Pages

Saturday, July 17, 2010

Kenapa susah sangat ni...??



Bismillahirrahmanirrahim.....semoga Allah redha dengan perjalanan hidup kita sehari-hari..

Alhamdulillah, hari ini baru terasa nak 'mengapa-apakan' blog ini setelah lama dibiarkan sepi
(lama ke...???) Syukur kepada Allah kerana kesibukan sedikit berkurang (sedikit sahaja).
Maka, masa yang singkat ini saya nak ambil peluang mencoret sambil meyapu debu yang
bertebaran di sini =).

Oh ya, sebenarnya saya ada assignment yang perlu dibereskan. Akan tetapi saya masih belum jumpa titik mula untuk assignment saya itu..Aduh, pening-pening. Walhal, tajuknya tak la susah mana pun. Saya sendiri tak pasti mengapa sukar sekali untuk saya menyelesaikan assigment itu.

Fikir punya fikir, akhirnya hati saya berbisik
"mungkin sebab aku belum minta kat Allah dengan sesungguh hati supaya dipermudahkan dan diberikan jalan untuk menyelesaikan assigment itu...."




Hakikatnya, dalam apa-apa urusan, sewajar kita bergantung kepada Allah dahulu. Teringat satu doa Rasulullah yang saya terima lewat mesej seorang teman,
Di antara doa Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya jika Engkau serahkan aku kepada jiwaku, bererti Engkau telah meyerahkan diriku kepada kelemahan, kekurangan, dosa dan kesalahan, dan aku tidak percaya kecuali dengan rahmatMu"
(HR Ahmad)

Akhir kalam, mulakanlah apa jua pekerjaanmu dengan bergantung kepada Allah terlebih dahulu..
Moga Allah mudahkan urusan dan kerja-kerja kita....

Thursday, July 8, 2010

Hati, maafkan aku...

Alhamdulillah, puja dan puji hanya untuk ALLAH, pemilik setiap makhluk di langit dan dibumi, Maha Melihat baik yang terang mahupun tersembunyi..
Selawat dan salam keatas khatimul anbiya', Muhammad Al-Amin. Moga syafaatmu bersamaku di akhirat nanti.


Saat ini, ku gagahkan jua menaip abjad demi abjad. Entah mengapa, ku rasa kurang bermaya. Sakit? rasanya tidak, boleh saja bergerak seperti biasa. Namun, rasanya masih ada yang tak kena dengan diri ini. Ah..memang luaran nampak sihat. Hakikatnya dalaman tak seperti luaran. Rasanya ada perkara yang belum selesai..Mungkinkah hati ini..?? 


Lautan,
tak selamanya tenang,
adakalanya bergelombang,
sama seperti hati,
tak selamanya tenang,
adakalanya bergelombang...


ya..hati ini..
hati ini yang tak sihat sebenarnya,
hati ini yang sakit...
hati ini telah terabai tanpa kusedari,
zalimnya aku,
membiarkan hati ini merintih,
merelakannya hati ini sengsara,
tanpa makanan,
tanpa senaman,
tanpa rawatan..


Owh..aku perlu lakukan sesuatu untuk hati ini...
Hati ini perlu didekatkan dengan Rabbnya,
Hati..sabar ya..

Ukhtiku, jadilah wanita paling bertuah...

Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan. Bersyukur kerana Engkau telah memilihku untuk mengenaliMu sekaligus beribadah kepadaMu. Moga Engkau sudi mengekalkanku dalam cahaya hidayahMu.

Malam itu, saya berbual dengan teman sebilik di katilnya. Kelihatan beberapa buah buku tersusun di ats katilnya (kawan saya ni memang suka kumpul buku..). Dan saya, memang pantang nampak buku. Satu persatu buku itu saya belek hinggalah mata saya tertarik kepada satu buku ini -Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia (Be A Happiest Woman), Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni- .
"Dila, nak pinjam buku ni...", Dila pantas mengangguk sambil tersenyum.

Banyak sangat yang menarik dalam buku ini tetapi saya nak kongsi satu tajuk sahaja. Perkongsian ini saya tujukan kepada semua khususnya insan-insan  yang sejantina dengan saya ^_^. Moga kita mampu menjadi insan yang lebih baik selepas ini...

JADILAH WANITA PALING BERTUAH DI DUNIA

Apa jua musibah yang datang menimpa, pada akhirnya ia akan menuju kelapangan hati jua.

     Keayuan semula jadimu, wahai saudariku, sebenarnya lebih menarik daripada matahari. Sedang kewangian  budi pekertimu, anda lebih wangi daripada minyak kasturi. Dengan kerendahan hatimu, anda lebih tinggi daripada bulan, dan dengan kelembutanmu, anda lebih halus daripada hujan renyai-renyai. Kerana itu, jagalah kecantikan itu dengan keimanan serta iffah dan maruah.

    Oleh itu, wahai saudariku, perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak, tetapi solat dua rakaat menjelang Subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, airmata taubat, sujud panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Pakailah pakaian takwa, anda akan menjadi wanita tercantik di dunia, sekalipun bajumu koyak. Kenakanlah mantel kesantunan, supaya anda menjadi wanita tercantik di dunia meskipun anda jalan berkaki ayam.

   Anda perlu berhati-hati terhadap wanita jahat, kafir yang suka menipu dan melencong kerana mereka akan menjadi penghuni neraka Jahannam. 





Wanita paling bertuah adalah mereka yang hatinya tidak terikat dengan dunia. 
Dunia itu hanya di tangan, bukan di hati. 
Dunia itu diambil sebagai wasilah untuk beribadah, mendekatkan diri kepada Allah. 
Oleh itu hai saudariku, mari kita berusaha menjadi wanita paling bertuah. Meski manusia tidak mengenali kita, cukuplah Allah dan seluruh makhluk langit mengenali kita,

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??