Pages

Saturday, December 25, 2010

:: CINTA FUJUR VS CINTA TAQWA ::



Bismillah walhamdulillah...
Bersyukur ke hadrat Allah meski jam sudah melewati pukul 1 pagi tetapi Dia masih memberi kekuatan kepada mata, tangan dan seluruh anggota untuk menaip bait-bait perkongsian di sini..

Apa yang membuatkan saya masih boleh menahan rasa kantuk adalah kerana saya baru sahaja di'inject' sebenar tadi. Ya, saya telah mendapat satu suntikan semangat melalui satu diskusi ilmiah yang bertempat di Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang bertajuk "KEAGUNGAN CINTA- Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor, TETAPI...".

Lihat tajuknya saja sudah menarik ditambah pula dengan ahli panel jemputan yang cukup hebat dan amat saya kagumi, En. Ghazali Maarof (Abu Ridhwan). Mengikut perancangan asal, Ustazah Fatimah Syarha juga turut diundang menjadi panel. Akan tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, beliau tidak dapat hadir. Namun pada saya, kehadiran En. Ghazali sudah cukup untuk menghidupkan suasana majlis bersama dengan semangat dan gurauan santainya.






Maaf, terpanjang pulak intronya..Harap bersabar ya..^_^

CINTA FUJUR VS CINTA TAQWA

Permulaan diskusi, moderator telah melontarkan soalan tentang definisi CINTA.
Dan sungguh, cinta itu definisinya subjektif. Bergantung kepada penterjemah cinta.

Menurut ahli panel,
CINTA itu membangkitkan jiddiyah dalam mejalani kehidupan,
CINTA juga mampu menjadikan seorang manusia yang biasa menjadi luarbiasa
NAMUN,
CINTA juga mampu menjahamkan manusia,
CINTA juga mampu menghilangkan potensi diri,
DAN,
CINTA juga mampu melemparkan manusia ke dalam neraka (nauzubillahi minzalik..)

Firman Allah dalam surah As-Syam : 8,
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan."

Cinta itu punya 2 potensi, samada ke arah fujur atau taqwa.


Mengapa disebut fujur dulu? Kerana cinta fujur itu mudah diperoleh manakala cinta taqwa itu amat sukar. 


Apakah CINTA FUJUR??
Iaitu cinta berlandaskan dunia dan hawa nafsu semata. Cinta ini mudah dicari dan ada dimana-mana sahaja.


Dan apa pula CINTA TAQWA??
Iaitu cinta yang agung. Cinta yang bertunjangkan keimanan kepada Allah. Kerana cinta ini bukan cinta biasa maka jalan untuk mencapainya juga bukan mudah. Perlu ada kesungguhan dari dalam diri dan mujahadah yang tinggi.




REALITI CINTA HARI INI


Apabila disebut kalimah ' CINTA', apa yang bermain di fikiran kita?
Mungkin ada yang menjawab cinta kepada Allah, cinta kepada ibu bapa dan sebagainya.

Namun, hakikatnya apabila disebut tentang cinta pasti ramai yang menganggapnya sebagai cinta antara lelaki dan perempuan (sebelum nikah). Sehingga ada yang menganggap cinta itu kotor kerana definisi cinta yang suci itu telah disalaherti dan telah dicemari oleh kemungkaran yakni fujur. Maka jadilah cinta yang sebenar iaitu CINTA TAQWA (cintakan Allah dan segalanya yang dicintaiNya) kepada CINTA FUJUR (cinta dunia dan hawa nafsu).

Panel telah membawakan beberapa contoh hasil CINTA FUJUR. Antaranya, Seorang lelaki yang bingung untuk mengendalikan cintanya kepada 3 orang gadis sekaligus. Juga seorang gadis 16 tahun yang berhasrat untuk membunuh diri atau melakukan sesuatu kepada kandungannya yang sudah masuk kali ke-2. Dan banyak lagi contoh-contoh realiti yang berlaku hasil CINTA FUJUR ini. Kesemuanya menunjukkan betapa tiada keberkatan apabila cinta dikotorkan dengan dunia dan hawa nafsu. Bahkan pelbagai masalah pula timbul.


CINTA RASUL DAN PARA SAHABAT


Apakah wujud cinta pada zaman Rasul ???
Ya, sudah tentu. Bahkan cinta mereka sangat hebat. Kerana cinta mereka yang hebatlah mereka melonjak menjadi manusia yang luarbiasa hebat.

Bagaimana cinta mereka?
Sudah tentu cinta mereka tidak sama seperti cinta yang ada pada hari ini.
Cinta mereka adalah cinta yang benar dan agung, cintakan Allah, cintakan perjungan, cintakan akhirat.

Cinta itu menjadikan sang pencinta menjadi ketagih. Ketagih untuk menagih cinta dari kekasihnya.
Begitulah cinta yang meresap ke dalam hati Rasul dan para sahabat.
Lihat saja Rasulullah, sanggup beribadah hingga bengkak-bengkak kakinya sedangkan baginda sudah maksum (sempurna).

Begitu juga yang berlaku kepada sahabat Rasul, Handzalah. Beliau sanggup melepaskan malam pertama bersama isterinya demi menyahut seruan jihad. Malah isterinya juga tidak keberatan melepaskan suaminya ke medan jihad. Semuanya tidak lain tidak bukan atas dorongan cinta yang mendalam kepada Allah iaitu CINTA TAQWA. Sungguh, siapa yang mampu berkorban seperti mereka ??

KONKLUSI

Marilah mengejar CINTA TAQWA tetapi berhati-hati kerana CINTA FUJUR sentiasa cuba menghasut dan merebut kita daripada CINTA TAQWA.

Semoga sedikit yang saya mampu coretkan ini memberi manfaat untuk semua. Banyak lagi input yang saya peroleh daripada diskusi ini namun maaf tak dapat nak kongsi semuanya, mata sudah kian memberat. Bersedia untuk lelap. Allahumma bismika ahya waamut...

~ moga Allah redha. Jumpa lagi ya..^_^ ~

note : 
~ jazakillahukhairan khatira buat ukhti khalilah kerana telah menjemput sahabatmu dari
    UIA ini.
         
