Pages

Saturday, December 19, 2009

Pahitnya ubat, peritnya rawatan


بسم الله الرحمن الرحيم

Semoga Allah merahmati semua yang menziarah ke blog ini.

"Uhuk..uhuk.."
Masuk minggu ni sudah hampir 2 minggu saya dilanda batuk.
Dan malam tadi, baru sahaja ingin melelapkan mata tiba-tiba mak panggil dari ruangtamu.

"Kakak.. dah makan ubat batuk ke belum?"


Huh..ubat batuk..?!

Oleh kerana panggilan seorang ibu wajib dijawab dan dilaksanakan, saya bingkas bangun.
Antara rela dan terpaksa, ubat batuk itu saya telan jua.

"Ee..peliknya rasa ubat batuk ni.."gumam saya dalam hati. Saya sebenarnya lebih rela menelan ubat biji atau kapsul daripada ubat batuk(sangat tidak berkenan dengan ubat cecair). Namun, kerana hendak sembuh, saya gagahkan jugak.


Sesaat teringat sesuatu...




Ubat..selalunya sinonim dengan pahit (kecuali ubat homeopati). Sebab itulah ada orang yang 'allergic' nak makan ubat. Begitu juga dengan rawatan, kebiasaannya perit. Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan penyakit yang dihidapi. Semakin teruk penyakit, semakin banyaklah ubat yang perlu diberi, dan semakin rapilah rawatan yang perlu dijalani.

Okey..bayangkan anda seorang doktor yang sedang berhadapan dengan dua orang pesakit yang berbeza. Seorang demam biasa, seorang lagi penghidap kanser. Yang demam tu, dengan ubat yang kita beri mungkin sudah cukup tetapi si penghidap kanser, bukan setakat ubat malah perlu menjalani rawatan kemoterapi yang sudah sedia maklum kesannya pada badan.
Adakalanya mungkin perlu menjalani pembedahan.

Begitu juga dengan 'ubat' dan 'rawatan' untuk penyakit yang melanda rohani, pahit dan perit. Apakah 'ubat' dan 'rawatan' itu? Itulah jalan mujahadah...dan jalan itu bukanlah mudah, memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menempuhnya. Semakin berat 'penyakit' yang dideritai rohani, semakin kuatlah mujahadah kita. Sesungguhnya bukan senang untuk mujahadah..mujahadah melawan nafsu dan mujahadah mengekangkan dunia dari hati.

Moga Allah memberi kekuatan untuk kita menjalani rawatan mujahadah...

:: Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis ::

No comments:

Post a Comment

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??