Betapa bersyukurnya saya. Dia yang Maha Baik masih sudi meminjamkan saya segala kepunyaanNya.

Myspace Happy Birthday Comments
Allah...sudah 19tahun saya meminjam kepunyaanMu. Namun, hamba sangat gusar andai segala pinjamanMu tidak hamba jaga dengan baik, tidak hamba gunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri ini dengan Mu, beribadah kepada Mu. Hamba khuatir bila memikirkan betapa sedikitnya sumbangan hamba kepada Deen tercinta ini, ISLAM...Ya Allah, moga kau sudi memaafkan hamba...
Hari ini, tarikh ini, tahun ini adalah kali terakhir saya bergelar insan belasan tahun (tak nak guna remaja, tak minat..huhu..). Tahun depan tiada lagi istilah belasan tahun untuk saya. Emm,,,dah besar rupanya aku ni (baru sedar ek..??). Sewajarnya peribadi dan pemikiran sejajarlah dengan penambahan usia ni kan, tapi...entahlah saya tak pasti diri saya bagaimana...Namun, saya tetap berusaha untuk jadi yang lebih baik, yang lebih tabah, yang lebih sabar, yang lebih solehah, yang lebih matang, yang lebih terjaga hatinya, yang dekat dirinya dengan Allah...
Oh, saya tak punya banyak masa untuk menulis ni..Walau apa pun, syukran jazilan kepada semua yang telah/ sedang/ akan memberi ucapan 'selamat hari lahir, sanah helwah, eid miladi, hepi bufday dan sebagainya' kepada saya lewat mesej atau facebook. Saya sangat-sangat menghargainya..thanks ya..!!
Buat mak tercinta, permata hati, pembaca setia blog saya (setia ka mak?? hehe..) terima kasih kerana telah melahirkanku ke dunia. Kau ibuku, murobbiku, qudwahku, sahabatku....tak pernah jemu dalam mentarbiyahku, sentiasa sabar dalam membentuk jiwaku menjadi seorang mujahidah, seorang daieyah...
Sebelum mengakhiri tinta ini, saya nak kongsi kata-kata yang di hantar oleh seorang kakak yang amat saya kasihi dan sangat dirindui...
"Sanah helwah! sweet 19! Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu, bersyukur kepada orang yang tak mengendahkan kamu kerana dialah orang memupuk berdikari kamu, bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu, bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu"

- Tarikh keramat ini telah jatuh pada hari terakhir midsem examku....
seronoknyer...!!!!

assalamualaikum,
ReplyDelete'ku tanamkan cinta ini buat teman sprjuanganku, yg sama2 menuju cinta ILLAHI,pngugerah rasa cinta dlm hidup ini..'
'ku cambahkn rasa rnduku buat teman yg mrindui utk brsama2 d syurga nnt insyaALLAH'
'ku layarkn harapanku pd DIA yg maha pencinta agr ada keizinanNYA utk kita brsua'
:)
KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-
ReplyDelete(a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ
FAKEH KHALIFAH SAKA