~ sudah start mid-break. Tak lama lagi final akan menyusul. Ahh..cepat sungguh masa berlalu.
   (time flowing like a river. But sometimes i failed to manage my time wisely..)
          

       

Sunday, December 5, 2010

~Lelaki Impian~


Alhamdulillah...

Hari ini, sedang 'menyelongkar' isi internet, saya terjumpa artikel ini di satu laman favorite saya, Education Corner. Ada apa yang menarik? Nak tahu silalah baca..Bagus bangat sih.. :)

*      *      *      *      *

“Semua laki-laki egois ya mi ?! kita tidak boleh marah, kayak umi gak boleh marah pada abi, demikian juga abang gak mau kalau Nisa marah padanya, tapi dia sendiri kalau marah sama Nisa kapan saja dan dimana saja, juga Nisa lihat abi seenaknya aja deh mi. Misalnya umi udah beresin rumah capek-capek, eh dalam sekejap abi berantakin lagi. Apa gak capek ya mi bila menjadi perempuan seperti kita gini. “ rungut Nisa anakku yang baru berusia 12 tahun dan juga baru saja melalui masa akil balighnya dimulai sejak 3 bulan yang lalu.



Yang dia rasakan setelah akil baligh begitu banyak aturan menimpa dirinya, tidak boleh pakai rok tanpa celana panjang, tidak boleh lagi buka tudung, tidak boleh tertawa terbahak-bahak dengan kawan lelaki, tidak boleh bersentuhan dengan kawan abi, paman, kawan abang dan kawan sekolahnya sendiri. Dan ditambah pula dengan tambahan tuntutan lain seperti harus rajin bantu ibu di dapur, harus bisa masak dan mencuci piring, tahu bumbu dapur. Semua itu Nisa rasakan beda dengan abang, kalau abang tak tahu apa-apa juga tidak apa-apa, namun Nisa… Wah no comment deh, tidak mudah untuk mengatakan tidak untuk semua tugas yang menumpuk di rumah.


Apalagi bila tidak ada pembantu, maka abi dan umi selalu memanggil nama Nisa, sedangkan abang selalu saja asyik baca buku cerita, atau abang boleh main bola dan membantu bersihkan rumah sebatas buang sampah dan menyapu halaman depan, itupun tidak tuntas, karena lamanya bukan main, langsung umi mengambil alih sapu dan serokan yang abang pegang. Akhirnya ketika suatu hari umi menangis dimarahi abi (biasa toh suami istri bertengkar, dan biasanya karena umi tidak mampu marah balik, maka umi menumpahkan perasaan jengkel dan sakit hati dengan menangis), diam-diam Nisa menyentuh tangan umi dan menyiratkan “ persahabatan’’, seakan-akan ingin mngungkapan: ‘sabar ya mi, Nisa ngerti banget perasaan umi sebagai perempuan,” dan diam-diam, si Rayhan bungsu kami yang baru saja berusai 7 tahun menunjukkan juga simpatinya pada umi. Akhirnya Rayhan menyelusupkan kepalanya yang botak kedalam pelukan umi yang masih berlinangan airmata dan senyum pasrah.


kemudian dalam diam Nisa menulis disecarik kertas :”sabar ya mi, lelaki memang egois, tapi mereka pelindung kita kan mi, mumpung belum terlambat, Rayhan bungsu kita,kita jadikan laki-laki impian yuk mi, yang mampu melindungi para wanita namun juga mampu meredam emosinya dan bersabar serta tidak egois .”


Perlahan Rayhan dididik Nisa membantu pekerjaan rumahtangga, walau hanya memegang sapu kecil, mencuci gelasnya sendiri, membuang sampah pada tempatnya, namun keterlibatan Rayhan dalam membantu pekerjaan di rumah, membuat Nisa merasa bahwa Rayhan kecilnya akan menjadi ‘lelaki impian’ bagi siapa saja, dan Nisa remaja bertekad akan membantu Rayhan menyeleksi calon istrinya nanti, he he… karana lelaki impian itu adalah hasil didikan Nisa, jadi siapa yang mau menjadi istrinya kelak,harus lewati ujian Nisa dahulu.


He he… pikiran ini cukup membuat Nisa semangat lagi dalam bekerja membantu ibu di rumah dan sekaligus ‘mempekerjakan’ Rayhan adik bungsunya, si ‘ lelaki impian.’ Hmm kata siapa urusan rumah tangga hanya urusan para wanita?!

Sumber : http://jisc.eramuslim.com/jendela_hati/display/295-lelaki-impian


*      *      *      *      *

Hah...dah habis baca??
Dapat tangkap tak pointnya..??
Banyak pointnya kat situ..

Tak salah kiranya seorang lelaki ingin membantu ibunya, kakaknya, adik perempuannya bahkan isterinya dalam melaksanakan kerja-kerja di rumah. Malah itu akan lebih menggembirakan mereka.

Apa..?! Tak macho la..?!
Habis tu Rasulullah pun tolong isterinya bahkan baginda sendiri menjahit kain yang koyak itu kira tak macho ka..??

Apapun, kalau kita mudahkan kerja orang lain Allah juga akan mudahkan kerja kita..Tak gitu..?? hehe..

Akhir kalam,
jom sama-sama buat kerja rumah (lebih-lebih lagi perempuan la kan..Lelaki pun boleh tolong juga) . Moga sama-sama beroleh pahala. (^_~)


note : Kalau dapat suami yang boleh tolong buat kerja rumah kira bonus la kan..Tapi ni bukan kriteria utama. Yang penting Imannya terjaga dan bertanggungjawab terhadap Deennya. Dan, membawa kita lebih tsabat di jalanNya..(Pesan mak saya..Akan diingati sentiasa..)




Hadiah daripadaNya..

Alhamdulillah...di malam yang hening ini terasa nak menulis pula.

Sungguh malam ini terasa lain benar. Entah mengapa..
Yang pasti hati rasa sangat bahagia, sangat gembira.

