Setahu saya, papan kenyataan itu baru sahaja 'berkhidmat' di sekolah.

Beberapa lama kemudian, angin mulai tenang.Yang tinggal rintik hujan dan guruh sahaja. Beberapa orang pelajar termasuk saya bergerak keluar, melihat kesan2 akibat penangan ribut.
Kelihatan sebuah kerusi yang asalnya berada ditengah2 dataran terpelanting ke luar pagar sekolah.Talam2 yang berada di kantin turut melayang jatuh ke dalam parit di sebelah pagar sekolah.

Kumemerhati blok aspuri, ada sedikit atap bumbung yang hilang. Blok aspura lebih teruk diuji. Hampir separuh bumbung hilang. Ya, Allah menguji mereka kerana Dia tahu mereka adalah syabab yang tabah, Insyaallah..

Dan esok, diisytiharkan cuti. Ada secalit gembira di wajah para pelajar. Namun tidak bermakna boleh rehat2 sahaja. Maka, bertungkus lumuslah para pelajar membersihkan kawasan sekolah dan asrama.

"Dan kami pasti akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar"
(Al-Baqarah:155)

Sesungguh hari ini, tarikh ini, 16 mei 2006 akan terus tersimpan kemas dalam kenangan. Satu tazkirah yang cukup berkesan pada diri. Hadiah hari guru berupa peringatan Allah kepada warga SMAKL 2006.
-SELAMAT HARI GURU-

Wednesday, May 13, 2009

Ingat 5 sebelum 5

"Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara....sihat sebelum sakit...".Teringat pulak nasyid Raihan,Demi Masa.. Akhir2 ni banyak pula khabar mereka2 yang agak dekat denganku telah di uji Allah dengan sedikit kesakitan.

Kalamullah ada berbicara, "Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadaMu, tak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia, dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadaMu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu"
(Al-An'aam:17)

Baru2 ni khabarnya ibu mentua sepupuku telah dimasukkan ke hospital dan tak sedarkan diri.Kata doktor, kuman telah attack jantung dan pegi ke otak.
Masyaallah..

Tak berapa hari lepas tu, dengar kata Cg.Mat Saad (guru BM), turut dimasukkan ke hospital.Begitu juga dengan Ayahanda, Ust Rohmat (mudir).
Kedua2nya adalah antara guru2 yang sangat ku hormati dan ku kasihi kerana dedikasi mereka selama mendidikku di SMASKL dulu. Ya Allah, berikanlah kesembuhan dan ketabahan kepada mereka serta ampunkan dosa2 mereka.

Oleh itu, nak peringatlah xpecially kat diri ini supaya menjaga nikmat usia dan kesihatan sebaiknya.
Kalau nak sakit juga, itulah tanda kasihNya pada kita.Supaya lebih ingat dan dekat denganNya.Husnu zhonlah padaNya..

Monday, May 11, 2009

Apakah Aku BERSEDIA??

Tinggal lebih kurang 2 minggu untuk ku berada di teratak damai ini.Hanya ada 2 minggu lagi untuk terus berbakti, melakukan kerja2 di rumah ini.

"Lepas ni ka
kak tak payah masak dah..",emak bertutur dalam nada gurau. Saya sengih saja..
Baru teringat, 2 minggu lagi?? Ah..2 minggu itu bukan lama.Pejam celik-pejam celik dah tiba hari keberangkatan.Akhir2 ini juga agak kalut sedikit membereskan dokumen2 yang patut disertakan sebagai persediaan ke ipt..

Buat seketika, fikiran ini mula mencari jawapan, atas sebuah persoalan yang bernama PERSEDIAAN.Acap kali hati ini kebuntuan, bila ditanya soalan PERSEDIAAN..
Dokumen dan segala keperluan hanyalah PERSEDIAAN luaran semata.
Bagaimana dalaman,
Ramai mengatakan HATI itu perlu BERSEDIA,KUAT dan sebagainya dahulu,
Betullah itu,tidak syak lagi dan disokong 100%,
Akan tetapi belum cukup rasanya dengan jawapan itu,
Allah..ketemukanku jawapan yang bisa memuaskan hati ini dan dijadikan panduan,
Teringat pula sebuah buku yang sempat dibelek2 beberapa hari lepas,
Ya, jawapan itu kini kutemui,
TARBIYAH DZATIYAH,
Terima kasih padaMu ya Allah..

Seringkali singgah di telinga ini cerita2 yang kurang enak,
Waktu di sekolah dialah hero/heroin,
Bercakap hal2 tarbiyah dialah nombor 1,
tup2 di IPT lain pula ceritanya,
Apa dah jadi ni??
Apa guna tarbiyah yang diterima selama ini..

