Satu Syawal kali ini lebih kurang sama dengan tahun2 yang lepas. Solat raya seperti biasa di Masjid Permatang Pasir yang berdekatan dengan kampung ayah, Permatang Ara, Seberang Perai..Seterusnya bermulalah 'tour' ke rumah sedara mara disekitar kampung tu..
Hampir zohor baru pulang ke kampung Mak di Bukit Mertajam..Katanya ada tetamu istimewa.
Leigh dan isterinya Carolyn beserta anak2 mereka, Zowy dan Harry
Alhamdulillah, Allah izin dapat berkenalan dengan tetamu warga Australia yang merupakan kawan Pak Ndak. Mereka sekeluarga belayar dari Australia kemudian singgah di Pulau Langkawi berikutan bot mereka mengalami kerosakan. Kebetulan hari raya bakal menjelma, mereka pun teringin nak ikut Pak Ndak pulang ke kampung untuk merasai suasana raya di Malaysia. Tak sangka mereka menggemari makanan Malaysia. Roti canai, laksa habis di'sapu'. Bagus,bagus.Banyak perkara yang dikongsi mereka antaranya berkisar tentang pelayaran mereka. Leigh merupakan seorang engineer manakala Carolyn, pensyarah di Monach University. Merasakan hidup mereka terlalu sibuk, mereka mengambil keputusan untuk belayar sambil merapatkan hubungan kekeluargaan.
Satu perkara yang menarik ialah di rumah mereka tidak ada tv!! Menurut mereka, tv boleh merosakkan pemikiran. Anak2 mereka banyak didedahkan dengan buku2 yang boleh meningkatkan pengetahuan. Em..patutlah bila sampai je di Penang, tempat pertama yang di cari ialah bookshop.
Bersama Pak Ndak
Pekena laksa di rumah tok su
Sepanjang mereka di Seberang Perai, Pak Ndak berbesar hati membawa mereka berkelah di air terjun berdekatan dan melawat Zoo Taiping.
Bergambar bersama family
Selain tetamu warga Australia, ada jugak tetamu bangsa lain yang datang. Uncle Maripa, jiran lama Tok. Boleh kata hampir setiap tahun datang beraya. Rajin, rajin..
Dalam perjalanan pulang, ayah sempat membawa kami sekeluarga menziarahi x-classmatenya semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains. Selama ni hanya dengar nama dan kali ni alhamdulillah berkesempatan untuk bertemu. Kawan ayah ni, Puan Susi, merupakan isteri penasyid terkenal, Muaz.
Mungkin ini saja yang mampu dicoretkan. Sebenarnya, sekarang saya tengah final exam. Huh..final exam betul2 lepas raya memang mencabar..Moga Allah bantu..