Apa yang bahagianya?
Bahagialah..sebab malam ini terasa sangat istimewa.
Dapat berkongsi rasa dengan seorang teman yang jauh beribu batu nun jauh di sana.
Terasa Iman bagai dicas semula.
Mendengar cerita-ceritanya di sana membuatkan saya terfikir "apa yang telah aku lakukan ke arah peningkatan diri..??" Rasanya diri ini telah banyak lalai.
Sungguh malam ini Allah hadirkan dia untuk membawa diri agar kembali mengingatiNya.
Kembali mendekatiNya.

Terima kasih ya Allah.
Ternyata Kau masih sayangkan ku.
Dan kau hadiah sahabatku ini sebagai tanda ingatanMu padaku (dapat merasainya...)
Semoga aku dapat terus mengingatiMu dan menghampirkan diri padaMu..
Amin ya Rabb...


note: sungguh indah ukhwah yang disulam benang cintaNya...Bahagia...^__^


Monday, November 29, 2010

Teman Yang Solehah ^_^

"Sungguh bertuah punya teman yang solehah..
sentiasa mngingatkanku saatku terlalai,
menguatkanku saat ku lemah (samada direct or indirect)..
sungguh aku manusia biasa yang banyak kekurangan.
Namun hadirnya teman yang solehah ini
mampu menampung kekuranganku
sekaligus menaikkan semangatku..."
-insyeerah-


Alhamdulillah..bersyukur pada Allah kerana mengurniakanku teman-teman yang solehah.
Teman-teman yang sentiasa mengajakku untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Betapa ku merasai sungguh besar nikmat punya teman yang solehah.

Teman itu kesannya besar dalam hidup.
Bila disingkap kembali perjalanan hidup saya, sejak memasuki alam asrama ketika di tingkatan satu hinggalah sekarang, ternyata masa bersama teman lebih banyak daripada masa bersama keluarga (setuju tak..??).
Maka tak hairanlah kalau rakan sememangnya banyak mempengaruhi kehidupan kita. 

Mungkin saya boleh ambil satu contoh. Semasa di sekolah dulu sekitar tingkatan dua gitu, zaman kebudak-budakan yang dalam fikirannya nak seronok saja. Namun, saya kagum dengan teman saya yang seorang ni. Di atas mejanya selalu ada buku-buku ilmiah, buku-buku yang boleh mendidik jiwa.  Bukan dalam bahasa melayu, bahasa indonesia! Kalau orang lain lebih senang bercerita tentang rancangan tv, dia lebih suka berkongsi apa yang dia baca dan dapat dari buku-buku tu. Masyaallah. Saya fikir teman saya ni memang hebat lah. Bukan tak pernah tengok buku-buku macam tu, berlambak je dekat rak buku di rumah tapi saya tak ingin pun nak sentuh ( masa tu la kan..).

Makin hari, makin tertarik hati saya untuk melihat apa yang dibacanya. Saya mula membelek-belek buku yang dibawanya. Buku first yang saya baca tentang muslimah (dah lupa tajuknya). Terus hati saya tertawan. Maka mulalah saya berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah sebegitu. Bukan setakat minat membaca buku-buku indonesia, bahkan nasyid-nasyid dari seberang yang boleh menaikkan semangat turut menjadi kegemaran saya (Shoutul Harokah, Izzatul Islam, Ruhul Jadid e.t.c). Alhamdulillah. Semuanya dek 'penangan' teman saya yang solehah ini. Sungguh saya amat, amat, amat bersyukur dipertemukan dengan mereka yang hakikatnya Allah yang susun untuk saya ^_^ .

Itu baru sorang. Belum cerita yang lain. Namun, hampir semua memberi pengaruh yang positif kepada akal dan jiwa saya.

Kadang-kadang saya terfikir kalau Allah tak temukan saya dengan teman-teman seperti mereka, dengan siapakah saya akan berkawan, bersahabat? Adakah saya akan menjadi seperti saya yang sekarang? Saya bukan seperti rumput yang tak tercabut dipukul ribut. Bukan juga seperti karang di lautan. Saya memang tak kuat kalau tak punya teman yang boleh mengingatkan. Maka saya sangat perlukan teman yang solehah di sisi. Moga Allah terus memilih saya untuk bersama-sama mereka dalam meneruskan perjuangan ini.

Akhir kalam,
pesan saya jika ingin jadi hamba Allah yang baik,
baik pada pandangan Allah bukan sekadar pandangan manusia,
maka carilah teman-teman yang boleh membawa kita ke arah itu.
Salah memilih teman parah akibatnya.



note: 'berkawan' dan 'berteman'/'bersahabat' itu lain maksudnya. Kalau nak berkawan, dengan sesiapa pun boleh dengan syarat jangan sampai yang negatif itu mempengaruhi kita. Tetapi, nak 'berteman'/ 'bersahabat' pilihlah yang sewajarnya kerana teman/sahabat ini pengaruhnya lebih besar dalam diri kita....


  Zaman muda-muda yang indah...^_^                           

Wednesday, November 24, 2010

~CiNTa FisHBaLL~


Bismillah walhamdulillah....

CINTA FISHBALL???

Syukran kepada kalian yang masih sudi melawat ke teratakku ini...:)
Baiklah, hari ni post saya agak santai sikit. Just nak share satu cerita. Nak dengar tak? Ok2...sila ambil tempat masing-masing. Eh, jangan berebut, banyak lagi ruang boleh duduk.

Sebenarnya hari ni dalam kelas Critical Thinking, lecturer saya telah berkongsi satu cerita tentang seorang temannya. Temannya ini bekerja di sebuah kilang fishball di Pantai Timur. Entah macam mana si teman lecturer saya ni telah jatuh hati kepada seorang gadis yang merupakan anak bosnya yang juga rakan sekerjanya. Setelah lama berhubung, dia berhajat untuk melamar si kekasih hati. Bagaimanapun, lamarannya ditolak (kes tak dapat restu orang tua). Maka berdukacitalah dia lantas membawanya hatinya yang lara ke Utara tanah air. Setelah itu lecturer saya pun tak tahu apa yang terjadi kepadanya.