Gerun juga dengar,
Yang pasti,
Ku tak ingin menyalahkan sesiapa,
Sememangnya IMAN itu ada pasang surutnya,
Entah diri ini bagaimana di sana,
Di sinilah pentingnya TARBIYAH DZATIYAH,
Inilah yang bakal mengawal diri..

Tertarik dengan satu perkara yang tertulis dalam buku ini,
Sememangnya kita sama sekali tak mampu menjamin apakah akhir hidup kita ini husnul khatimah?Maka, yang paling penting bagaimana kita bisa untuk ISTIQOMAH

Setelah puas berfikir,
2 perkara yang ku temui,
TARBIYAH DZATIYAH dan
ISTIQOMAH menapaki jalan dakwah ini,
InsyaAllah 2 perkara ini akan ku cuba sematkan dalam diri,
Inilah PERSEDIAANku..




Sunday, May 10, 2009

Tutuplah Aib Sahabatmu

"Ahh...siapa pula yang dah terlepas ni",

Begitulah reaksi sahabat apabila terhidu bau 'gas' yang kurang menyenangkan hidung. Pada ketika itu mereka baru selesai menikmati jamuan daging unta.

"Nanti sesiapa yang berwudu', tahulah kita siapa yang punya angkara", sahabat berkata lagi.

Tetapi peribadi mulia Rasul S.A.W, kekasih Allah dan juga dikasihi sahabat begitu prihatin dengan situasi tersebut.

Apabila azan berkumandang, Rasul S.A.W mengarahkan sesiapa yang memakan unta untuk memperbaharui wuduknya. Atas kepatuhan kepada baginda, berwuduklah kembali sahabat-sahabat kerana mereka baru sahaja menjamah daging unta. Maka, tertutuplah rahsia sahabat yang telah terlepas 'angin'nya.


Subhanallah, indah sekali ya peribadi Rasul S.A.W, walau perkara itu seakan kecil, ringan dan mudah saja. Apalah perlu dihiraukan sekiranya seseorang itu terkentut. Tetapi tidak pada diri baginda. Rasa sayang, cinta juga ukhwah membuatkan baginda berusaha menutup aib sahabatnya. Bayangkan perasan sahabat tersebut, sudah tentu gembira dengan tindakan baginda kerana jika diketahui semua dialah orangnya, pasti malu dibuatnya. Tidak hairanlah mengapa para sahabat terlalu mencintai dan mengasihi baginda. Hikmahnya terlalu mendalam.





Benarlah sabda junjungan mulia, Rasul S.A.W:

"Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak.."

Saturday, May 9, 2009

Sedapnya makan...Syukurlah

Alhamdulillah, syukur rasanya atas pemberianNya yang tak pernah surut walau diri ini sering ingkar padaNya.Oh..Maha BaikNya Allah.






Bila cakap bab makan mesti semua suka.Tak percaya??..Cubalah suatu hari jadi seorang pemurah.Hulurkan apa2 makanan yang ada kepada sesiapa yang rapat dengan anda, rakan sekelas/sebilik/seasrama/sepejabat @ famili @ jiran @ sesiapa yang dirasakan sesuai.Lihat reaksi mereka.samada percakapan,

"wah..baiknya kau hari ini",
"seronoknya kalau tiap2 hari macam ni",
"terima kasih la..susah2 ja"

atau perbuatan, contohnya menyerbu..


Itulah nikmat makan yang Allah anugerahkan hingga kadang2 kita lupa bersyukur padaNya.Kenapa saya sentuh bab makan?? sebab ini adalah antara nikmat yang paling dekat dan paling senang nak lupa.

Fikirkan sejenak..Bila perut terasa lapar, automatik kita akan bertindak.Cari makanan..tak kiralah apa cara sekalipun.Jenguk bawah tudung saji, selongkar peti sejuk,masak sendiri, pergi beli di kedai, makan di restoran dan sebagai.Itulah antara gelagat orang lapar.Demi melihat makanan depan mata, terus telan air liur.opss baca doa dulu.Bagus,ingat pun kat Allah.

Bila dah sendawa, terus sambung kerja.Dah tak ingat nak baca doa. Bersyukurlah..Kerana Dia masih mengizinkan kita menjamahnya, bermakna rezeki kita masih ada.Pintu rezeki masih belum ditutup.Kerana, saat Izrail menjemput, bermakna tiada lagi rezeki untuk kita.

Disebalik enaknya kita menjamah makanan, tak kiralah dimana dan bersama siapa, di masa yang sama, ada yang tak mampu mengecapinya.Yang terlantar sakit dan hanya mampu menjamah makanan tertentu, yang makan ala kadar, yang terpaksa mengikat perut.


