Pages

Saturday, December 19, 2009

Insha ALLAH...you'll find the way

LIFE IS A TEST
Ya..frasa ini memang benar dan semua sudah sedia maklum.
Namun, berapa ramaikah yang menyedari bahawa ujian dalam kehidupan juga adalah sebahagian daripada nikmat ALLAH? (perlu diingatkan 'sedar' dan 'tahu' adalah dua perkara berbeza)

Kata ibu,
"Setiap UJIAN adalah tanda KASIH dan CINTA ALLAH kepada kita. Harus sabar dan redha"

Emm..Bagaimana ya?
sedangkan ujian itu berat, sukar dan menguji sabar.
Ayuh..usah dilihat yang zahirnya, kerana memang nampak tak indah. Tapi, lihat disebaliknya, terkandung pelbagai tarbiyah Pencipta.

Dengan UJIAN,
Kita lebih DEKAT dengan TUHAN,
Tanpa UJIAN,
Mungkin tiada PENINGKATAN IMAN,
Setiap UJIAN,
Pasti ada PENYELESAIAN,
Seperti firmanNYA dalam al-Quran,
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
diulangi lagi sebagai penegasan,
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
Yakin sajalah...



Mari hayati sejenak bait-bait lirik ini.

Insha Allah
by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on,
You feel so lost,
That your so alone,
All you see is night,
And darkness all around,
You feel so helpless,
You can't which way to go,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side...

Insha Allah (3x)
You'll find your way

Everytime you can make one more mistake,
You feel you can't repent,
And that its way too late,
You're so confused, wrong decision you have made,
Haunt your mind and your heart is full of shame...
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side

Insha Allah (3x)
You'll find the way

Turn to Allah,
He's never far away,
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo ya Allah
guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way

Insha Allah (3x)
You'll find the way





p/s: want to dedicated this lyric to my mum. Wish Allah will guide you and give the best solution to overcome all the problems and dificulties




Pahitnya ubat, peritnya rawatan


بسم الله الرحمن الرحيم

Semoga Allah merahmati semua yang menziarah ke blog ini.

"Uhuk..uhuk.."
Masuk minggu ni sudah hampir 2 minggu saya dilanda batuk.
Dan malam tadi, baru sahaja ingin melelapkan mata tiba-tiba mak panggil dari ruangtamu.

"Kakak.. dah makan ubat batuk ke belum?"


Huh..ubat batuk..?!

Oleh kerana panggilan seorang ibu wajib dijawab dan dilaksanakan, saya bingkas bangun.
Antara rela dan terpaksa, ubat batuk itu saya telan jua.

"Ee..peliknya rasa ubat batuk ni.."gumam saya dalam hati. Saya sebenarnya lebih rela menelan ubat biji atau kapsul daripada ubat batuk(sangat tidak berkenan dengan ubat cecair). Namun, kerana hendak sembuh, saya gagahkan jugak.


Sesaat teringat sesuatu...




Ubat..selalunya sinonim dengan pahit (kecuali ubat homeopati). Sebab itulah ada orang yang 'allergic' nak makan ubat. Begitu juga dengan rawatan, kebiasaannya perit. Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan penyakit yang dihidapi. Semakin teruk penyakit, semakin banyaklah ubat yang perlu diberi, dan semakin rapilah rawatan yang perlu dijalani.

Okey..bayangkan anda seorang doktor yang sedang berhadapan dengan dua orang pesakit yang berbeza. Seorang demam biasa, seorang lagi penghidap kanser. Yang demam tu, dengan ubat yang kita beri mungkin sudah cukup tetapi si penghidap kanser, bukan setakat ubat malah perlu menjalani rawatan kemoterapi yang sudah sedia maklum kesannya pada badan.
Adakalanya mungkin perlu menjalani pembedahan.

Begitu juga dengan 'ubat' dan 'rawatan' untuk penyakit yang melanda rohani, pahit dan perit. Apakah 'ubat' dan 'rawatan' itu? Itulah jalan mujahadah...dan jalan itu bukanlah mudah, memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menempuhnya. Semakin berat 'penyakit' yang dideritai rohani, semakin kuatlah mujahadah kita. Sesungguhnya bukan senang untuk mujahadah..mujahadah melawan nafsu dan mujahadah mengekangkan dunia dari hati.

Moga Allah memberi kekuatan untuk kita menjalani rawatan mujahadah...

:: Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis ::

Friday, December 11, 2009

Itulah tazkirah terbaik...

"Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak kuasa menolak mudarat mahupun mendatangkan manfaat kepada diriku, kecuali apa yang Allah kehendaki" Bagi setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun"
(Yunus:49)
Kelu lidah untuk berkata,
tatkala khabar itu singgah di telinga,
kematian yang menjengah,

adalah tiba-tiba,

tiada yang mampu menduga,

bila dan di mana,

yang pasti,

masa kita akan tiba,

pulang menghadap Sang Pencipta,

Pemilik jiwa setiap hamba...


Malam itu, seisi bilik gempar dengan berita kematian seorang pengawal keselamatan (makguard) di kampus saya. Khabarnya beliau telah dilanggar oleh sebuah lori dan tempat kejadian adalah betul-betul berhampiran dengan kampus di mana saya belajar. Kemungkinan besar beliau baru sahaja mahu memulakan tugasnya. Wallahualam. Yang pasti beliau meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di kepala. Moga Allah merahmati roh beliau.

Perkhabaran ini saya anggap sebagai peringatan daripada Allah untuk 'menjentik' hati ini yang acapkali alpa, lalai dari mengingatiNya dan larut dengan dunia.

Saya perhatikan rakan-rakan yang lain. Masing-masing sangat terkejut dan bersimpati atas apa yang telah berlaku. Namun, semua itu hanya seketika dan akhirnya masing-masing kembali dengan hal sendiri, ketawa dan bercanda seperti biasa seakan-akan tiada apa yang berlaku sebelumnya. Rasa simpati yang terbit hanya dibibir, belum menyentuh hati. Sedangkan kematian itu adalah tazkirah terbaik untuk menghidupkan hati-hati yang lalai. Mengingati mati juga adalah terapi yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit-penyakit jiwa dan menyegarkan roh agar tunduk kepada Allah.

Semuanya akan menghadapi saat itu, dan beruntunglah orang yang mengolah seni kematiannya..