Pada suatu hari, lecturer saya telah berjumpa dengan temannya itu setelah sekian lama tak bertemu. Lecturer saya bertanya tentang keadaan kampung mereka di Pantai Timur (diorang ni sekampung rupanya..). Temannya mengatakan sudah lama tidak pulang ke sana. Cuma satu perkara yang mengejutkan kami ialah sejak 'clash' dengan kekasih lamanya, bukan sekadar nak makan, nak bau fishball pun tak boleh! (wahh...ni kes berat..).

Betapa kuatnya penangan CINTA...hebatkan..?
Sebenarnya, tujuan lecturer saya berkongsi cerita ni kerana ada kaitan  dengan satu tajuk yang sedang kami bincangkan, "Barriers to Critical Thinking". Salah satu halangan untuk berfikir secara kritikal ialah "overpowering" iaitu orang yang terlalu emosi. Oleh kerana terlalu mengikut hati, teman lecturer saya ini sanggup berhenti kerja di kilang fishball itu dan merantau ke Utara. Bukan itu sahaja, bahkan tak mampu menjamah fishball kerana ada memori yang pahit untuk dikenang (oh,apalah nasibmu fishball.Manusia punya masalah kamu yang jadi mangsa.ish3).



wahh...sedapnya..pastikan ia halal ya..^^



Apa yang boleh saya simpulkan ialah:
~Kita perlu rational dalam tindakan dan bijak mengawal emosi. Jika tidak, diri kita yang rugi.
~Usah meletakkan harapan yang tinggi kepada sesuatu perkara/ seseorang kerana ia akan mengecewakan kita apabila harapan itu tidak menjadi kenyataan.

Mungkin ada kesimpulan tambahan. Kalian tambah sendiri lah ye...^_^
~WALLAHUALAM~

Monday, November 15, 2010

Wahai Daie, jangan lemah...

Bismilllah walhamdulillah...Dengan meminjam kekuatan daripada Allah, jemari ini saya gerakkan..Sungguh tangan ini tidak dapat menahan daripada menaip dan berkongsi hikmah di sini..

Allah..UjianMu silih berganti. Semakin aku menapaki jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya ku seakan penat tetapi ku tahu tidak sepatutnya ku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka, di saat ini, ku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..

Bismillah...
Wahai daie, janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran, sedarlah itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali dijuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat airmatamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan asbab untuk menyerah.


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda Rasul mafhumnya Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. 


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah, hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahayaNya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas keranaNya).


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk deen ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.


Wahai daie, jangan kamu berasa lemah meski dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu bahawa ada bahagia di sana. Bahagia yang tidak bisa di rasa oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan padaNya.


Wahai daie..Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia. Seperti Rasul juga. Dan kerana itu Allah telah memotivasikan kita dengan ayatnya "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman" (Ali-Imran:139). Ingatlah, dipenghujung hayat kita akan kembali kepadaNya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu denganNya..


Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah.
Hakikatnya nasihat ini untukku. Ku tak ingin selamanya berasa lemah. Ku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya" (al-Baqarah : 207)

Monday, November 1, 2010

~RAFEST 10~

1th -12th Nov- Blood Donation
7th Nov-"Rafest Night : Opening Ceremony"
8th Nov- Rafest Special Exhibitation
8th-10th Nov- Rafest One Stop Center and Book Fair
8th - 10th Nov- Rafest Special Demonstration
8th Nov- Shakespeare's Night
9th Nov - "The Originalty of Al-Quran"- Br. Lim Joi Soon
10th Nov- "Suci dalam Debu"(Rumah Pengasih)
11th Nov- Amazing Race
11th Nov- Talk ("Realiti Konspirasi"-Bro. Amin Idris)
12th Nov- Talk (Ï Love, You Sayang)
12th Nov- Adobe Photoshop
13th Nov- Yaumur Riadhah
13th Nov- Earth Hour IIUM Version

Yah..!!! Raudhah Festival (RaFest) kembali lagi..!! Pelbagai acara best menanti anda...Jom sama-sama kita meriahkan sambutannya...(ada bakat jadi promoter ke..??)

Bagi kalian yang pertama kali dengar tentang RaFest ni, apa yang saya boleh katakan ialah ini merupakan antara acara wajib dan tahunan di CFS IIUM. Hampir semua kelab dan persatuan yang ada di sini bergabung tenaga bagi memeriahkan sambutan RaFest. Kelab saya sendiri terlibat dalam program RaFest ini. Jika pada tahun lepas, kelab saya mengadakan Stand Cinema-"Ketika Cinta Bertasbih", pada kali ini insyallah kami akan mengadakan bengkel Adobe Photoshop pula.

Sebagai insan yang ditugaskan sebagai program coordinator  untuk bengkel tersebut (walau tak layak pun sebenarnya), saya akan cuba sedaya upaya untuk melincinkan dan melancarkan perjalanan program. Namun, hakikatnya saya tiada kuasa untuk itu melainkan Allah lah yang mengizinkan. Ya, saya benar-benar mengharap pertolongan Allah dalam mejalankan tugas-tugas ini. 

Tuesday, October 26, 2010

Langkah baru....Azam baru...


Alhamdulillah...Tanpa jemu kalimah ini dilafazkan...Akhirnya, setelah lebih tiga minggu berehat di rumah, kini saya kembali semula ke 'pangkuan' CFS IIUM (ala-ala jejak kasih pulak..).

Alhamdulillah, sudah selamat meng'add' and 'drop' subjek. Cuma satu subjek yang belum boleh di'add', Introduction to Critical and Creative Thinking Skill (CCT). Entah apa masalah sistem tu. Emm...biasala kan, sistem buatan manusia pasti ada kelemahannya. Sistem Allah jua yang sempurna.