Koreksi diri, sedari saat pertama kita melihat dunia hingga ke saat ini, nikmatNya tak pernah putus. Namun, kita masih tega melanggar perintahNya.Bila lapar kita minta makanan, sesudahnya Dia kita lupakan.
Berkenaan makan ni, saja nak kongsi satu kata2 yang tak pasti hikmah atau tidak.
"Orang miskin fikir esok nak makan apa,
orang kaya fikir esok nak makan di mana,
orang politik fikir esok nak makan siapa"

Tuesday, May 5, 2009

Ustazah?? I don't Care..

Dengan namaNya,Sang Pengasih.Mohon sentiasa diluruskan hati ini, teguhkan jiwa ini.Agarku sentiasa kental di jalan ini,jalan kekasihMu,Muhammad Al-Amin.


Alhamdulillah,result UPU dah keluar.Dapat maner?? (soalan famous).

"U mana Matriknya kat Nilai?", "Start with 'U' last 'M'", begitulah antara respon saya bila ditanya soalan 'bonus' ni.Kalian agak U mana? atau kalian dah tahu?


U itu ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).Terima kasih kerana sudi menerimaku.He..

Asasi?em..Islamic Revealed Knowledge And Heritage.

Inilah impianku,dan Allah telah mengkabulkan hasratku untuk mendalami deenNya.Semua ini Insyaallah akan ku sumbangkan untuk ISLAM..


Semasa di ting.4 ada yang bertanya,"Aliran apa?", "Sastera",jawabku.

"Kenapa sastera? bukan layak ke kelas sains ke?",

saya senyum,"dah ada planning sendiri".


Semasa di ting.5 ada yang bertanya,"Nak ambik apa lepas ni?", "Deeniah",jawabku.

"Kenapa?Nak jadi ustazah?",saya senyum.Kali ini malas nak jawab.Kalau jadi ustazah pun apa masalahnya??


Selepas result SPM keluar,masih ada yang ingin bertanya.Jawapannya sama. Deeniah pilihanku.Senyumnya sinis saja.


Dan kini,apa yang saya cita2kan dah dapat.Ada yang akan menyoal? Ya,memang ada (adakah kalian juga ingin bertanya).Perlukan jawapankah??


Ya, saya memang ingin mengambil bahagian ini.First,Kerana saya kasihan pada masyarakat.Mereka mungkin memandang rendah kepada ahli agama.Kerana apa??

Kerana mereka sudah di'bius' .Siapa bius??MUSUH ISLAMlah! yang tak pernah senang dengan kita.Lihatlah,mereka yang ingin hidup dibawah naungan ISLAM sering diremehkan.Jadi tugas kita terutamanya yang ahli agama untuk menyelamatkan mereka dan mengubah mentaliti mereka.x gitu??


Second, kalau dilihat situasi hari ini memang ramai yang bergelar ustaz/ustazah. Saban tahun hampir 100 org (betul x angka ni,salah bgtau yer)yang mendapat title ini.

Akan tetapi yang memeningkan kepala ini ialah kenapa dan mengapa masyarakat kini semakin parah?? ada yang dah kritikal dan dah masuk ICU??tunggu nak...

Dimana para ustaz dan ustazah di saat mereka memerlukan??bilangannya ramai tapi kemana menghilang.Apalah ada pada kuantiti andai x berkualiti? Hanya sebahagian sahaja yang turun padang utk memberi rawatan kepada mangsa penyakit berjangkit bawaan virus jahiliyah ini.Tapi tenaga mereka tak cukup.Pesakit makin bertambah!!

Maka,dengan sedikit kudrat pinjaman Allah ini, saya juga ingin turun padang membantu mereka. Moga dibantu Allah hendaknya.
Hajat saya ingin jadi berkualiti.


Study biar sampai Phd.Bukan nak bangga diri tapi satu motivasi.Kerana ISLAM memerlukan pewaris yang bercita2 tinggi dan ingin menyumbang bakti.



Apapun dikata,"I DON'T CARE"


Saturday, May 2, 2009

Catatan Sang Musafir 3


26/4/09-second day at SMIK

Alhamdulillah dah second day kat SMIK. Hari ini tugasku berlainan. Kalau semalam check BP, hari ni jaga registration kat bilik ultrasound.Di sini la nak praktis skill komunikasi dengan baik.Inilah pengalaman yg best,kerana ku belajar bagaimana nak control memek muka, layanan dan lain2, semuanya kena ada skill.