Thursday, November 26, 2009

Rindu seorang sahabat...

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jua hasrat untuk menatap majalah sulung SMAKL. Sudah hampir seminggu majalah ini berada ditanganku. Setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya ter'publish' jua...syukur kehadrat ALLAH atas segala ujian dan solution yang Dia berikan. Ujian yang Dia beri sekadar untuk 'test' tahap kesabaran dan kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu kerja/amal soleh.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang bertungkus-lumus menyiapkan majalah ini. Maafkan diri ini andai tidak menjalankan amanah sebagai wartawan dengan baik. Juga kepada semua pihak yang terlibat. Mudah-mudahan segala usaha bakti akan dikira oleh ALLAH sebagai ibadah.

Kehadiran majalah ini di sisi sekurang-kurangnya terubat sedikit kerinduan terhadap teman2 seperjuangan yang kini bertebaran di bumi ALLAH, yang sedang berjihad di medan ilmu. Lama ku belek, ku tatap dan ku hayati. Lantas fikiran mula menerawang, kembali ke zaman silam sewaktu masih berada di bumi wakafan SMAKL, masih berada di sisi teman2 yang saling ingin kuat-menguat, nasihat-menasihat. Sungguh, terlalu banyak memori yang tersimpan, yang mematangkan fikiran, mengenal erti sebuah kehidupan, tentang tujuan kita dijadikan, taklif yang terpikul dan kepada siapa kita dikembalikan.



Ya ALLAH ku rindu mujahidah2Mu ini,
sampaikanlah rindu ini agar mereka tahu,
doa ku terus segar dikirim buat mereka,
walaupun ku seringkali berdiam tanpa berita...

Ya ALLAH peliharalah mujahidah2Mu ini,
agar mereka terus tegar berdiri di jalanMu,
menjadi penyebabku terus tsabat untuk sabilillah...

Ya ALLAH redhailah ukhwah kami,
teguhkan jambatan hati antara kami,
jauhkan hati-hati kami daripada bisa racun dunia,
yang akan melemahkan ukhwah kami...

Ya ALLAH...
Janganlah pertemuan kami sekadar di dunia,
tetapi
kami mengharap pertemuan abadi di akhirat sana..

Teman2ku..
Pesanku kepada diriku dan jua dirimu,
tingkatkan mujahadah,
teruskan melangkah,
hadapi rintangan dengan tabah,
sentiasalah muhasabah...

Dunia kita terlalu mencabar,
Kadang2 mungkin kita kalah,
Kerana ketika itu iman kita lemah,
tapi itu bukan alasan untuk mengalah...

Bangunlah..
atur kembali langkah demi langkah,
kerana mungkin ada yang tersasar dari jalan ALLAH...
Teruskan mengingati ALLAH,
walau terkadang terasa payah,
Dia yang sentiasa di sisi saat senang atau susah...

p/s: teringat nasyid selamat berjuang dan gelombang keadilan...lagu 'tema' kami, puteri GEN-2.

Wednesday, November 18, 2009

Sebelum Mata Terpejam

Sebelum mata terpejam mata,
imbaslah kembali perjalanan hidupmu,
hari-hari yang kau lalui,
menambahkan kecintaan kepada sang Khaliq,
atau,
terus dilekakan oleh fatamorgana dunia,
taman firdausi matlamat tertinggi,
mampukah aku meraihnya...

Sebelum mata terpejam,
basahkan bibirmu dengan asma' yang Esa,
suburkan relung hati dengan munajat kepada Pencipta,
pohonlah maghfirah daripadaNya,
andai esok bukan milik kita,
biarlah pertemuan denganNya disinari sejahtera..

Sebelum mata terpejam,
izinkanku berbicara,
merungkai makna sebenar hidup di dunia,
biar mengerti,
akhir hidup Jannah milik bersama...

Tenangkan hatimu,
jadikan solat dan sabar,
motivasi terbaik buatmu,
berbahagialah,
kerana ALLAH sentiasa bersama
hamba-hambaNya yang bertaqwa,
yang sentiasa mengharap pertemuan dengan Rabbnya...

~iNsYeeRaH, 2008~

Alhamdulillah, dah siap pun..
Saja nak hadiahkan sajak ni buat sesiapa yang membaca blog ni..
Alamak..dah pukul 12 lebih..nak kena tidur dah nih.
Lupa pulak, esok adalah hari yang paling ditunggu2 oleh semua pelajar form 5..
Jadi, nak ambil kesempatan untuk ucapkan GOOD LUCK, MAATTAUFIQ WANNAJAH FILIMTIHAN buat calon2 SPM 09, especially buat adik2 form 5 SMASKL (rindu kat korang semua)..
Buat adik2ku..
"ingat.. ALLAH lihat pada usaha bukan pada natijah. Sesungguhnya kejayaanmu untuk ISLAM."




Moga ALLAH menilai segala amalan hari ini sebagai IBADAH..

Thursday, November 5, 2009

Koreksi niat

Artist:Native Deen
Album: Deen You KnowTitle: Intentions
Waking up in the morning, gotta make my prayer
Am I really gonna' make it, when there is no one there?
Taking trips to the masjid (mosque), even when it's tough
Am I going for the sake of Allah? Am I showing off?
Gonna' get me the knowledge, gonna study Islam
Am I going just to build my ego? so they call me “the Man”?
Does it matter if the people respect me, when its not for Allah?
When I know anytime He can take me, without one real du'a (prayer)
Does it matter if they say I'm a big shot?
when I get no reward for my deeds
And I'm dragged on the Day of Resurrection
Cause of the folks that I wanted to please
Plus I know that Allah has the power
To raise me up in their eyes if it need be
I should always make my intentions, for my Lord, Allah completely
[Chorous]
Are my Intentions alright?
Am I doing for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?
Wearing thoubs with a kufi, kufi
Miswaks leather socks like the old days
Am I trying to follow the Prophet? or am I seeking praise?
Giving talks on Islam to people
I'd be quoting Hadith and Qur'an
Am I speaking so they like how I'm speaking? and they say I'm “the Bomb”
Donating to Islamic centers, giving money so the Deen can grow
Am I giving for the sake of Allah? or is it for show?
Many times I have found my intentions
Are not what I want them to be
I know I start on the right direction
But Shaitan starts talking to me
And I forget that without my niyyah, I'm just wasting my time
My intentions cannot bring the reward, when they're out of line
So I pray to Allah to help me, to do everything for Him only
Doesn't matter if the people despise me
Cause with Allah I can never be lonely
Yah Allah, accept this niyyah
Coming from young Muslims striving to be believers
So on the day, our deeds You'll measure. Know we only did this strictly for Your pleasure, Your pleasure
Your mercy, Your ajur (reward), Your Jannah (heaven), forever and ever and ever
And reward us for those who listen
Heeded to the message, changing their condition
And know that everything up until this point I've ever written
I submit as my repentance
And if its blessings You're sending my way
I beg You hold them to the judgement day
so maybe in Jannah you can look back and say...it was a lovely day, a lovely, a lovely day, yes a lovely day
Are my intentions, alright, am I doing for Allah
When I am looking deep deep down inside, do I have the right niyyah (intention)?
[Chorous]
Are my Intentions alright?
Am I doing for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?