 Kalau nak tahu, semester ni adalah semester terakhir saya di CFS IIUM Nilai. Nampaknya subjek sudah bertambah. Daripada 4 subjek pada sem lepas telah bertambah menjadi 6 subjek. Hai..nampaknya usaha kena lebih lagi. Saya berhasrat untuk menambahkan lagi A dalam result sem ni kerana pada saya jika tiada A itu maknanya usaha saya masih belum maksima. Allah memberi berdasarkan usaha kita kan. Alhamdulillah, result sem lepas ada juga beberapa A. Untuk subjek yang mendapat B saya ambil sebagai motivasi untuk lebih berusaha pada sem ni. Ya, BERUSAHA..!!! :)

Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah tentang keadaan bilik. Alhamdulillah..saat melangkah masuk ke 'ghurfah' D-2-5, saya terasa ada 'aura' baru. Nampak lebih kemas dan bersih bersama susun atur baru. Bilik makin luas kerana katil makin berkurang dan penghuni juga sudah sedikit (9 orang saja daripada 17 orang sebelum ni). Dan hati saya sangat seronok..:). Bertambah semangatlah saya nak belajar (alhamdulillah...)

Dek kerana bilik yang nampak seakan berwajah baru, maka saya pun berazam untuk 'mewajah barukan' hati dan kehidupan saya (entah betul ke tidak istilah tu). Berazam untuk memperbaharui diri dan iman dalam hati. Berazam untuk memperbaharui hubungan dan cinta saya pada Dia. Dan saya sangat berharap agar Dia masih sudi memimpin diri agar selalu terarah ke jalan untuk meraih cintaNya, membantu saya dalam melaksanakan segala taklif yang dipikul. Moga hidup saya sentiasa dilandasan cintaNya. Ameen...


Doakan saya ya kalian... Saya juga doakan agar Allah sentiasa bersama-sama kalian mengharungi samudera kehidupan...:)

note : *  sedang berusaha untuk 'maintain' hamasah dan motivasi diri. Berusaha agar tak jadi seperti lilin, bila 
  ditiup angin cahayanya padam...
         *  bersedia untuk menelaah subjek-subjek berikut.. 
  •  INTRO. TO HUMAN SCIENCES
  •  MUKHTARAT MIN AHADITH AL NABAWIYYAH WA SHARH
  • MADKHAL ILA AL FIQH WA USUL AL FIQH 
  • AL HADARAH AL ISLAMIYYAH 
  •  COMPUTER I
  • INTRO. TO CRITICAL AND CREATIVE THINKING SKILL
                                                                     

Thursday, October 14, 2010

:: Ku Lihat KeLaBu ::

Yang putih itu jelas,
yang hitam itu jelas,
dan di antaranya kelabu...

Ku lihat dunia,
penuh warna kelabu,
buat aku jadi ragu,
fikiran jadi keliru,
mana benar dan mana palsu,
aku tak tahu...

Ku lihat ragam manusia,
ada ragam putih,
aku tahu itu baik,
ada ragam hitam,
aku tahu itu buruk,
tapi ragam kelabu?
sukar untuk ku pastikan
apakah ianya baik atau buruk...

Lantas ku ingat sabda junjungan,
tinggalkan apa yang kamu ragu,
kepada yang tidak kamu ragu,
maka,
jika hatimu menutur kata ragu,
maka tinggalkanlah,
perbuatlah apa yang kamu tidak ragu...

Yang kelabu itu kan sirna,
bila ilmu menjadi pegangannya,
kembali mengikuti petunjuk yang Esa,
juga ajaran pesuruhNya...


Confuse...
banyak benda yang meng'konpius'kan saya...
banyak sekali benda yang samar-samar dalam realiti hari ini..
owh..saya sangat gusar kalau saya terbuat benda-benda yang nampak macam betul tapi sebenarnya Allah tak suka dan Islam tak suruh...
Contohnya..??
emm..nak contoh ke??
banyak...susah nak disenaraikan..

Benda-benda 'konpius' ni kadang-kadang di mata masyarakat nampak macam biasa,
tak salah pun tapi Allah tak suka..

Satu masalah lagi bila ada orang tanya tentang benda-benda 'konpius' ni kat saya.
Yang saya boleh jawab, saya jawablah..Tapi ada jugak benda yang sukar sekali saya nak terangkan...

Apapun, saya berdoa moga Allah bimbing saya agar tak tergelincir ke lembah kelabu a.k.a syubhah..


Monday, October 4, 2010

Secebis doa buat mereka...

Ya Allah, aku rindukan mereka,
aku rindukan bumi itu,
namun jasadku belum mampu ke sana,
hanya doa tulus yang bisa ku kirim buat mereka...

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini jauh,
hanya Engkau yang dekat dengan mereka,
ku mohon padaMu bimbinglah hati-hati mereka,
kirimkanlah insan-insan yang bisa membawa mereka dekat denganMu...

Ya Allah,
berikan aku peluang dan kesempatan,
untuk menjejakkan kaki ke sana,
agar bisa ku bertemu mereka,
berkongsi hikmah dan bait-bait kata,
moga terubat rindu di jiwa...







mode: hati bagai ditarik-tarik untuk ke SMAKL....bila agaknya hasrat hati ini akan tercapai....???

Wednesday, September 29, 2010

Sahara Hati...


Hati itu,
seakan-akan sahara,
gersang dan kontang,
kering tanpa air,
sunyi dari hidupan...

Hati itu,
seakan-akan sahara,
gersang dan kontang,
lantaran tiada yang menyuburkannya,
dengan siraman iman dan taqwa,
tiada yang menghidupkannya,
dengan zikrullah dan cinta padaNya...

Jangan biarkan bahang panas nafsu,
membakar tanaman iman di hatimu,
ayuh hidupkan hatimu...



note: sudah berada di rumah (alhamdulillah...) nak ambil peluang ni untuk hidupkan hati(insyaallah...)

Saturday, September 18, 2010

Kembali seorang mujahid ke pangkuan Kekasihnya

Dalam ketenangan kau melangkah,
berjuang menyebarkan risalah Allah,
dalam tawadu' kau berdiri teguh,
sabar hadapi segala mehnah...


Besar sungguh jasamu,
Tak tergambar dek kata-kata,
mehnah dan tribulasi telah kau harung,
demi menyebarkan risalah mulia...


