Pages

Monday, June 29, 2009

Detik itu pasti

Selepas membaca satu post dalam group alumni SMAKL berkaitan pemergian seorang pelajar, Lutfi Hadi, ada sedikit sebak di dada. Sebelum ini pun sudah beberapa berita seperti ini menerjah telinga cuma yang ini pelajar sekolah sendiri. Cukup tidak disangka...

Jenazah telah di solatkan surau sekolah. Selama ini kalau solat jenazah ghaib adalah tapi kali ini jenazah telah di bawa untuk disolatkan di sini. Bagaimana suasananya...??? Apa perasan adik2ku..??Kalau sedih mungkin semua orang sedih tapi setakat mana kesedihan itu mampu meningkatkan iman, muhasabah dan mengubah diri...Ya..kematian itu satu tazkirah yang cukup baik untuk yang lalai..Mungkin ini mampu menyedarkan adik2ku di sana?? Wallua'lam

Teringat masa jadi fasilitator untuk RMC Training Center. Bila motivator sentuh pasal kematian, tunjuk video2 yang berkaitan dengannya, semua tunduk dan berjurai air mata.Walau tak tahu lama mana perasan sedih dan insaf tu bertahan tapi sekurang2nya tetap berbekas di hati.
Ya saat itu pasti kan tiba...namun kita tak boleh lemah dan menyerah..

"Semua akan menghadapi kematian tetapi seorang mukmin akan mengolah seni kematiannya"
Jadi, teruskan PERJUANGAN!!!





Tuesday, June 23, 2009

Seperti Inikah Hati Kita??

Suatu malam,sebelum tidur saya berasa ada sesuatu yang tak kena dengan hati ini.Ada sedih dan sedikit gelisah.Tergerak hati untuk mencapai buku Menjadi Hamba Rabbani karangan Dr.Majdi Al-Hilali terbitan Maghfirah Pustaka.Belek punya belek, ada sesuatu yang sangat menarik perhatian saya.Pada halaman 30, memaparkan surat seorang pemuda kepada Hassan Al-Banna.Saya cuba menghayati kandungannya.

Yang terhormat Ustadz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati?. Maaf, jika hati yang dimaksud adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat dan hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui tempat-tempat keburukan meskipun samar-samar.

Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang tidak bersua, dia menyalaminya dan menggenggam tangannya dengan kuat, bahkan memeluknya. Namun, hatinya tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh, Dia memberi nasihat kepada orang lain, "Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu", serta menyebutkan berbagai dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala menerima berita gembira. dia juga mengernyitkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan dan kesedihannya hanyalah reaksi alami, sedangkan hatinya tetap diam dan tidak tergoncang.

Dia menyatakan cinta dan benci kepada seseorang. Ketika melihat hatinya, hatinya tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan salat dan berusaha kusyuk, membaca al-Quran dan berusaha memusatkan perhatiannya. Ketika meunaikan solat, membaca bacaan salat dengan nada-nadanya, sehngga orang-orang pun berkata, "Dia tipe orang yang kusyuk". Akan tetapi, ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli dan tidak kusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran yang sebenarnya terjadi pada hati lelaki tersebut. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahwa hatinya sama seperti hati orang-orang pada umumnya?.

Saya dianugerahi akal, tetapi hati saya hilang. Saya meraskan pikiran saya menyala-nyala, bekerja, hidup dan menunjukkan keberadaannya. Akan tetapi, ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya, sama seklai tidak menemukannya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang pemuda yang membaiat anda dan anda mengambil sumpah setia darinya. Apakah anda rela seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasakan apa yang diucapkan oleh lisannya.

Ini adalah penyakit salah seorang tentera Anda yang akan membuat Anda sedih jika mengetahuinya. Oleh kerana itu, saya tidak menyebutkan namanya, hingga saya memberitahu Anda akan kesembuhannya.

Saya menutup buku itu.Masyaallah...Terasa seakan2 ditarbiyah oleh Allah.Kagum saya dengan pemuda itu .Tentunya dia bukan sebarang pemuda biasa, pastinya dia seorang yang kuat bekerja di atas deen Allah namun tetap tidak berpuas hati dengan kondisi hatinya. Sedar tak sedar itulah yang banyak berlaku dalam hidup kita.Marilah kembali mencari hati yang sebenar..

Sunday, June 21, 2009

interview FSCC?!

Seusai kelas english sekitar 4 ptg, rakan saya ainul bertanya,
"Tak check nama utk FSCC ke?",
"Tak pun.Tak dapat kot",ujar saya dlm nada malas. Saya sememangnya berharap agar tidak terpilih diinterview dan tak berapa faham fungsi sebenar FSCC tu. Katanya macam perwakilan pelajar jugak. Kalau boleh, untuk semester ni rasa nak relax2 dulu. Tak mahu terikat dengan sebarang jawatan. Lagipun nama tu deparment IRKHS yang letak, so tak kisah dapat ke tidak.

"Baik awak check.Interview tu sampai 4:30 ptg ni jer",
"Ok..insyaallah", saya berlalu.
"Em..prihatinlah Ainul ni",bisik hati.Ainul student Bachelor of Arabic (BAR) merupakan rakan sekelas untuk subjek english dan arab.

Saya bergerak ke Student Activities Department (STAD), meninjau nama2 yang terpilih untuk diinterview dan....ah..

"Rabbi yassir wala tuassir ya karim", sedikit nervous bila memasuki bilik itu.Saya cuba memaniskan muka, cuba untuk menenangkan hati.
Berbagai soalan ditanya tentang penglibatan di sekolah.Bila saya kata pernah terlibat dalam ping pong, diorang terkejut.Rasa kelakar pulak.Mungkin penampilan saya bertudung labuh membuatkan mereka tak percaya.Em..apa2 je la.

"Oh,dulu belajar kat terengganu.Apa pendapat awak tentang kejadian stadium yang runtuh tu?",
Segera saya memotong, "Saya belajar je kat terengganu,rumah kat johor".Sengaja jawab begitu tak mahu disoal lebih2.hihi..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Rasanya ini satu pengalaman baru,tak pernah lagi diinterview sebelum ini. Kalau orang lain fully speaking, tapi saya ada jugak ditanya dalam bm jer. Tapi saya cuba jugak speaking, sekadar nak improve english.

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??