Suka sangat nasyid ni. Mengingatkan saya supaya selalu muhasabah kembali niat. Adakah niatku benar2 kerana ALLAH?? Dalam kerja2 kita seharian kadang2 kita tak perasan mana yang betul2 untuk dapat REDHA ALLAH atau sekadar nak peroleh PERHATIAN MANUSIA.



Moga segala yang dilakukan kerana ALLAH semata...InsyaAllah..

Friday, October 30, 2009

Ada apa dengan Harry Potter?!

Anda tahu novel bersiri Harry Potter? Ya, mustahil tidak..Tanyalah siapa pun, majoritinya akan menjawab "mestilah tahu". Saya sendiri pernah menjadi peminatnya(zaman sekolah dulu). Sejak kemunculannya sekitar tahun 1997, novel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hal ini telah mengangkat nama penulisnya dan dinobatkan antara penulis terkaya di dunia. Atas permintaan ramai, novel ini telah diterjemahkan ke lebih 63 bahasa.
Walaupun ceritanya hanyalah imaginasi sang penulis, bukanlah real story seperti sirah Rasulullah dan para sahabat, namun tetap mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dunia. Kaum muslimin juga tidak ketinggalan menjadi peminat setia siri Harry Potter ini. Ramai yang sanggup berhabisan duit semata-mata ingin mengumpul koleksi buku kesayangan mereka ini. Ada yang menganggap dengan membaca novelnya(english version) atau menonton movienya dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tak kisahlah apa pendapat kalian, saya ingin berkongsi sesuatu tentang ini.


Dalam keasyikan menatap novel ini, sebenarnya ada sesuatu yang perlu kita perhatikan. Di bawah ini adalah link artikel berkenaan dengan siri Harry Potter ini. Jadi, bukalah mata hati kita untuk melihat apakah disebalik siri kegemaran ramai ini.
Saya tidak melarang kalian untuk membaca atau menonton cerita ini, tetapi baca dan lihatlah dari kacamata IMAN. Moga kita, selaku seorang MUSLIM tidak mudah terpedaya dengan pelbagai perkara yang boleh mengaburi mata.

Wednesday, October 28, 2009

Semester baru, azam baru...

" Mulakan dengan azam baru,
Langkahan tekad dan padu,
Tajdidkan niat kerna ALLAH yang Satu,
Doa-doa dipohon,
Moga dipermudahkan segala urusanku,
Ayuh,
Teruskan perjuanganmu,
Hadapi segala mehnah di medan ilmu..."

~insyeerah, 26/10/09~


Alhamdulillah, semester kedua baru bermula. Gembira dapat bersua semula dengan teman2. Contact hour juga makin berkurangan kerana sedikit sahaja subjek yang perlu ditumpu (Arabic level 4 and Basic Theme of Al-Quran). Peluang yang ALLAH beri perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Banyak masa free bukan bermakna banyak masa rehat.

Semester baru, azam baru. Moga lebih bersungguh-sungguh, istiqomah dan sistematik. Ciptalah matlamat yang lebih jelas, untuk apa menuntut ilmu?
Biasanya awal-awal sem ni, masing-masing sangat bersemangat, betul tak? (n_n)
Ya, sangat bagus cuma kadang kala semangat tu tak bertahan lama. Bila semangat hilang, malas pun datang.

STUDI DENGAN IMAN
Sebenarnya dalam studi ni, bukan semangat je yang perlu. Paling penting IMAN. Semangat mudah pudar. Dengan Iman, ia akan me'ngawet'kan semangat kita. Bila ada IMAN, seorang pelajar akan lebih jelas dengan matlamat belajarnya, untuk apa? untuk siapa? nak capai apa?Sekaligus mengingatkan dirinya tentang kepentingan menuntut ilmu. Paling penting dia tahu, yang belajar ni IBADAH. Jadi, takkan nak main-main pulak kan? Macam solat la, kalau main-main, adakah ALLAH akan terima solat kita?
Sekadar ingin mengingatkan diri supaya tidak belajar kerana semangat sahaja. Belajar macam ni sama saja macam belajar ikut mood. Bila mood hilang, em...
AZAMKU
Moga sem ini lebih baik dari sem lepas. Perkemaskan urusan dunia dan urusan akhirat. Bina matlamat yang mampu dicapai(ukur baju di badan sendiri)..InsyaAllah..

Saturday, October 24, 2009

Mukmin juga diseksa...??!!

Hamdallah...
Puji hanya untuk Allah..
Tak putus nikmat walau seingkar manapun hambaNya..
Maha Pemurah dan Pengasihnya ALLAH..

Sudah berminggu-minggu ber'cuti' daripada meng'update'. Kenapa ya? Sibuk? tapi sekarang tengah cuti. Mungkin inilah yang dikata bila Allah tak izin, memang apa pun tak jadi. Dah plan nak update tentang pengalaman 6 hari berada di Terengganu sempena AGM IKHLAS pada 10/10(AGM tu sehari je) tapi sampai hari ini masih tak menulis apa-apa. Tak pe lah, dah lama berlalu kisah AGM tu. Dah sejuk. Tak sedap pulak nak hidangkan sekarang.

Sebelum saya berangkat semula ke medan ilmu yang telah ditinggalkan hampir 3 minggu, teringin nak kongsi sesuatu agar kita sentiasa beringat. Moga perkongsian ini akan menyedarkan diriku agar tak terus-terusan lalai.

