Pages

Friday, December 11, 2009

Itulah tazkirah terbaik...

"Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak kuasa menolak mudarat mahupun mendatangkan manfaat kepada diriku, kecuali apa yang Allah kehendaki" Bagi setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"
(Yunus:49)
Kelu lidah untuk berkata,
tatkala khabar itu singgah di telinga,
kematian yang menjengah,

adalah tiba-tiba,

tiada yang mampu menduga,

bila dan di mana,

yang pasti,

masa kita akan tiba,

pulang menghadap Sang Pencipta,

Pemilik jiwa setiap hamba...


Malam itu, seisi bilik gempar dengan berita kematian seorang pengawal keselamatan (makguard) di kampus saya. Khabarnya beliau telah dilanggar oleh sebuah lori dan tempat kejadian adalah betul-betul berhampiran dengan kampus di mana saya belajar. Kemungkinan besar beliau baru sahaja mahu memulakan tugasnya. Wallahualam. Yang pasti beliau meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di kepala. Moga Allah merahmati roh beliau.

Perkhabaran ini saya anggap sebagai peringatan daripada Allah untuk 'menjentik' hati ini yang acapkali alpa, lalai dari mengingatiNya dan larut dengan dunia.

Saya perhatikan rakan-rakan yang lain. Masing-masing sangat terkejut dan bersimpati atas apa yang telah berlaku. Namun, semua itu hanya seketika dan akhirnya masing-masing kembali dengan hal sendiri, ketawa dan bercanda seperti biasa seakan-akan tiada apa yang berlaku sebelumnya. Rasa simpati yang terbit hanya dibibir, belum menyentuh hati. Sedangkan kematian itu adalah tazkirah terbaik untuk menghidupkan hati-hati yang lalai. Mengingati mati juga adalah terapi yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit-penyakit jiwa dan menyegarkan roh agar tunduk kepada Allah.

Semuanya akan menghadapi saat itu, dan beruntunglah orang yang mengolah seni kematiannya..

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??