 Meski kau telah berangkat ke daerah sana,
namun roh perjuangan yang kau tiup di jiwa-jiwa kami,
tetap kan terus menyala,
cahaya risalah ini akan terus bersinar,
menerangi hati sekalian insan...




Allahyarham al-Fadhil Ustaz Dahlan Mohd Zain dalam kenangan...










Sang Murabbi

Album : 



Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com








Ribuan langkah kau tapaki



Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki



Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..






"Bukan kita yang memulakan perjuangan ini 
tapi yang memulakannya adalah para nabi dan rasul. 
Kita, aku, engkau dan pejuang adalah merupakan 
mata rantai yang berkait daripada para rasul. 
Sekarang aku gugur maka terlucutlah satu rantai. "
(As-Syahid Syed Qutb)


Bukan hanya pemergiannya yang ditangisi tetapi peribadinya yang menyentuh hati.
Sesiapa yang hidup hatinya akan merasai sentuhan tarbiyah daripadanya.
Itulah yang dirindui dan tetap akan diingati oleh hati-hati ini...
Semoga Allah merahmati dirinya dan perjuangannya..AL-FAATIHAH...

Wednesday, September 8, 2010

Catatan Perjalanan : Sungguh Allah sentiasa bersamaku...

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi kini saya kembali lagi. Syukur saya telah selamat tiba di kampung halaman tercinta, Pulau Pinang (sempena menyambut hari raya).

Hurm...kali ni saya nak kongsi sikitlah pengalaman sepanjang perjalanan pulang ke sini. Mungkin pada kalian ini semua perkara biasa tapi tidak pada saya. Melalui musafir ini, saya dapat rasakan bahawa Allah tu terlalu dekat dengan saya, sentiasa menjaga saya..Alhamdulillah...

*          *            *             *

Aku merenung tiket Transnasional di tangan. 4 haribulan 9, jam 11:30 malam, Seremban-Butterworth.

"Sape la yang nak balik 4 haribulan ni? Kebanyakannya balik 3 haribulan. Ada jugak yang balik 5,7 dan 8.
Tapi 4 haribulan...???"

Tiada jawapan. Sesaat terbayang wajah teman-teman. Setakat ini tiada seorang pun yang akan balik 4 haribulan. Ayah di rumah sudah berkali-kali menelefon bertanya sekiranya ada teman-teman yang akan pulang bersama. Kata ayah kalau tak ada orang biar ayah saja datang jemput. Aku faham, aku anak perempuan, nak pulang sendirian dengan bas jam 11:30 malam, ayah mana yang tak risau. Namun aku tetap berkeras mahu pulang dengan bas. Bukan apa, aku tak mahu menyusahkan ayah. Perjalanan dari Pulau Pinang ke Negeri Sembilan ini bukanlah dekat. Ditambah dengan duit minyak dan tol. Maunya lebih seratus ringgit. Lebih jimat kalau aku pulang dengan bas.

"Nampaknya aku kena balik sorang jugak. Moga Allah permudahkan perjalanan esok"

Hakikatnya ada sedikit gusar bergumpal di dada. Rasa kurang enak pula. Tapi aku kuatkan hati. Insyaallah Allah sentiasa bersamaku.


*          *           *             *

Teksi itu berhenti di hadapan stesen komuter Nilai. Hujan di luar masih turun tapi tidak selebat tadi. Perlahan-lahan aku keluar dari perut teksi sambil menjinjing beg bajuku. Setelah membayar tambang teksi, aku bergegas ke kaunter tiket komuter. Hanya aku dan seorang lagi lelaki di kaunter itu.

"Emm, tak ramai orang hari ni" getus hatiku.

Aku berjalan ke platform. Kulihat kebanyakannya lelaki di situ. Hanya seorang dua perempuan sedang duduk di kerusi. Sambil menunggu, aku memerhati gelagat manusia di paltform seberang. Entah mengapa aku asyik memandang ke sana. Mungkin kerana ramai perempuan sedang menunggu di situ.

Tidak lama aku di situ, komuter yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pantas aku masuk. Alhamdulillah, masih ada tempat duduk yang kosong. Apabila ku toleh ke kiri, seorang lelaki warga asing duduk disampingku.

"Aduss, orang ni tak baca ke? Kan dah terpampang ladies coach tu?", ya aku memang pantang kalau ada lelaki yang naik coach wanita. 

"Maybe dia tak faham english kot",hati ku berbisik sekadar menyedapkan perasaan.

"Stesen Batang Benar, Batang Benar", suara wanita yang telah diprogramkan itu mengejutkanku.

"Eh,biar betul aku ni ! Bukan Labu ke?", dengan pantas aku bergegas keluar dari perut komuter itu.
Berlari-lari aku ke paltform seberang sana. Allah izin komuter di platform itu juga baru tiba. 

"Ya Allah, haraplah sempat...",
dan ketika aku melangkahkan kaki memasuki komuter itu, pintunya terus ditutup.

"Subhanallah, alhamdulillah...", aku melepaskan nafas. Lega... 
Dan di sini aku berasa Allah benar-benar membantuku. Sudahlah tak perlu tunggu komuter seterusnya, dapat tempat duduk pula. Hanya itu saja tempat duduk yang tinggal (bukan senang nak dapat tempat duduk dalam komuter). 

Sebenarnya semasa di stesen Nilai tadi, aku menunggu di platform yang salah. Platform itu untuk ke arah KL Central. Sepatutnya aku perlu menunggu di platform seberang. Entah bagaimana aku boleh tersilap padahal aku sudah beberapa kali naik komuter. Dan, syukur sangat ketika aku keluar dari komuter yang salah itu, komuter yang sepatutnya aku naik pun tiba, tak perlu aku menunggu lama.Aku benar-benar rasa Allah membantuku.

Ketika sampai di stesen Seremban, waktu maghrib baru sahaja masuk. Aku mencari teksi untuk ke Terminal 2. Dalam hati aku berdoa moga aku tak keseorangan semasa menunggu bas nanti.

Sampai di Terminal 2, aku bergegas ke surau. Kelihatan dua tiga orang perempuan sedang menunaikan solat. Aku mengambil tempat di satu sudut. Disebelahku seorang gadis bert-shirt hijau. Sementara menunggu, aku isikan masa dengan membelek-belek buku. Habis sahaja cuti raya nanti, final exam akan bermula.

