Alhamdulillah...berakhir sudah program HiMEGA 10 yang diadakan di Kolej Za'ba, UKM.
Alhamdulillah..syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk bersama barisan fasilitator sambil menimba ilmu dan pengalaman..
Gembira kerana terasa jiwa terisi,
gembira kerana semangat bangkit kembali,
gembira dapat bersua teman-teman yang dah lama tak bertemu,
gembira dapat bertemu adik-adik bakal mahasiswi,
alhamdulillah..saya sangat gembira..
barisan fasilitator-moga ALLAH menerima amalan kita-
Meski sebagai fasilitator, segala input-input yang dicurahkan sepanjang program sangat memberi kesan kepada diri. Terasa seolah-olah saya sebahagian daripada peserta.
Saya masih bercuti dan terasa sangat malas untuk pulang semula ke medan itu..IPT(huhu..)
Entah mengapa, semangat untuk bertemu semester 3 kian mengendur(Allah..berikan kekuatan).
Akan tetapi, semasa mengikuti program HiMEGA ini, saya rasa ada kelainan. Kesedaran mulai meresap ke dalam hati bahawa saya ada tanggungjawab berat yang perlu dipikul.
Bertuah adik-adik peserta kali ini kerana berpeluang memperoleh input-input daripada penceramah-penceramah yang hebat-hebat dan bagus-bagus belaka..(Dr.Azizan, Dr.Wan Muhaizan, Ust. Salleh, Encik Rosli Adam, Tuan Hj. Rosdi Baharom, Encik Razali Maarof, Kak Fatimah Syarha, Dr. Farhan dan lain-lain).
Begitu juga forum perkongsian bersama mahasiswa yang dibarisi oleh Sdr.Huzaifah Nordin(Medic-USIM), Sdr. Abdul Muhaimin bin Misran(Law-UIAM), Sdri. Fatimah Azzahra binti Azmi(Syariah dan Undang-Undang-KUIS) dan Sdri. Nur Fazira(Engineering-UTM).
Sememangnya kehidupan di IPT itu sungguh mencabar. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat bukanlah untuk menimbulkan ketakutan atau ke'ngeri'an tetapi sebagai peringatan supaya kita membuat persediaan yang sewajarnya.
Saya yang sedang melalui alam IPT ini sangat merasai apa yang pernah senior-senior bicarakan dahulu.
Semamangnya mencabar namun laluilah ia dengan fikiran yang positif. Ambil kesempatan daripada setiap cabaran untuk muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di mata Allah..(walau sukar namun sentiasa berusaha kearah itu). Kita memang tak mampu nak jadi 'perfect' dalam segala segi tapi kita mampu berusaha kearah itu. Jadi, jangan mengalah ya..teruskan usaha kita..
ALIM MUJAHID
Antara perkara yang diberi penekanan ialah tentang ALIM MUJAHID. Seharusnya setiap kita yang bergelar 'student' perlu menjadi seorang yang alim mujahid (huh..apa tu..??).
Pada kefahaman saya, alim beerti orang yang berilmu baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi, yang berkaitan dengan bidang yang diambil juga yang berkaitan dengan deenul Islam.
Mujahid pula orang yang berjuang atau bekerja untuk meninggikan kalimah Allah melalui apa cara sekalipun.
Harapan saya..
moga adik-adik juga bersedia utk menempuhi medan itu...
moga semangat kita tak mudah luntur bila berada di medan itu..
moga kita tak mudah tertipu bila berada di medan itu..
moga Allah sentiasa sudi membantu kita di medan itu..
dan medan itu sedang menanti kita..
note: 'medan' yang dimaksudkan ialah medan di IPT.