Sekadar bergelar seorang muslim,mukmin bukanlah tiket untuk kita lepas daripada azab ALLAH di akhirat. Berdasarkan apa yang saya baca daripada buku karangan Imam Al-Qurthubi, RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT & KIAMAT, orang mukmin juga akan menerima balasan di akhirat kelak. Orang mukmin yang bagaimana agaknya?? Itulah mukmin yang lalai.

Balasan untuk orang mukmin itu berbeza-beza ikut amalan mereka. Ada yang lalai tentang solat hingga solatnya ditolak. Menganggap solat itu remeh berbanding urusan dunia. Ada yang buat tapi tidak serius, tak tepat waktu dan lain-lain. Mereka ini akan dipukul wajahnya. Kemudian solat mereka akan berkata: "rasakanlah, sekarang ALLAH menyia-nyiakan kamu seperti dahulu kamu menyia-nyiakanku"

Ada yang lalai dalam urusan zakat, hingga zakatnya ditolak. Mereka ni selalu mereka-reka alasan untuk tak kena kewajiban membayar zakat atau memberi zakat dengan terpaksa.

Ada yang lalai menunaikan puasa. Mulut saja kata puasa, tapi perbuatan tidak menggambarkan dia sedang berpuasa. Berpenat lelah menahan lapar dahaga tapi tidak menjaga tutur kata dan perbuatannya agar tidak melanggar batas syariat. Hasilnya, letih dan penat saja.(Teringat satu insiden pada ramadhan yang lalu, yang berlaku betul-betul dihadapan bilik saya. Sebuah kereta toyota dirompak ketika orang sedang menunaikan solat jumaat)

Ada yang lalai menunaikan haji, kerana ibadah itu dilakukan tanpa niat yang ikhlas atau menggunakan sumber yang tidak halal.

Ada juga yang lalai dalam berbakti kepada kedua ibu bapa dan banyak lagi...

Peringatan ini supaya kita lebih sedar dan sebagai motivasi untuk beramal dengan lebih tekun dan ikhlas.





Risau betul bila difikirkan balik.. aku mukmin yang bagaimana agaknya? Banyak betul lalai. Layakkah untuk syurga ALLAH?
Apa yang penting, JAGA IMAN dan AWASI DIRI agar tak terperangkap dalam jerat MUSUH..




Moga ALLAH bantu kita untuk memperbaiki diri..
~ INSYAALLAH~

Friday, October 2, 2009

Di Penghujung Semester Satu



Alhamdulillah wa syukrulillah..

Perjuangan dalam final exam hampir sampai ke penghujungnya. Masih berbaki satu paper untuk diselesaikan,English Placement Test-Speaking iaitu pada 5/10/2009. Ini juga bermakna, tinggal beberapa hari lagi untuk saya habiskan semester pertama pengajian di CFS IIUM NILAI ini. Semester pertama untuk tahun pertama..terlalu banyak pengalaman baru yang ditimba, yang mengajar banyak perkara.


Sepanjang semester satu ini, banyak yang dipelajari...

Belajar menghargai DIRI, menghargai nikmat HIDAYAH dan TARBIYAH serta menghargai seluruh KEMAMPUAN yang Allah beri. Sesungguhnya saya sangat bersyukur menjadi antara hamba2 yang terpilih untuk dianugerahi HIDAYAH kerana tanpa HIDAYAH mungkin hidup ini 'biasa2' saja seperti orang lain, tiada bezanya dengan masyarakat sekeliling.


Belajar untuk lebih CEKAL dan BERDIKARI kerana hidup di alam kampus ini sama sekali berbeza dengan di medan Tarbiyah dulu, sentiasa terjaga dan dijaga. Di sini, tiada lagi semua itu melainkan DIRI dan IMANLAH yang akan menjadi 'bodyguard'. Andai DIRI dan IMAN ini tidak kuat, pasti hidupku menjadi tunggangan nafsu yang sentiasa menjerat. Di sini tiada lagi yang menghulurkan suapan TARBIYAH berbentuk pengisian jiwa. Diri sendiri yang perlu berusaha mencari sesuap pengisian agar jiwa tidak mati kelaparan atau kehausan.


Belajar mengenal DUNIA dan MASYARAKAT dengan lebih dekat. Terasa betapa dahsyatnya tsunami JAHILIYAH yang telah mencedera parahkan dan mencabut roh2 Islam dalam diri masyarakat. Hakikatnya masyarakat tidak boleh dipersalahkan 100% kerana tiada siapa yang menghulurkan tangan menyelamatkan mereka secara lembut dan berhikmah, jiwa mereka belum ada yang menyentuh dengan sentuhan tarbiyah. Melihat teman2 sekeliling yang masih terumbang-ambing, hati ini diasak pilu. Apakah aku telah lakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka??


Belajar menghargai nilaian UKHWAH, sesungguhnya kekuatan UKHWAH itu menjadi benteng perjuangan. Dengan adanya teman2 seperjuangan di sisi, segala ranjau perjuangan mampu diredahi. Teman bukanlah semestinya DEKAT JARAKNYA...tetapi yang selalu DI HATI dan DIINGATI dalam setiap bisikan DOANYA. Diri yang lemah akan kembali bersemangat setelah disapa madah hikmah sang sahabat. Syukur Allah anugerahkan teman2 yang memahami dan sentiasa ingin bersama2 berjuang di atas jalanMu.


PALING PENTING..

Ku belajar untuk lebih DEKAT dengan PENCIPTA. Ujian yang datang silih berganti, terkadang menguji Iman di hati. Ketika itu ku mengerti bahawa Allah mahu ku terus berdampingan denganNya kerana selama ini diri lalai mengingatiNya. Menjalani hidup di tengah2 masyarakat yang kian jauh dari Allah, di situlah pergantungan denganNya kian terasa pentingnya. Kita hamba yang lemah dan kekuatan itu ada padaNya. Walau terkadang payah, HDA tetap cuba dijaga, kerana HDA, Hubungan Dengan Allah lah yang akan menyelamatkan kita daripada fitnah dunia.


Banyak lagi yang ku pelajari. Rasanya tak tersenarai di sini. Kalau disenaraikan jugak mungkin ada yang tersengguk2 depan komputer. Tak mengapa, selebihnya biarkan tersimpan di kotak ingatan sebagai panduan masa depan. Pengalaman baru...moga lebih mematangkan diriku..INSYAALLAH..


p/s: kepada student2 yang sedang atau bakal exam, baik di sekolah mahupun universiti, maan taufiq wannajah fil imtihan. Kejayaan adalah untuk ISLAM..