Di sini,macam-macam karenah customer boleh tengok.Secara keseluruhan, semua ok.








para pengunjung sedang menunggu giliran
Pada hari yang sama, turut didakan kempen derma darah.Tak pastilah ramai atau tidak pengunjung di sana kerana ku sibuk di sini. Rupanya customer ultrasound hari ini lebih ramai dari semalam.Ramai yang ingat khidmat ini untuk perempuan sahaja padahal lelaki juga boleh.Antara khidmat yang ditawarkan ialah Ultrasound Biasa (abdomen sahaja), Abdomen + Pelvis, Thyroid dan lain2. Promosi harga yang ditawarkan cukup menarik. Kalau biasa2 sekitar seratus lebih, di sini antara RM20 - RM30 untuk satu perkhidmatan, best tu!!. Ditambah pula dengan kehadiran doktor pakar,Dr.Suraya (pakar radiologi).Itu yang menyebabkan ramai pelanggan. Bukan senang nak jumpa doktor pakar.



Pak Cik Yusman bersemangat 'menginfak'. Bagus pak cik


Alhamdulillah, tepat jam 4 petang selesailah tugasku di bilik pemeriksaan kesihatan. Semoga Allah meredhai usaha-usaha ini.




Tinggal Kenangan.



Setakat ni ku belum puas lagi 'merayau-rayau'di sekitar SMIK.Setahuku ada bilik pameran namun ku masih belum sempat ke sana.
Selepas solat maghrib,ku dan Fatimah bercadang untuk meninjau2 gerai jualan dengan ditemani Nadiah Ibrahim.Alang2 berjalan tak kan nak tengok saja.Kami pun belilah apa yang patut.
Seusai mengisi perut kami pun bergegas ke bilik pameran.



Sempat merakam kenangan di bilik pameran



Antara bahan pameran




Sebelah malam adalah acara kemuncak yang amat ditunggu terutamanya bagi warga SMIK. Para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai persembahan daripada pelajar SRIK dan SMIK. Dimulai dgn bacaan doa,syarahan bahasa arab, pentomen pelajar SRIK,persembahan nasyid oleh Soutul Fityan,dikir barat pelajar SRIK,boria dan drama berjudul 'Salahuddin Al-Ayubi'.Majlis turut diserikan dengan acara cabutan bertuah.Tempat pertama bakal travel ke Indonesia(kalu tak silap).


Persembahan pentomen pelajar SRIK adalah antara persembahan yang cukup ku kagumi.Judulnya sahaja membuatku tertarik."Farish Audah Pencetus Intifadah", begitulah bunyinya. Mungkin jalan ceritanya nampak simple tapi yang membuatkan ku tersentuh ialah kesungguhan adik2 itu beraksi dan menghayati.Dengan membawa sepanduk ditambah suara latar yang syahdu cukup membuatkan hatiku berkata,"seandainya roh perjuangan betul2 meresap ke dalam diri mereka, sudah tentu akan lahir lebih ramai 'Farish Audah' di bumi Malaysia". Farish Audah, sebagaimana yang kita tahu adalah kanak2 Palestin yang mempunyai jiwa berani dan semangat jihad yang tinggi.Kesyahidannya menyemarakkan lagi Intifadhah di bumi anbiya' itu.




Dikir barat pula persembahan mencuit hati,
membuat penonton tak kering gusi.
Ada2 saja adik2 ni.Berkisar tentang realiti masyarakat cukup membuatku 'terasa'. Sememangnya apa yang di'karut'kan oleh 'pak karut' dikir barat itu benar.Walau bersahaja, rasanya mesej tu sampailah.





Boria
Soutul Fityan
Persembahan sekolah menengah pon tak kurang hebatnya.Boria contohnya, sakan sungguh mereka kat atas pentas.Drama Salahuddin Al-Ayubi juga bagus. Semuanya boleh dipertingkatkan lagi di masa akan datang.TAHNIAH!!!.





27/4/09-The Last Day
Dah masuk hari terakhir jelajah ke Klang. Pelbagai perkara yang ku peroleh. Bab 'berjalan' ku memang minat. Bukan apa, bila kita travel, kita akan belajar banyak perkara. Terima kasih ya Allah kerana mengizinkanku berkelana. Syukran juga kepada Fatimah yang sabar melayan karenah sahabatmu ini.Juga semua kerabat Fatimah yang ku sempat jumpa kat Klang ni.
Sayu pula nak tinggal rumah nenek Fatimah ni. Teringat nenek kat kampung yang dah lama tak diziarah. Last ziarah time awal tahun. Tak mengapa,sebelum masuk U cucumu akan pulang.
Jam 4 ptg,kami mula bersiap2 untuk bertolak ke stesen Klang. Setelah bersalaman dengan semua ahli rumah itu, kami pun bergegas pergi. Mengikut tiket,kami akan meninggalkan perkarangan stesen Klang jam 4:30ptg. Semoga perjalanan ini dipermudahkan Allah.
Tak mahu panjang cerita, sampailah sudah dua insan ini di stesen Larkin dengan selamat. Alhamdulillah.Harapanku moga jaulah ini mengikat ukhwah yg lebih antara kita ya Fatimah.Insyaallah..

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??