Setelah solat isya, manusia di surau itu mula berkurangan. Akhirnya tinggal aku dan gadis bert-shirt hijau tadi.
Dia sedang berbaring berbantalkan lengan. Mungkin sedang  kebosanan. Aku melemparkan senyuman ke arahnya.

"Nak balik mana?", soalku membuka bicara.

"Balik Penang", jawabnya sambil terseyum.

"Oh, sama la kita. Tiket pukul berapa?",soalku lagi

"Pukul 11:30 malam. Sama ka?", aku menganggung, benar-benar gembira kerana ada teman untuk pulang bersama. Sekali lagi ku rasa Allah sangat hampir denganku. Ya, benar-benar hampir.

Kami berbual panjang. Tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10:45 malam. Lebih kurang 45 minit lagi bas akan tiba. Aku mengajak teman baruku itu turun. Lupa untuk kukenalkan. Teman baru itu ku panggil dia kak Su. Dia merupakan pelajar USIM, jurusan Komunikasi. Beza umur dua tahun denganku.

Turun di bawah, kami berbual lagi sehingga sebuah bas Transnational berhenti di hadapan tempat kami menunggu. Dihadapan bas itu tertulis Ipoh-Butterworth-Sg.Nibong. Ya, inilah bas kami.

Sangkaku, akulah orang pertama naik tetapi jangkaanku meleset. Sudah ada beberapa orang di dalamnya. Aku mencari-cari tempat dudukku hingga ke belakang.

"Eh, tak ade? Peliknya..", nombor seatku tiada dalam bas itu. Segera ku bertanya kepada conductor bas. 

"Dik, seat no. 11C memang tak ada. Adik duduk je la mana-mana yang kosong", ujar conductor bas itu.
Aku naik semula. Dihujung bas ada satu seat kosong. 

"Ada orang kat sini?", aku bertanya seorang lelaki disebelah seat kosong itu. Lelaki dalam lingkungan 20an itu menggelang.

Setiap kali naik bas, aku pasti akan meminta single seat. Tetapi bas yang aku naik itu tiada single seat rupanya. Semuanya double. Dengan segala ketidakselesaan, aku duduk juga disebelah lelaki itu. 

"Ya Allah peliharalah hambaMu ini", doaku dalam hati. Ku harap lelaki itu turun di Ipoh. Jika tidak, memang sampai Butterworth aku terpaksa bersengkang mata.

Mata mula memberat namun aku kuatkan semangat. Tak kan sesekali aku tidur. Takut tiba-tiba aku terlentok di atas bahu lelaki disebelahku, malu aku dibuatnya. Memang itu akan menjadi kesalahan yang tak akan ku maafkan sampai bila-bila. Solusi untuk tidak tidur, ku sumbat telinganku dengan earphone. Ku mainkan lagu-lagu kesukaanku. Sesekali handphone sony ericsonku berbunyi. Siapa lagi kalau bukan mak dan ayahku. Mak juga pesan jangan tidur. Takut-takut terlepas ke Sg.Nibong susah pula ayah nak ambil. Dan kalau aku tidur, memang 'ghaib' tak sedarkan diri.

Sampai di Ipoh, lelaki disebelah ku mula mengangkat beg, isyarat dia kan turun di situ. Aku rasa ingin melonjak kegembiraan. Lega rasanya bila dia turun. Alhamdulillah Allah kabulkan hasratku. 

Lepas sahaja dia turun, mataku sudah tak tertahan lagi. Aku 'ghaib' juga akhirnya.

Aku terjaga ketika bas berhenti untuk membayar tol. Jam menunjukkan pukul 5:15 pagi. Mataku melirik ke luar. TOL SG. JURU.

"Subhanallah...", pantas tanganku mencapai handphone. Terkejut melihat 7 miscall daripada mak. 

"Memang aku tidur mati...", getus hatiku lantas memberitahu mak yang aku baru saja melepasi Tol Sg. Juru sambil memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan. Mak hanya ketawa. Sebelum ini mak telah berpesan kepadaku untuk memberitahunya apabila sampai di Tol Sg. Juru. 

"Alhamdulillah tak terlepas...", aku tersenyum di dalam hati. Ya, sekali lagi Allah bersamaku. 
Dia membangunkanku. Jika tidak, pasti mak akan risau. Akhirnya, selamatlah aku tiba ke destinasiku, Butterworth. Aku benar bersyukur kerana aku rasa kasih sayang Allah sentiasa bersama. Sesunggunya Dia Al-Hafiz. 

*             *               *                *



Begitulah sedikit coretan saya sepanjang musafir ini. Pengalaman yang dilalui menambahkan keyakinan saya tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya aturan Allah terhadap hambanya cukup cantik. Saya redha apabila Allah menetapkan tarikh tiket saya pada 4 haribulan. Asalnya saya ingin pulang pada 3 haribulan tetapi tiket telah habis. Rupa-rupanya Allah telah mengatur segala-galanya dengan cukup cantik.

Akhir kalam, pesan untuk diri saya juga, IHFAZILLAH YAHFAZUK, jagalah Allah, Allah menjagaMu...


Friday, August 27, 2010

Semangat Badar


Gemersik angin padang pasir,
menerbangkan debu-debu,
pepohon kurma melambai,
sang mentari gah memperlihatkan diri,
awan-gemawan berarak lambat-lambat,
semuanya menjadi saksi,
pertempuran maha hebat...


Bulan ini penuh barakah,
menjelang 17 ramadhan tahun ke 2 hijrah,
bermulalah episod sejarah,
yang bakal dikenang zaman-berzaman,
313 perajurit berjasa berjiwa pekasa,
melangkah gagah,
menghayun tombak,
seakan singa kelaparan darah,
berterbangan busur tak bermata,
pantas mengejar musuh durjana,
dan pedang perajurit perkasa,
pantas menikam merobek dada,
terpenggal kepala,
terburai perut musuh durjana,
terbelalak biji mata,
lantaran nyawa direntap penuh siksa...