Friday, September 25, 2009

Lebaran yang berlalu

Alhamdulillah..Puji dan puja hanya untuk Allah yang mengizinkan jari-jemari ini mencoret sedikit pengalaman dan kenangan, tentang hari raya yang telah berlalu.

Satu Syawal kali ini lebih kurang sama dengan tahun2 yang lepas. Solat raya seperti biasa di Masjid Permatang Pasir yang berdekatan dengan kampung ayah, Permatang Ara, Seberang Perai..Seterusnya bermulalah 'tour' ke rumah sedara mara disekitar kampung tu..

Hampir zohor baru pulang ke kampung Mak di Bukit Mertajam..Katanya ada tetamu istimewa.

Leigh dan isterinya Carolyn beserta anak2 mereka, Zowy dan Harry
Alhamdulillah, Allah izin dapat berkenalan dengan tetamu warga Australia yang merupakan kawan Pak Ndak. Mereka sekeluarga belayar dari Australia kemudian singgah di Pulau Langkawi berikutan bot mereka mengalami kerosakan. Kebetulan hari raya bakal menjelma, mereka pun teringin nak ikut Pak Ndak pulang ke kampung untuk merasai suasana raya di Malaysia. Tak sangka mereka menggemari makanan Malaysia. Roti canai, laksa habis di'sapu'. Bagus,bagus.



Banyak perkara yang dikongsi mereka antaranya berkisar tentang pelayaran mereka. Leigh merupakan seorang engineer manakala Carolyn, pensyarah di Monach University. Merasakan hidup mereka terlalu sibuk, mereka mengambil keputusan untuk belayar sambil merapatkan hubungan kekeluargaan.
Satu perkara yang menarik ialah di rumah mereka tidak ada tv!! Menurut mereka, tv boleh merosakkan pemikiran. Anak2 mereka banyak didedahkan dengan buku2 yang boleh meningkatkan pengetahuan. Em..patutlah bila sampai je di Penang, tempat pertama yang di cari ialah bookshop.
Bersama Pak Ndak



Pekena laksa di rumah tok su
Sepanjang mereka di Seberang Perai, Pak Ndak berbesar hati membawa mereka berkelah di air terjun berdekatan dan melawat Zoo Taiping.
Bergambar bersama family
Selain tetamu warga Australia, ada jugak tetamu bangsa lain yang datang. Uncle Maripa, jiran lama Tok. Boleh kata hampir setiap tahun datang beraya. Rajin, rajin..
Dalam perjalanan pulang, ayah sempat membawa kami sekeluarga menziarahi x-classmatenya semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains. Selama ni hanya dengar nama dan kali ni alhamdulillah berkesempatan untuk bertemu. Kawan ayah ni, Puan Susi, merupakan isteri penasyid terkenal, Muaz.
Mungkin ini saja yang mampu dicoretkan. Sebenarnya, sekarang saya tengah final exam. Huh..final exam betul2 lepas raya memang mencabar..Moga Allah bantu..

Tuesday, September 15, 2009

Kepulangan anak perantau

Balik kampung..hohoho balik kampung,
hohoho..balik kampung hati girang..



"Raya mana tahun ni?", antara soalan wajib setiap tahun untuk saya.
Mana?? of course la balik Seberang Perai,PENANG, kampung halaman tercinta merangkap tempat kelahiran saya.


Setelah sekian lama merantau bersama keluarga (rasanya dah 'tawaf' satu semenanjung), tidak dapat dinafikan tempat kelahiran ku juga yang best (hehe..orang negeri lain jangan jealous). Maksud saya bukanlah negeri lain tak best tapi Penang ni lebih dekat di hati ini. Yelah dilahirkan dan dibesarkan selama 8 tahun di sana.

Aduh..penat merantau ni. Bermula dari Penang seterusnya ke Perlis. Setelah hampir 5 tahun di sana berpindah pula ke Pahang dan belajar di Terengganu. Sekarang di Johor dan sambung pengajian di Nilai. Dalam keletihan dan kepenatan berhijrah ke sana ke mari, terselit pelbagai pengalaman yang sangat berharga. Kerana itulah Allah menyarankan agar kita berjalan di muka bumi-Nya supaya kita dapat merenung dan menghayati setiap kejadianNya. Sesungguhnya bumi Allah ini luas dan segala yang berlaku disekeliling kita terkandung tarbiyah Pencipta.

Dah tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke kampung, bertemu tok dan tok wan, segala pak sedara dan mak sedara juga sepupu sepapat. Oleh kerana kampung ibu bapa saya di negeri yang sama dan jarak antara keduanya lebih kurang 20 minit saja(bukit mertajam dan permatang pauh), maka bolehlah saya beraya sekaligus pada satu syawal .




pak tam dan pak teh..antara yang menunggu..

Em..nampaknya ramadhan pun sudah hampir melabuhkan tirainya. Tak pasti bagaimana ramadhan tahun ini. Moga Allah membantu kita menghabiskan beberapa hari yang tinggal ini.




Ya Allah bukakan pintu keampunanMu kepada kami,
Kami telah menzalimi diri,
Andai ampunanMu tiada untuk kami,
Maka,
Kami adalah antara hamba2Mu yang rugi..
Moga kita beroleh ampunanNya. ~Insyaallah~




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Laallakum tattaqun..moga berjaya memperoleh IJAZAH TAQWA.

Oppss..nampaknya mak dah panggil. Ada kerja yang perlu dibereskan.
Sebelum jemari ini berhenti menaip, ucapan Salam Aidilfitri buat kalian.
Maaf dipinta andai ada post2 di sini yang kurang menyenangkan.
Satu syawal tanda kemenangan dan kembali kepada fitrah asal kita setelah melalui tempoh pembersihan selama sebulan.
Bukan hari untuk meng'qada' makan,
Bukan hari untuk kembali melakukan kemaksiatan,
Mari menjaga kesucian diri dan jiwa di hari lebaran ini.. Allahuakbar..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, September 7, 2009

Membilang Hari

Saya membilang hari.
3 hari lagi final exam untuk arabic,
5 hari lagi nak balik raya,
13 hari lagi ramadhan akan berlalu..

