Puji hanya untuk Allah..
Tak putus nikmat walau seingkar manapun hambaNya..
Maha Pemurah dan Pengasihnya ALLAH..
Sudah berminggu-minggu ber'cuti' daripada meng'update'. Kenapa ya? Sibuk? tapi sekarang tengah cuti. Mungkin inilah yang dikata bila Allah tak izin, memang apa pun tak jadi. Dah plan nak update tentang pengalaman 6 hari berada di Terengganu sempena AGM IKHLAS pada 10/10(AGM tu sehari je) tapi sampai hari ini masih tak menulis apa-apa. Tak pe lah, dah lama berlalu kisah AGM tu. Dah sejuk. Tak sedap pulak nak hidangkan sekarang.
Sebelum saya berangkat semula ke medan ilmu yang telah ditinggalkan hampir 3 minggu, teringin nak kongsi sesuatu agar kita sentiasa beringat. Moga perkongsian ini akan menyedarkan diriku agar tak terus-terusan lalai.
Sekadar bergelar seorang muslim,mukmin bukanlah tiket untuk kita lepas daripada azab ALLAH di akhirat. Berdasarkan apa yang saya baca daripada buku karangan Imam Al-Qurthubi, RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT & KIAMAT, orang mukmin juga akan menerima balasan di akhirat kelak. Orang mukmin yang bagaimana agaknya?? Itulah mukmin yang lalai.
Balasan untuk orang mukmin itu berbeza-beza ikut amalan mereka. Ada yang lalai tentang solat hingga solatnya ditolak. Menganggap solat itu remeh berbanding urusan dunia. Ada yang buat tapi tidak serius, tak tepat waktu dan lain-lain. Mereka ini akan dipukul wajahnya. Kemudian solat mereka akan berkata: "rasakanlah, sekarang ALLAH menyia-nyiakan kamu seperti dahulu kamu menyia-nyiakanku"
Ada yang lalai dalam urusan zakat, hingga zakatnya ditolak. Mereka ni selalu mereka-reka alasan untuk tak kena kewajiban membayar zakat atau memberi zakat dengan terpaksa.
Ada yang lalai menunaikan puasa. Mulut saja kata puasa, tapi perbuatan tidak menggambarkan dia sedang berpuasa. Berpenat lelah menahan lapar dahaga tapi tidak menjaga tutur kata dan perbuatannya agar tidak melanggar batas syariat. Hasilnya, letih dan penat saja.(Teringat satu insiden pada ramadhan yang lalu, yang berlaku betul-betul dihadapan bilik saya. Sebuah kereta toyota dirompak ketika orang sedang menunaikan solat jumaat)
Ada yang lalai menunaikan haji, kerana ibadah itu dilakukan tanpa niat yang ikhlas atau menggunakan sumber yang tidak halal.
Ada juga yang lalai dalam berbakti kepada kedua ibu bapa dan banyak lagi...
Peringatan ini supaya kita lebih sedar dan sebagai motivasi untuk beramal dengan lebih tekun dan ikhlas.
Risau betul bila difikirkan balik.. aku mukmin yang bagaimana agaknya? Banyak betul lalai. Layakkah untuk syurga ALLAH?
Apa yang penting, JAGA IMAN dan AWASI DIRI agar tak terperangkap dalam jerat MUSUH..
Moga ALLAH bantu kita untuk memperbaiki diri..
~ INSYAALLAH~



insaf2..takutnyer
ReplyDelete