Bertempur perajurit berjasa,
menggasak musuh gagah berani,
walau berlapar dahaga,
semuanya bagai tak terasa,
lantaran jiwa sepenuhnya lillahitaa'la...


Biar terpecah kepala,
biar terburai isi dada,
biar lumat dikerjakan musuh durjana,
tiada gentar di jiwa mereka,
tekad dibulatkan,
syahid atau kemenangan...

Usah dikau lupa,
mereka juga berlapar dahaga,
mereka tiada makanan secukupnya,
namun bertempur dengan gagah perkasa...

Sedang kita,
meskipun berpuasa,
masih mewah makanan untuk berbuka,
masih mampu beribadah dengan selesa,
masih mampu memejamkan mata,
ada masa untuk bersuka-suka...

Ayuh,
bangkitlah wahai diri,
kobarkanlah semangat badar dalam hati,
seiring gema takbir,
menggegarkan medan Badar...

Insyeerah
20 sept 07
8 ramadhan 1428
9 pagi
4A, SMAKL



p/s : adakah roh jihad dalam diriku masih berdenyut...??? Semoga denyutannya tidak lemah..

Thursday, July 29, 2010

Annoucement : SKEMA KE-6





Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Kali Ke-6 ( SKEMA VII)

Tarikh: 8 Ogos, 2010 (Ahad)
Masa: 8.00pg - 5.30ptg
Tempat: Masjid Wilayah Jalan Duta
Peserta: Semua siswa & siswi IPTA & IPTS di seluruh negara.
Yuran: RM10.00

Tema: Mahasiswa yang proaktif dan inovatif

Objektif:

1) Melahirkan masyarakat yang mengambil berat kepada isu-isu kemasyarakatan.

2) Melahirkan mahasiswa yang memiliki sifat-sifat kepimpinan dan berbakti.

3) Melahirkan mahasiswa yang berdaya inovatif dalam mencapai kecemerlangan akademik, shaksiah dan kemasyarakatan.

*Masa untuk pemantapan diri....Ayuh, saya perlu hadir....

Wednesday, July 28, 2010

Kesibukan ini...

Alhamdulillah...Allah telah memberi saya kekuatan untuk mencoret lagi di sini...Sesungguhnya tiada kekuatan melainkan Allah....

"kesibukan ini....
adakah aku makin dekat atau makin jauh dari DIA...???"

Begitulah status fb saya baru-baru ini.
Menjejakkan kaki ke semester pertama tahun kedua di CFS  IIUM (Nilai), Allah telah memberikan saya beberapa taklifan, tugas. Dan, saya telah menerimanya walau ada yang diterima secara paksa rela. Saya yakin ada sesuatu yang ingin Allah berikan disebalik tugas-tugas yang Dia galaskan di bahu saya. 


Semakin lama, saya makin sibuk.
Dan saya dapat rasakan ahli bilik saya juga perasan perkara ini.
Beberapa kali saya ditegur dek kurang lekat di bilik...
"Nak buat macam mana. Dah ada tugas kena buat. Kalau tidak, memang nak duduk di bilik je..", dan saya harap mereka faham situasi saya..


Hakikatnya kesibukan itu baik. Maksud saya sibuk dalam melakukan perkara-perkara yang bermanfaatlah.
Bila kita sibuk dengan benda baik sekurang-kurangnya masa kita tak terbuang dengan sia-sia. Namun, sejauh mana kesibukan itu membawa kita dekat dengan Dia atau kita makin jauh dari Dia.


Dekat atau Jauh???


Persoalan ini saya ajukan pada diri. Hakikatnya kesibukan mampu membawa kita lebih dekat dengan Allah. Bagaimana...??? Apabila kita sibuk dan merasa kesempitan waktu, pada masa inilah hati akan segera kembali kepada Allah, memohon agar Allah curahkan ketenangan dalam hati dan dilapangkan segala urusan. Setiap detik yang berlalu akan terasa lebih berharga bila kita tahu kita punya banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Agar hati sentiasa terikat dengan Allah, adalah dengan menjaga ibadah, terutama solat dan al-Quran. Solatlah dengan kusyuk dan penuh tawadu'. 


Bukan bermakna saya menulis ini, saya sentiasa istiqomah melakukannya. Tidak... Akan tetapi, saya dapat rasakan perubahan dalam diri dan kehidupan apabila saya melakukannya. Paling penting, pastikan hati sentiasa bersama denganNya. Bila hati terasa telah jauh, cepat-cepat bawa hati dekat kembali denganNya.

Jangan Mengeluh...


Allah berfirman dalam al-Quran:
"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh (19). Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah (20).
                                                                                                                (al-Ma'arij: 19-20)

Ya, itulah sifat kita bukan. Kita sering mengeluh sibuk (saya sendiri mungkin). Namun, berapa ramai antara kita yang redha dengan ujian sibuk ini...??? Bagaimana hendak redha..??

Mari kita lihat dalam ayat berikutnya, Allah berfirman:
"Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat (22). Mereka yang tetap setia melaksanakan solat (23)."
                                                                                                                 (al-Ma'arij: 22-23)

Allah ulang lagi tentang kepentingan solat ini,
"Dan orang-orang yang memelihara solatnya (34)" 
                                                                                                                  (al-Ma'arij: 34)

Solat, itulah antara wasilah terbaik untuk melahirkan sifat redha. Namun, solat yang bagaimana..??
Ya, solat yang dilaksanakan dengan penuh rasa kehambaan. Terjaga waktunya, bermakna tidak melewat-lewatkannya tanpa sebab.


Akhir kalam,

Dekatkanlah diri dengan Allah dalam senang atau sukar,
semasa lapang atau semasa sibuk. Dan solat yang sempurna adalah jalan terbaik ke arah mendekatkan diri dengan Allah. Redhalah...dan jangan mengeluh....=)..

Moga Allah redha dengan kita....dan kita juga redha dengan Allah...^___^

p/s : enggak punya banyak masa untuk menulis panjang-panjang...kalau saya panjangkan lagi post ni agak-agak nak baca ke..??

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??