Terhenti..
Ramadhan akan berlalu,
Festival Ibadah ini sudah berlangsung hampir separuh bulan,
Para 'pelajar' yang mendapat pendidikan dalam 'madrasah' ini,
Berdebar2 menanti samada akan keluar dengan segulung ijazah takwa atau bagaimana..

Huh..sedikit terkilan bilamana berkumandangnya lagu raya di sana sini,
Kata orang, kalau tak dengar lagu raya bila pertengahan puasa ni tak meriah la,
Entah la..
Dulu mungkin saya seronok mendengar lagu raya,
Tapi sekarang,
Sedih sangat,
Kenapa??
Kerana saya rasa seolah2 seperti mengalu-alukan keberangkatan ramadhan.
Sedang kita tak pasti samada tahun depan kita akan bertemu lagi dengan ramadhan atau tidak,
Andai bertemu,
sudah tidak sama dengan ramadhan kali ini atau sebelum ini..

Ramadhan belum habis lagi menawarkan ganjaran2 istimewanya kepada kita,
Maka janganlah mensia-siakannya dan lebih memikirkan 1 syawal yang hakikatnya hanya sehari.

Saturday, August 15, 2009

Jagalah Allah, Allah pasti menjaga kita

Dunia hari ini..terlalu mencabar. Dugaan dan godaan datang bersimpang-siur. Ada manusia kuat untuk menepis. Dirinya selamat. Namun, tak ramai manusia begitu. Mereka terjerat.


KELIRU
Kadang-kadang manusia keliru, antara teman dan lawan.
Yang mana harus dijadikan teman dan yang mana harus dilawan.
Juga keliru antara menjaga hati kawan atau mentaati perintah Tuhan, Allah S.W.T.
Dan keliru...antara yang selamat dan menjerat, yang benar dan sesat.



SUSAHNYA...
Bila keliru, manusia akan mengeluh. Baik dizahirkan dengan lisan atau sekadar bermain dalaman.
"Ahh..susahnya nak bezakan semua nih. Nak tinggal, sayang. Nak buat, takut salah. Aduss..pening".



KEMBALI KEPADA ASAL
Baiklah, beberapa soalan mudah nak tanya.

# kenapa kita ditakdirkan Allah hidup di dunia??
# hidup kita untuk apa?? untuk siapa??
# kemana kita setelah dunia ini ditinggalkan??




Fikirkanlah soalan ini baik2 dan cubalah aplikasikan dalam segala tindak-tanduk kita terutama bila kekeliruan menjelma. Kita ingin apa?? Gembira sementara di dunia atau bahagia selamanya
di akhirat sana??



indahnya dunia untuk sementara


INGAT
Terngiang2 suara emak di hujung handphone,
"Kakak, jagalah Allah. Allah pasti menjaga kita."
Maksudnya apa?? Jaga macam mana?? Takkan nak kena jadi bodyguard pula??
Bukan...memang Allah tidak memerlukan kita menjagaNya. 'Jaga' tu adalah jaga hak2 Dia dan selalu ingat Dia(adakah aku mengingati Allah sekarang?). Moga2 Dia akan menjaga dan selalu bersama kita.

Pasakkan dalam diri..
Jagalah (hak2) Allah, Dia pasti akan menjaga kita


"Kamilah pelindung2mu dalam kehidupan dunia dan akhirat, didalamnya (syurga) kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh apa yang kamu minta".
(Fussilat:31)

Sunday, August 9, 2009

RAMADHAN..aku merinduimu



Ahlan wasahlan ya ramadhan,
Ramadhan karim..

Masyaallah..beberapa minggu lagi kita bakal menerima kedatangan VVIP ramadhan.
Saya amat menantikan kehadirannya, walau hakikatnya syuur ramadhan itu masih kurang dirasai dalam diri ini.

emmm..saya menung panjang. Tak ada syuur lagi??
Ya Allah..ada sesuatu yang tak kena ni?
Salah siapa?
Suasanakah?
Teman2 sekelilingkah?

Ahh..diri sendiri. Segalanya bermula dari diri, dari dalam hati.
Saya tetap menanti. Dan syuur itu, akan saya cuba bangkitkan dalam diri.

Ramadhan..
Inilah masanya untuk memperbanyakkan amalan,
mengumpul kekuatan,
memupuk kesabaran,
melakukan perubahan,
mengeratkan persaudaraan,
Inilah masanya meningkatkan hubungan dengan Tuhan..

Ramai orang yang ternanti2 kedatangan ramadhan. Sebab apa??
"nak raya la", itu pulak jawapannya.. Sedih saya dengar.

Ada apa dengan bulan ini?? Apa yang istimewa sangat??

Terlalu banyak keistimewaannya..
Kalau nak tahu, carilah. Rasanya dalam internet ni pun banyak.
Kalau sempat, saya akan kongsi dalam post yang lain..(INSYAALLAH)

Ya Allah, pertemukan kami dengan ramadhan..

Karnival IKIM bersama peminat..

"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan IKIM.fm,
Allah selamatkan kamu.." kumpulan saujana memperdengarkan lagu khusus untuk IKIM.

Selamat Hari Lahir IKIM.fm untuk kali yang ke-8.
Semoga Allah merahmati usaha2 yang dilakukan oleh pihak IKIM dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti karnival IKIM bersama peminat bersempena ulangtahunnya yang ke-8, dah darjah 2 orang kata. Nampaknya agak meriah sambutan karnival ini yang berlangsung pada sabtu,8 Ogos. Hinggakan peminat dariJohor pun ada.




Pintu utama



Saujana..macam pengantin aja gayanya


nowseeheart..lama x dengar cerita




aha..unic pun ada


alamak confuse pulak kumpulan mana, Haikal ke?



kumpulan paling popular..



sempat lagi bergambar depan pentas..

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pertandingan melukis dan mewarna (nak masuk tak cukup umur..huhu) dan pertujukan fesyen untuk kanak2, lelaki dan wanita. Terdapat juga jualan produk2 muslim yang semestinya halalan thoyyiban. Tak ketinggalan persembahan daripada artis2 nasyid. Antara artis yang terlibat
Saujana~Nowseeheart~Mirwana~Sofea~As-Saufee~UNIC~Lia Az-Zahra'~Raihan~Haikal~Far East~Muaz
Akhirnya dapat juga saya berkunjung ke sini. Boleh juga kenal wajah dj2 IKIM yang selama ni hanya dengar suara di corong radio saja.

Friday, August 7, 2009

H1N1-suatu muhasabah




Moga Allah merahmati kalian yang membaca..kaifahal??ada yang demam??batuk??selsema?? hah..cepat2 la pergi klinik, jumpa doktor. Alhamdulillah saya di sini masih berkeadaan baik hingga hari ini. Belum terkena simptom2 di atas. Ya Allah peliharalah diriku dan insan2 lain..


Lepas sorang, sorang batuk, selsema dan demam. Dalam kelas arabic yang ada 11 orang, 5 orang absent. Bayangkan belajar 6 orang jer..Alahai seronok memang la seronok tapi x semeriah selalu. Dah x ramai 'tukang tanya2'. Ustaz pun macam serba salah nak mengajar sebab anak murid 'kesayangan' ramai x ada. Memang kami dalam kelas agak rapat sebab x ramai. Bila sorang x ada, terasa ketidakhadirannya. Alahai..




Wah..siap ber'purdah' lagi pegi kelas

Disebalik semua yang berlaku ini, sekejap demam kat sana, sekejap kat sini, saya terkesan akan sesuatu..tentang kekerdilan dan kelemahan diri manusia. Sehebat mana, selawa mana, secerdik mana, sekaya mana dan apa2 se la, andai Allah takdirkan ditimpa sesuatu musibah, tak ada yang mampu lawan. Betul tak??

Tapi ingat, tiada yang dapat menghalang kita daripada sesuatu keburukan melainkan Allah jua. So, mintalah daripadaNya agar dipelihara diri kita daripada sesuatu yang kita tak mampu nak hadapi. Kita x mampu nak detect bila masa virus 2 mai nak 'berkawan' dengan kita, tapi Allah tahu segalanya.

Jadi, ingat2lah siapa diri kita..apakah kita ingin mendurhakai Allah lagi?? Sedangkan Dia mampu buat apa2 saja atas diri kita.

Waallualam..moga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat dan pemeliharaan Allah...
p/s: selamat hari lahir ke-8 IKIM. i.Allah esok saya akan ke karnival sehari bersama IKIMfm..

Wednesday, August 5, 2009

Dimana hatiku??

Dikisahkan ada seorang murid Dzun Nun berjalan di antara rumah2. Sambil menangis, dia berkata,
"dimana hatiku? siapa yang menemukan hatiku?".

Kemudian dia melihat seorang anak kecil sedang menangis kerana dipukul ibunya. Si ibu membiarkan anaknya di luar dan mengunci pintu rumah. Anak itu menoleh kanan dan kiri. Dia tidak tahu ke mana harus pergi dan ke mana harus dituju. Dia pun kembali ke depan pintu rumah, lalu menyandarkan kepalanya diambang pintu dan tertidur. Ketika terjaga, dia menangis dan berkata,
"ibu, siapa yang akan sudi membukakan pintunya untukku jika engkau tutup pintu rumahmu dan melarangku masuk? siapa yang akan megambilku jika engkau mengusirku? siapa yang akan mengasuhku jika engkau tidak peduli kepadaku?".

Seketika ibunya mengintip anaknya dari sela2 pintu dan melihat airmata anaknya mengalir deras di pipi.Hati ibu mana yang tidak tersentuh. Si ibu lantas membukakan pintu dan segera meraih anaknya sambil berkata,
"Anakku sayang, engkaulah yang membuatmu mendapat hukuman ini dan engkaulah yang membuatku melakukannya. Seandainya engkau taat kepada ibumu, tentu engkau tidak mendapat hukuman ini dariku".

Melihat kejadian itu, anak murid Dzun Nun mula tersedar. Dia kemudiannya berteriak, "Aku telah menemukan semula hatiku".

Saya termenung memikirkan kisah itu. Dua tiga minggu yang lepas, hati ini dilanda penyakit yang tak tau apa namanya. Terasa terlalu sempit, kadang sedih namun tak tahu di mana puncanya. Saya cuba mencari ketenangan dalam sujud, dalam bacaan al-Quran, dalam bait2 zikir al-mathurat namun seakan2 tiada kesan di hati.
Sudah..apa kena pulak dengan hati ni..??

Dan saya menemui cerita di atas. Ya..tiada cara lain untuk menemukan semula ketenangan di hati melainkan memohon dengan sesungguh hati kepada Allah.Mohon agar diberikan hati yang baru, lebih kental, lebih positif, lebih beriman...
Kitalah yang sebenarnya menentukan diri kita bagaimana. Apa2 hal check diri tu dulu, baru benda lain..




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Namun adakalanya tak semua benda yang diminta tu dapat, betul tak??



Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia berikan kaktus yg berduri..
Aku minta kupu2 yang indah,
DiberikanNya aku ulat..
Aku kecewa dan sedih
Namun..
Tak lama kemudian kaktus itu berbunga indah,
Dan ulat2 menjadi kupu2 yang cantik,
Begitulah cara Allah menyayangi kita,
Selalu indah pada waktunya,
Allah tak memberi apa yang kita HARAPKAN,
tetapi memberi apa yang kita PERLUKAN..
Kadangkala kita sedih, hampa dan kecewa,
namun diluar pengetahuan kita
Allah mengaturkan jalan yang TERBAIK buat kita.

Jadi, mari kita rendahkan diri dihadapanNya. Selalulah mengetuk pintuNya..
"Orang yang terus mengetuk pintu, pintu tersebut akan dibukan untuknya"
(Abdullah bin Masud r.a)



p/s: bila baca cerita tu teringat zaman kecik2 dulu bila kena marah dengan mak..huhu..

Tuesday, August 4, 2009

MISI 09

"Wah..hari ni last paper", gembira rasa hati tak terkata..Dan malam ni..

* * * *

"K.Izah, ana dah beli tiket", ujar saya kepada senior jurusan ekonomi itu.


Dan petang itu, jam 6:30 ptg, kami bertolak dengan bas USIM ke Stadium Tertutup Nilai.

Ada apa kat situ??



Mentang2 dah habis exam, dan tatau apa nak buat. Ditambah dengan konsert yang 'tak berkenan di hati' tengah berlangsung tak jauh dari CFS IIUM nih, maka kami pun bercadang la nak ke sini, MISI 09 bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Konsert ni anjuran USIM sempena pesta konvokesyen kali ke-7 (betul tak student USIM).

Tahniah kepada MC yang bijak menghidupkan suasana yang harmoni, membuat penonton tak kering gusi. Juga persembahan2 yang hebat dari Damascus (first time dengar nama), Suhaimi dan Mectica. Tak lupa kumpulan sketsa dengan persembahan cukup best,ATRA vs SPMM..

Monday, July 27, 2009

SKEMA

Alhamdulillah, baru2 ini Allah mengizinkan saya untuk mengikuti Seminar Kesejahteraan Mahasiswa (SKEMA) yang bertempat di Main Auditorium Kuliyyah of Engineering, UIAM. Setelah hampir2 tidak dapat hadir, akhirnya dapat juga saya mengikuti program ini yang berlangsung pada 26/7/2009. Program anjuran HALUANSiswa ini cukup memberi satu booster untuk terus teguh menjalani kehidupan di IPT yang sungguh mencabar. Gembira rasanya dapat mendengar perkongsian daripada para penceramah dan ahli panel jemputan. Walaupun sedikit letih( dari Johor ke Gombak), namun tidak melemahkan semangat saya untuk menadah telinga menerima sebanyak mungkin input berguna sebelum pulang ke CFS IIUM.

Program ini banyak menekankan aspek kecemerlangan baik duniawi mahupun ukhrawi. Sebagai mahasiswa rabbani, dia tidak sama dengan mahasiswa biasa yang punya target pendek iaitu sekadar di dunia. Targetnya jauh bukan saja di alam dunia bahkan hingga ke alam yang kekal di sana. Untuk memperoleh kejayaan di kedua2 alam ini maka keseimbangan(tawazun) di perlukan(bukan senang tau..kene ada mujahadah la).

Kerjanya pun bukan setakat belajar(kalu belajar, orang lain pun belajar). Tapi dia ada masuliyah yang terpikul di pundaknya, sebagai hamba Allah dan khalifahtullah di muka bumi. Berat tuh!!



Ada satu perkara yang membuatkan saya tertarik dengan sesi forum di sebelah petang. Walau mata ni agak letih tapi paksa jugak untuk buka(hai..rugilah kalau tidur). Apabila panel pertama mengemukakan contoh sahabat2 Rasul s.a.w dan kesemua mereka adalah antara manusia yang terhebat dan sangat cemerlang dalam hidup dan patut kita contohi. Mereka, seperti yang kita tahu cukup bersemangat dalam kerja penyebaran ISLAM. Nak tahu sejak umur berapa mereka berkecimpung dalam kerja2 ni?? Sejak umur antara 8 tahun hingga 28 tahun!! pendek kata, muda lagi. Hai..jauh benar dengan anak muda sekarang(saya pun sama, susah lagi nak buang sifat mazmumah dlm diri).

Paling best la bila dapat bersua teman2 yang dah lama x jumpa(smaskl,matri,smik e.t.c). Terlalu indah bila berukhwah kerana Allah. Pandang mukanya pun dah dapat kekuatan(safwah kata..hehe). Lama dah memendam rasa nak berkumpul sebegini, tercapai jugak hajat.

Yah..semoga Allah meredhai diriku dan diri kalian, wahai para pembaca...

Friday, July 24, 2009

Alhamdulillah..i got an important things..

Alhamdulillah,bestnyer rasa dapat pulang ke rumah. Tapi kepulangan saya bukanlah dengan tangan kosong, ada assignment yang perlu disiapkan.
Bekisar tentang Dajjal dan Freemason, rasanya tajuk yang cukup menarik.(thanks 4 my lecrurer who gave me this work).
Huh..setelah berhari2 menyelongkar ke sana ke mari, baik di rak buku mahupun di laman maya ini, banyak perkara baru yang saya temui, cukup best dan amat penting untuk diketahui. Terima kasih mak yang banyak membantu sepanjang pencarian ini.

Freemason, mungkin ramai yang pernah dengar. Tetapi tahukah sejarah mereka, ideologi yang didokong dan sebagainya. Saya tak ingin bercerita panjang di sini. Saya syorkan anda cari sebab bila sendiri cari akan lebih menghargai, tak gitu =)

Mungkin anda boleh klik di sini dan dapatkan artikel2 menarik.

http://www.eramuslim.com/search/?keyword=freemason

http://illuminatidajjal.blogspot.com/2009/07/illuminati-freemason-dan-dajjal.html

http://ibnuyaacob.com/?p=1049

http://www.eramuslim.com/berita/tahukah-anda/protocol-of-zions-lahir-di-rumah-rotschilds-tahun-1773.htm


Satu benda nak kongsi, cuba belek kat belakang apa2 barang yang berdekatan dengan anda. Ada x barcode? ala yang simbol yang garis2 dan bernombor dibawahnya tu. Nak tahu apa disebalik tu? Klik la kat sini. Baca la artikel2 kat situ. Sure tak sangka punya.

http://www.eramuslim.com/search/?keyword=barcode+666


Hakikatnya hayat dunia memang hampir ke penghujung, tak dapat dinafikan..Terasa pantas masa berlalu. Sedar tak sedar dah hari ni, rasa macam baru je semalam....(hah petanda la tu, masa makin singkat). Konflik demi konflik yang melanda dunia saban hari membuktikan 'hari akhir' itu sudah tak lama. Salah satu tanda besar ialah kemunculan Dajjal, yang masih menjadi khilaf samada muncul secara zahir atau maknawi. Yang pasti, kita hidup di era itu. Ideologinya telah menjangkau ke segenap penjuru dunia, apakah kita sedar???atau kita juga telah terperangkap dalam jerat itu.

Beberapa address yang tertulis di atas mungkin membantu untuk mengetahui tentang satu dua perkara yang saya sebutkan ini. Pastikan cari dan baca post2 yang ada dalam tu. Moga jadi perkongsian bermanfaat.Insyaallah..

p/s: bangun! bangun! dunia dah nak kiamat, x der masa nak relaks lagi..teruskan perjuangan!!
Innallaham'ana

Man Ana...???

My photo
Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. International Islamic University Malaysia. Full time student and muslimah

Thanks for coming..i'll visit u back insyaallah..^^,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Dalam sujud cintaku-Devotees



Apa kata anda??